LARI

16 2 0
                                    

HANA POV

Tit.Tit.Tit...

Pandangan ku kurang jelas. Susah untuk mengenal pasti sekeliling. Yang penting ini bukanlah 'penjara' itu.

Kepalaku berdenyut sakit. Mulut ku mengeluarkan jeritan halus kesakitan. Luka dibelakangku masih lagi terasa.

Sekarang baru aku sedar yang aku berada dihospital. Hidungku terhidu udara dihospital. Memang aku tak suka ke hospital kerana bau ubat-ubatan itu menusuk kedalam hidungku.

Tanpa melengahkan masa, aku terus bangun dan mencabut sebarang wayar yang berada di badanku. Aku cuba bangun namun cubaan pertama tidak berjaya. Kakiku terlalu lemah untuk stabil tapi aku terus cuba dan akhirnya kakiku stabil.

Aku berjalan ke pintu wad itu dan mengintai. Tetapi dikesan tiada siapa yang lalu. Aku terus melangkah seribu dan mengelak beberapa orang.

Akhirnya aku terkeluar dari hospital. Langit sudah gelap. Penglihatanku di dalam situasi gelap memang kurang jelas. Tetapi kakiku tetap berlari ke arah tuju aku sendiri tidak tahu.

PINGGGGG!!!!!!!!!!!!!!

Aku menutup mata apabila cahaya lampu kereta menghalang pandanganku. Ketika itu aku hanya berserah kepada Allah.

Namun dengan izin Allah,aku terselamat. Tidak rasa apa pun melanggar badanku. Degupan jantungku hanya Allah tahu betapa pantasnya ia berdegup.

Aku menghembuskan nafas dengan kuat. Baru disedari aku telah menahan nafas. Aku cuba bernafas dengan normal dan akhirnya pernafasanku kembali seperti biasa.

"괜찮아? (Gwaenchanh-a?) Are you okay?" Seorang lelaki bertanya setelah keluar. Riaksi mukanya sangat terkejut. Pemandu keretanya turut keluar. Mereka berjalan ke arahku.

Aku pun terduduk. Menggigil badanku. Tidak pernah aku terkejut sebegini rupa. Beginikah rusa yang dilanggar? Terkejut apabila hampir dilanggar?

Lelaki itu menghampiri aku. Dia membuka suara tapi aku tak faham apa yang dilontarkan kepadaku. Lalu dia mengeluh.

"Are you okay?" Sekarang baru aku faham apa yang dia katakan. Aku mengangguk dan terus bangun dan diikuti olehnya.

"p-please help me. Someone gonna find me!" Aku mula bersuara. Tidak di risaukan lagi jika pertuturan bahasa inggeris itu teruk.

Hana kini memikirkan realiti hidupnya. Dia berharap orang di depannya dapat membantu.'tolonglah!'

Lelaki itu agak ragu-ragu."b-but....." Dia mula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Kemudian satu van datang ke arah kami. Aku dah boleh mengagak van itu milik siapa. Van itulah sentiasa aku tengok selama aku berada di 'penjara' itu.

"Please! I'm begging you.." Air mataku mula mengalir. Aku tidak mahu pulang ke sana. Masa ini lah peluangku untuk melarikan diri.

Van itu berhenti kemudian keluarlah bos aku dengan gengnya menghampiri kami. Aku memegang tangan lelaki itu dan melihat ke arahnya. Lelaki itu terus menarik lenganku dan melaung ke arah pemandunya sesuatu.

Kami berada di dalam perut kereta lelaki itu. Gangster diluar mula melaung ke arah kami. Aku sudah menggigil ketakutan dan menyorok badanku daripada tingkap kereta.

Aku terdengar beberapa das tembakan. Aku mula menjerit ketakutan. Lelaki itu memandangku setelah berbual dengan pemandunya.

"It's okay. Everything is fine now." Dia cuba memujuk. Aku percaya dengan kata-katanya dan aku duduk dengan elok.

Aku mula menangis. Tangisan itu aku tidak boleh menahan. Aku teramat bersyukur. Berulang kali aku menyebut nama Allah dalam hatiku. Inilah tangisan kegembiraan.

"T-thank you so so so m-much!" Aku merapatkan kedua-dua tanganku antara satu sama lain dan menduduk kepalaku.

"No problem." Lelaki itu tersenyum. Sangat manis hingga menyebabkan mata menjadi hilang disebalik kelopak matanya.

"Sleep. You're tired." Dia membuka mulut lagi. Aku terus akur. Badanku memang letih tetapi aku tidak sedar kerana terlalu memaksa badan untuk melarikan diri.

Tidak sampai berapa minit,aku telah dibuai mimpi.

END POV

lelaki itu membawa Hana ke rumah banglo yang dikongsi bersama abang-abangnya. Dia tidak tahu kemana hendak bawa Hana jadi cadangan yang terbaik bawa Hana ke rumahnya.

Setelah tiba lelaki itu berlawan dengan perasaannya sama ada mengejut Hana yang tidur lena. Dia kemudian ambil keputusan mengangkat Hana (Bridal style).

A/n: diorang bercakap dalam bahasa korea tapi bagi memudahkan kefahaman reader. Author tukar kepada bahasa melayu😂

"Hyung,per— woah! Siapa ni?" Adiknya aka maknae,Jungkook tersenyum senget apabila melihat hyungnya mendukung seorang perempuan,iaitu Hana.

"Diam ahh." Dia mempercepatkan langkahnya ke bilik tidurnya dan meletak Hana dengan elok-elok agar tidak membangunkan Hana dari tidurnya.

~~a few decades later~~ (spongebob ver.)

Dia berjaya meletak Hana atas katil tanpa merosakkan tidur Hana.'fuhhh' ngomelnya. Dia melihat ke arah Hana yang sudah tidur dengan nyenyak.'cute' bisiknya lagi.

Sekarang baru dia terfikir.'kat mana aku nak tidur?' *face palm*. Dia keluar dari bilik dan terus menuju ke bilik maknae.

A/n:Hana akan berkenalan dengan semua ahli BTS di chapter seterusnya.😚😚 author pun tak sabar😂..oHh! Comment & vote!!

Maaflah author merapu 'sikit' beberapa hari ni😂😂

MY LIFEWhere stories live. Discover now