Recap
"Amboi! Gatalnya! Kau tahu tak kalau duduk dekat- dekat boleh membawa kepada maksiat. Kau tak belajar ke dekat sekolah dulu. Itu lah sibuk sangat kejar perempuan kan sampai pelajaran pun ditinggalkan. Tsk….tsk.. " kata Sarah sambil mengelengkan kepalanya. Pergaduhan di antara Danial dan Sarah berlanjutan sehingga guru kelas mereka, Puan Sakinah masuk dan meminta Danial kembali ke tempatnya. Sarah yang gembira dengan kemenangannya hanya senyum dengan angkuh di hadapan Danial yang malu setelah diperli oleh Puan Sakinah yang menyatakan bahawa Danial merupakan seorang pondan kerana ingin duduk di barisan perempuan.
...............................................
"Baik kelas! Selamat kembali ke sekolah. I hope you're having a really good holiday. Jadi, sekarang ni kita terus kepada pemilihan ketua dan penolong kelas since masa pun dah suntuk . So, any suggestion? " kata Puan Sakinah kepada murid- murid kelas 5 Amanah. Sebaik sahaja soalan tersebut terpancul daripada mulut Puan Sakinah, bisikan dan cadangan dapat didengari. Pelbagai cadangan diberi tidak kurang juga bantahan murid- murid. Kelas yang tadinya tenang dan senyap menjadi huru- hara. Puan Sakinah yang berada di hadapan kelas hanya dianggap sebagai patung.
"Kelas! Kalau nak bagi cadangan angkat tangan boleh? Kalian ni dah tingkatan lima. Tolong ubah sikap tu sikit. Malulah dengan adik- adik yang tingkatan 1. Kamu semua ni yang patut dijadikan teladan bukan kamu yang buat perangai. Tak matang langsung? " kata Puan Sakinah . Perlian yang diselitkan jelas dapat difahami oleh murid- murid 5 Amanah. Mereka termalu sendiri dengan sikap yang ditunjukkan oleh mereka sebentar tadi.
Setelah kelas kembali tenang, cadangan untuk calon ketua dan penolong kelas dibuka semula. Terdapat begitu banyak cadangan yang diberikan. Ada yang sesuai dan ada yang tidak sesuai memegang jawatan ketua dan penolong kelas yang boleh dianggap sebagai jawatan yang agak tinggi. Tanggungjawab sebagai ketua dan penolong sememangnya berat kerana guru banyak bergantung kepada mereka jika guru- guru memerlukan sebarang pertolongan. Jika sikap ketua dan penolong yang tidak ambil peduli tentang tugasan mereka dan hanya mementingkan diri mereka sendiri, pastinya guru- guru juga yang akan mengalami kesulitan pada masa hadapan kelak. Tiba- tiba, ada satu suara yang mencadangkan dua nama yang tidak pernah dijangka oleh sesiapa di dalam kelas itu.
"Saya mencadangkan Danial sebagai ketua dan Sarah sebagai penolong cikgu " kata Raju. Sebaik sahaja semua murid di kelas 5 Amanah mendengar cadangan tersebut, kelas yang tadinya bising menjadi senyap. Hanya bunyi kipas yang berpusing sahaja yang dapat didengari. Semua terkejut mendengar suara Raju. Raju merupakan seorang murid yang pendiam dan tidak banyak bergaul dengan orang. Jika Raju berbicara, pasti kata- katanya itu penting dan selalunya bernas. Cadangan Raju selalunya yang terbaik untuk kebaikan semua. Jika terdapat sebarang persetejuan yang memerlukan kata putus, guru- guru pastinya akan memanggil Raju untuk memberikan kata putus dan selalunya kata putus yang dicadangkan oleh Raju merupakan yang terbaik. Tiada sesiapa yang boleh menyoal keputusan Raju.
"Bagus juga cadangan awak Raju. Sarah tu memang nampak lah dia ni bertanggungjwab dan Danial tu boleh diperbaiki sikit- sikit lah sikap dia. Boleh dipertimbangkan cadangan awak tu Raju " kata Puan Sakinah. Tiba- tiba hentakan yang kuat dapat didengari.
"Apa?! " jeritan Danial dan Sarah bergema ke seluruh kelas. Mungkin juga ke seluruh sekolah. Wajah mereka yang tadinya ceria bertukar menjadi terkejut. Dalam sekelip mata sahaja wajah mereka menjadi merah menyala mungkin menahan marah dan mata mereka terbeliak kerana terkejut. Danial dan Sarah yang tadinya duduk terus bangun untuk membantah cadangan Raju. Mereka tidak ambil peduli siapa Raju dan Puan Sakinah kepada mereka. Misi mereka untuk membantah keputusan cikgu dan Raju perlu dilakukan.
"Raju dan Cikgu! Saya tak boleh kerja dengan Sarah. Saya dengan dia ni macam anjing dengan kucing. Kalau kami bekerja bersama, pastinya akan menyusahkan semua cikgu. kami ni tak ada chemistry lah cikgu. Kalau kami kerja bersama pastinya kerja tersebut tidak akan dapat diselesaikan Lagipun, siapa nak kerja dengan singa betina ni? " kata Danial dengan nada yang tegas tetapi niat tersiratnya jelas dapat difahami oleh Puan Aliya. Tangan Danial yang tadinya diletakkan di atas meja diangkat dan jarinya menunjukkan ke arah Sarah dengan gaya seakan- akan mengejek.
YOU ARE READING
Kau Tercipta Untukku
Teen FictionSarah dan Danial. Dua personaliti yang berlainan. Kalau berjumpa, perang dunia ketiga pastinya akan tercetus diantara. Mereka ini bagaikan anjing dengan kucing. Bagai langit dengan bumi. Memang tak serasi. Asal jumpa memang bergaduh . Namun begitu...