Bab 4

378 10 1
                                    

Recap

   “ Bukan nak rindu ibu tapi masakan ibu. Kamu ni memang. Tu ibu ada masak lemak cilia pi dengan bayam goring. Makanan kegemaran kamu “ kata ibu sambil menggelengkan kepalanya. Walau bagaimana  pun sikap anak- anaknya, Puan Amirah menyayangi mereka dengan penuh kasih sayang.

........................................

    Sarah sedang menelaah pelajaran apabila dia mendengar pintu biliknya diketuk. Cepat- cepat dia bangun dan membuka pintu untuk menemui orang yang berada di hadapan biliknya itu. Sebelum membuka pintu, Sarah melihat penampilannya di cermin yang berada berdekatan dengan pintu biliknya. Setelah berpuas hati, dia terus membuka pintu.

    “ Hai Sarah! Sibuk ke? ” tanya Thaqif sambil berjalan melepasi pintu bilik Sarah  sebaik sahaja pintu bilik biliknya dibuka tanpa meminta izin Sarah. Sarah yang berada di pintu biliknya tidak dihiraukan. Kakinya laju melangkah ke katil Sarah yang baru dikemas olehnya. Terus badannya yang sasa itu dilambungkan ke atas katil Sarah yang tadinya kemas dan rapi.

    “ Abang! Kenapa baring atas katil Aca ! Penat je Aca kemaskan katil tu tadi ” kata Sarah dengan muka cemberut. Mulutnya dicebikkan. Pintu biliknya ditutup dan kakinya terus menuju kearah abangnya. Ringan sahaja tangannya memukul tangan Thaqif dengan sekuat hatinya.

    “ Sakit lah Aca. Apa ni? Katil bukan memang untuk tidur ke? Lagi pun kan dah malam? Buat apa nak katil ni cantik- cantik? Nak tidur juga kan? ” kata Thaqif dengan selambanya. Badannya dibangunkan  dan ditukarkan kepada posisi duduk. Kakinya disilakan dan matanya memandang Sarah dengan selambanya. Senyuman dilemparkan. Thaqif kelihatan sungguh bersahaja.

    “ Ikut suka hati Aca lah. Abang datang bilik Aca malam- malam ni kenapa? Rindu aca ke? Kalau rindu, mengaku je lah. Tak payah malu- malu “ usik Aca. Bahunya dilanggarkan kepada bahu Thaqif. Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah Thaqif.

    “ Perasannya. Anak siapa lah ni. Abang datang bilik Aca malam ni sebab nak tahu cerita Aca lah. Dah lama abang tak dengar cerita daripada Aca. Kalau dulu, hari- hari Aca telefon abang cerita pasal hari Aca dekat sekolah masa abang mula-mula dekat university dulu. Sekarang nak tunggu Aca call memang macam tunggu Aca mengandung ” kata Thaqif sambil memandang Aca. 

    “ Aca tahu Aca dah lama tak call abang. Aca bukan tak nak call tapi tak sempat. Sorry lah. So, abang nak tahu pasal apa? ” tanya Aca sambil bermain dengan rambutnya. Dia seakan- akan sudah dapat menjangka soalan yang akan dikemukan oleh abangnya itu. 

    “ Macam mana sekolah? ” tanya Thaqif. Soalannya hanya ringkas dan senang bagi sesiapa sahaja untuk menjawabnya tetapi tidak bagi Sarah. Walaupun soalannya ringkas, ada niat yang tersirat disebaliknya. Dia tahu abangnya ingin mengetahui hubungan Sarah dengan Danial. Abangnya tahu tentang keadaannya dengan Danial. Sarah menceritakan semua yang terjadi kepada abangnya. Abangnya lah yang menjadi tempat dia mengadu. Dia tidak ingin membebankan ibunya dengan masalah yang dihadapinya oleh dirinya.

      “ Macam tu lah abang. Tak ada apa- apa sangat tetapi yang berbeza pada tahun ini ialah tahu ini merupakan tahun terakhir persekolahan Aca sebelum Aca dapat masuk universiti macam abang. Tak sabarnya “ kata Sarah dengan keterujaan yang dibuat- buat. Dia cuba untuk menukar topik yang ingin disentuh oleh abangnya. 

   “ Macam mana macam tu je? Tak ada apa- apa yang berlaku dekat sekolah? Macam mana hubungan Aca dengan Danial ? Cerita je lah dekat abang apa yang berlaku. Jangan nak ubah topic. Mcam abang tak tahu” kata Thaqif. Thaqif tahu bahawa dia tidak sepatutnya menanyakan soalan berkaitan Danial kepada Sarah. Dia amat risau akan keadaan Sarah lagi- lagi apabila dia mendapat tahu bahawa Danial tahu tentang status Sarah. Thaqif faham akan niat Sarah yang ingin menceritakan segala tentang dirinya kepada rakan baiknya ketika itu. Dia tidak menyalahkan Sarah tetapi apabila Danial mengetahui tentang perkara itu, dia risau jika Danial melakukan sesuatu yang tidak baik kepada Sarah. Pemergiannya ke universiti menambahkan lagi kerisauannya kerana dia hanya boleh balik ke rumahnya sekali- sekala sahaja. Jika dia ingin balik, dia perlu mengumpul duitnya terlebih dahulu untuk membeli tiket bas. Dia tidak mahu meminta duit ibunya kerana dia tahu ibunya juga kekurangan duit sepertinya. Namun begitu, dia bersyukur kerana buat masa ini tidak ada lagi perkara yang tidak diingini berlaku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 15, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Tercipta UntukkuWhere stories live. Discover now