Recap
“Apa kau buat dekat sini? Dekat tempat aku ni hah?! ” jerit Sarah dengan nyaringnya. Mukanya yang tadinya ceria bertukar menjadi marah. Kulitnya yang putin menjadi merah dan matanya yang sudah sedia bundar menjadi terbeliak menunjukkan kemarahan yang sedang dialami. Jeritan milik Sarah ini telah menyebabkan kelas 5 Amanah senyap. Segala percakapan dan perbuatan murid-murid di kelas itu bagai terhenti. Mereka semua ke belakang kelas dan berbaris kerana mereka tahu apabila pergaduhan di antara Sarah dan musuhnya itu akan menyebabkan kelas huru-hara . Mereka hanya bersedia di belakang seandainya perkara yang tidak diingini berlaku.
"This will end really bad " kata salah seorang murid di kelas itu dengan penyapu di tangannya. Bersedia bagi menghadapi sesuatu yang dahsyat.
…………………….
Musuh Sarah yang berada di tempatnya itu hanya gelak. Gelak dan terus gelak.
"Ada aku kesah? Ni tempat kau ke tempat syaitan ke? Yang penting aku nak duduk sini. Lagipun, tempat ni merupakan tempat kau yang DULU kan?! Yang dulu jangan dikenang katanya. The past is ini the past bukan? Yang kau nak sibuk ungkit yang in the past tu kenapa? Bukan sudah terang- terang perumpaan itu menunjukkan bahawa yang lepas itu harus ditinggalkan dan dijadikan kenangan buat diri sendiri? Aca…..Aca…. Cetek sungguh pemikiran kau " kata musuhnya itu, Danial.
Danial Ashriq bin Danial Farid. Nama yang cukup indah apabila pertama kali didengari oleh Sarah. Di fikiran Sarah, lelaki ini dianggap sebagai seorang yang baik, berbudi bahasa, kacak dan bersopan santun. Sikap lelaki tersebut apabila pertama kali ditemuinya di sekolah rendah dahulu juga tidak membuatkan dia berasa jengkel . Malah, pada pertemuan pertama mereka , mereka dapat berkenalan dengan baik dan bercakap dalam keadaan yang normal. Mereka juga dikatakan mempunyai chemistry yang tinggi sehingga mereka ini menganggap satu sama lain sebagai best friend.
Perhubungan yang begitu akrab di antara Sarah dan Danial sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Mereka ini seperti cincin dengan permata, begitu serasi dan mereka ini hampir di salah tafsir oleh guru-guru mereka sebagai kekasih sekolah. Hal ini kerana, dimana ada Sarah, di situ juga ada Danial. Mereka ini seperti belangkas. Sememangnya rapat. Dengan perhubungan mereka yang seperti ini, sememangnya tiada sesiapa pun yang akan terfikir bahawa mereka akan menjadi musuh ketat seperti sekarang ini. Persoalan ini sering bermain di fikiran semua murid dan mereka tahu puncanya semua ini tercetus.
Segala pergaduhan ini bermula apabila Danial, rakan baik Sarah itu melakukan sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh semua orang malah guru- guru di sekolahnya.
20 Ogos. Tarikh keramat bagi Sarah yang dilahirkan pada tarikh itu. Hari lahirnya yang ke-12 ini akan menjadi sesuatu yang indah buat dirinya kerana pada tahun itu, hari lahirnya dapat disambut dengan rakan baiknya yang baharu, Danial. Kegembiraan dan keterujaan yang dihadapi oleh Sarah dapat dirasai sejak hari sebelumnya. Wajah Sarah yang putih dan berseri- seri merupakan bukti keterujaan yang dihadapi dan Danial mempunyai kejutan yang akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya. Kejutan ini telah dicetuskan olehnya sebelum dia bertemu Sarah lagi. Dia hanya menunggu masa yang sesuai bagi dirinya untuk menjalankan kejutannya yang satu itu. Dia sememangnya sudah tidak sabar untuk melihat reaksi Sarah.
"Hey Aca!" tegur Danial yang berlari anak bagi mendapatkan Sarah yang sedang berjalan untuk ke kelas dengan wajahnya yang cukup ceria dan berseri- seri sehingga boleh menyinari seluruh tempat itu. Senyuman manis dilemparkan oleh Danial kepada Sarah yang memberhentikan perjalanannya bagi menunggu Danial.
YOU ARE READING
Kau Tercipta Untukku
Teen FictionSarah dan Danial. Dua personaliti yang berlainan. Kalau berjumpa, perang dunia ketiga pastinya akan tercetus diantara. Mereka ini bagaikan anjing dengan kucing. Bagai langit dengan bumi. Memang tak serasi. Asal jumpa memang bergaduh . Namun begitu...