Syakila P. O. V
"Kat depan U ada funfair baru buka, kita pergi nak tak?" Ajak Nadia. Aku yang sibuk mengemas kertas dan buku, buat tak endah pada pertanyaan tersebut.
"Jomlah, aku memang dah lama tak pegi funfair." Balas Hana pula.
"Kila?"
"Hah?" Aku berpaling memandang Nadia.
"Nak join tak?" Tanya Nadia semula.
"Tak nak lah, aku penat." Dalih aku pantas.
"Ala, kau ni sejak duduk rumah family dah jarang nak lepak dengan kitorang kan?" Hana tiba-tiba meluahkan rasa tidak puas hati nya. Diiyakan pula dengan anggukan daripada Nadia.
Aku mengeluh perlahan.
'Ah, bukannya diorang tahu apa yg dah aku lalui.' Keluh aku sendiri.
Aku masih tidak percaya yang Khai dah putuskan hubungan kami, dan rupanya selama ni dia sekadar mainkan cinta aku.
"Kau ada masalah ke? Dua minggu ni aku tengok kau macam tak semangat je. Lemau je bila datang kelas. Kau semangat pun bila kelas makroekonomi dengan business je. Kenapa ye?" Aku tersentak dengan pertanyaan Hana. Aku sedikit menunduk.
'Sebab dua subjek tu je aku dengan Khai sekelas. Dua subjek tu je aku mampu semangat sebab ada Khai dalam kelas, walaupun dia dah buat tak endah pada aku.' Aku berbisik sedih.
"Tak ada apalah, aku penat sebab assigment kot. Tu nampak lemah je. Sekarang kan dah minggu nak hantar assigment." Aku memberi alasan sambil tersenyum nipis.
"Hah, atas alasan kau stres. Kau wajib ikut kitorang pegi funfair." Ujar Hana teruja, lalu menarik lengan aku. Tidak sempat hendak mengelak, aku ikut terdorong dengan tarikan tangan Hana.
"Weh, kejap lah. Bagi lah aku jalan betul-betul." Aku berusaha melepaskan genggaman tangan Hana yang laju berjalan dihadapan aku. Dan sebaik sahaja terlepas...
Bukk!!!
Belakang tubuh aku berlanggar dengan seseorang. Sebaik aku berpaling, terus sahaja lidah aku terkelu.
"Boleh tak lain kali jalan tu, jangan nak main sangat. Bahaya tau tak." Marah si Dia dengan wajah yang serius.
Aku terkebil-kebil memandang 'Dia' yang sangat hampir dengan aku. Sama seperti dahulu. Sebelum kami berpisah. Wajah nya masih serius seperti tadi.
"So.. Sorry." ujar aku sedikit tergagap. Aku nampak dia mengangguk perlahan.
"Lain kali hati-hati." Sempat dia memberi peringatan sebelum berlalu pergi.
"Khai!" Panggil aku. Malangnya dia tidak mengendahkan panggilan aku dan terus berjalan.
'Sya rindukan Khai.' Aku hanya mampu berbisik sendiri di dalam hati sambil melihat dia yang semakin menjauh. Tak sangka, dalam benci dia pada aku tapi dia masih sempat bagi aku peringatan.
*****
"Korang, bila nak balik ni? Dah malam lah." Aku bertanya apabila melihat kedua rakan aku itu masih teruja untuk bermain dengan semua permainan.
"Ala, kita enjoy-enjoy dulu malam ni. Bukan selalu pun. Sebenarnya kitorang nak balik lepas tengok pertandingan nyanyian depan tu." Ujar Hana sambil tersengih. Aku menepuk dahi.
Budak dua ni lah, buat rancangan tak bagitau aku pun.
"Eh, jom-jom. Pertandingan dah nak mula, aku nak duduk depan sekali." Nadia terus menarik tangan aku dan Hana.
Masin mulut Nadia, dapat juga kami duduk paling depan. Tapi tak adalah ramai sangat yang datang tengok pun.
Persembahan dimulakan dengan nyanyian daripada peserta wanita, kemudian lelaki.
Aku melarikan pandangan ke sekeliling kawasan, melihat gelagat manusia yang pelbagai ragam. Menghilangkan rasa bosan.
Mata aku tertancap pada dua susuk tubuh yang duduk tidak jauh dari kami bertiga. Aku cuba menajamkan pandangan ke arah tersebut.
Elly dengan...
"Lia?" Sebut aku perlahan.
'Kenapa Elly dengan Lia? Mana Khai? Khai tau ke Elly keluar dengan Lia?' Bertubi-tubi soalan bermain diotak aku.
"Peserta seterusnya, akan menyanyikan lagu Ada untukmu nyanyian Nubhan. Dipersilakan Khai!"
Sebaik mendengar nama tersebut, aku terus berpaling ke pentas. Ini lagu kegemaran aku.
Kelihatan Khai duduk di atas kerusi bersama gitar di dalam genggamannya. Kedudukan mikrofon dibetulkan agar selari dengan kedudukan bibirnya.
"Saya tak tahu lah suara saya ni sedap ke tak, tapi saya ikut pertandingan ni sebab..." Aku nampak dia memandang kerah aku sekilas sebelum dialihkan pandangan kesatu lagi arah dan tersenyum. Kepada Elly!
Hati aku diusik api cemburu. Namun tiada apa yang mampu aku buat, kerana aku bukanlah siapa-siapa di mata dia lagi. Sumpah aku cemburu melihat senyuman Khai kepada Elly.
"Sebab orang yang saya sayang ada dekat sini. Lagu ni untuk awak, sayang! Only you, my love." Usai dia berkata, bunyi petikan gitar mula bergema begitu juga tepukan gemuruh para penonton...
Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaranTanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suciMata aku mula berkaca. Andainya lagu ini ditujukan kepada aku, pasti aku orang yang paling bahagia sekarang ni. Malangnya, lagu ini dia tujukan kepada Elly dan bukannya aku.
Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhentiDan kini, dia memandang ke arah aku pula. Lama pandangannya sambil menyanyikan korus lagu tersebut. Seperti cuba menyampaikan makna lagu itu kepada aku. Tapi untuk apa? Aku bukan milik dia lagi.
Akanku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada MumtaznyaTanpa aku sedar, airmata aku menitik jatuh mendengar perkataan 'janji'. Ya, dia banyak berjanji kepada aku tapi semua tu hanyalah angan-angan. Kerana dia tidak pernah maksudkan setiap janji yang dia pernah cakap dekat aku. Semua tu dusta.
Tepukan gemuruh kembali bergema sebaik Khai berdiri dan menunduk tanda hormat kepada penonton.
"Sedap gila suara dia, aku minat dekat orang yang suara macam ni." Nadia memuji.
"Samalah, serak-serak gitu kan." Hana pula. Api cemburu aku kian meningkat. Penumbuk aku kepal geram.
"Aku nak balik."Terus sahaja aku bangun dan berlalu meninggalkan mereka berdua yang terkebil-kebil.
Menyesal aku datang ke tempat ni.
Khai, kau memang tak guna. Aku benci kau! Kau penipu! Penipu!
Macam hambar kan... Hehehe... Sorry
Btw, vote n komen ye😘

ANDA SEDANG MEMBACA
Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}
Romance"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...