MOON menatap lama jendela kaca sekolahnya, keadaan di luar lebih menyenangkan berbanding keadaan kelasnya yang sedang kacau-bilau dan hiruk-pikuk ini. Memandangkan cikgu semua bermesyuarat jadi itu bermakna loceng kemenangan buat semua pelajar sekolah Adams high school, Adams high school merupakan sekolah yang hanya menerima pelajar lelaki dan gurunya juga lebih banyak lelaki berbanding perempuan.
Guru perempuan boleh di hitung mengunakan jari, “Moon, lepak bilik aku petang ni jom. Tano dengan Vicky ada..” ajak Randy, yang merupakan salah seorang kawan kepada Moon. Moon dengan muka tanpa ekspresi hanya memandang lama Randy dan mengangguk kepalanya.
“Okay, aku chaw dulu. Nak sambung perlawanan basketball..” bahu Moon di tepuk, Moon hanya mengabaikan Randy kemudian kembali memandang jendela luar. Moon seorang lelaki yang dingin, tiada perasaan, tiada ekspresi, dan kurang bercakap. Namun dia juga seorang baran. Walaubegitu, dia merupakan salah seorang senior paling di hormati di Adams high school. Senior paling kacak, paling berwibawa, paling tegas dan paling bijak.
MOON mengangkat buku-buku latihan yang harus di hantar ke bilik guru memandangkan itu memang tugasnya sebagai ketua kelas, semasa pintu bilik guru di buka dia terus berlanggar dengan seorang lelaki. Dan itu menyebabkan seluruh buku latihan yang ada di tanganya jatuh ke lantai, dia mendengus kasar tanpa melihat ke arah orang yang di langgar. Tanpa berlengah dia mengutip buku-buku yang bertaburan di atas lantai, lelaki di hadapannya membantunya mengutip.
“Saya minta maaf--” matanya memandang ke arah belah kiri di dada Moon, di situ tulis bahawa dia merupakan senior. Terus lelaki itu bangun dan membongkokkan badannya separa lalu menyapa Moon. “Senior, saya; Mhalik pelajar tahun 2 mohon maaf atas keterlanjuran saya, mohon maaf..” beberapa kali badannya di bongkokkan. Moon yang sudah selesai mengutip buku latihan hanya memandang dingin lelaki tinggi yang berada di hadapannya, Mhalik pula masih dalam keadaan separa membongkok.
“Lain kali jalan pandang dulu, aku maafkan kau kali ini. Lepas ni tiada lagi dah--!” ujarnya tanpa ekspresi lalu berlalu pergi manakala Mhalik mengangguk kepalanya tanda faham berulang kali, belakang badan Moon hanya di pandangnya lama sebelum bibirnya mengherot senyuman pendek.
Adams high school merupakan sekolah yang mempunyai lima tahun pembelajaran, tahun 1 untuk pelajar berumur 16 tahun, bagi tahun 2 untuk pelajar berumur 17, tahun 3 pula berumur 18 manakala tahun 4 sedikit lain kerana ianya mempunyai dua tahun akhir sebelum tamat pengajian, untuk tahun 4 pula berumur 19 dan 20. Moon pula, masih berbaki setahun sebelum dia menamatkan pengajiannya di Adams high school.
Di Adams high school, mengamalkan konsep menghormati para senior. Di mana tahun 1, tahun 2, dan tahun 3 harus menghormati tahun 4. Moon meletakkan buku latihan tersebut di meja sebelum berlalu.
DUA minggu kemudian, minggu ini setiap tahun bermula dari 1- 4 harus menjalani latihan sukan, itu membuatkan Moon tersangat malas. Walaupun dia pelajar harapan sekolah, dan waris emas sekolah. Dia tetap benci dalam sukan, dan tidak pernah teringin hendak mengikuti sukan. Tahun syarat penglibatan amat keras memandangkan pengetua yang semakin stress melihat perkembangan pelajar dari bahagian sukan. Walaupun Adam high school cemerlang dengan keputusan pelajar tapi tetap lemah di bahagian sukan, di sebabkan itulah pengetua mengambil insiatif untuk mencemerlangkan pelajar dari kedua-dua segi.
Manakala bagi Mhalik, dia amat menyukai sukan. Dia merupakan pelajar yang aktif dalam bola keranjang, lari, bola sepak dan tenis. Apabila di umumkan bahawa sukan bakal dilaksanakan dia adalah insan pertama yang ingin berdansa.
Acara pada hari pertama mereka adalah lari, sedang Mhalik memanaskan dan meregangkan otot-ototnya. Dia menangkap seorang lelaki yang sedang duduk di atas rumput dengan kedua belah pipi sudah merah padam, mungkin panas. Mhalik tersenyum sendiri, itu agak comel. Bila di amati lama, dia mulai teringat dan mengenali figura tersebut. Itu adalah senior yang di langgar beberapa minggu lalu. Baru saja hendak melangkah mendekati Moon, rakannya menepuk bahunya.
“Jom panaskan badan kat sana, kat sana ada senior sedang buat aktiviti panaskan badan..” ajak rakannya, Mhalik mengangguk setuju.
“Yurri, Senior hujung tu siapa?” soal Mhalik sambil tangannya menunjuk ke arah Moon, Yurri terdiam sejenak sebelum membuka bicara. “ooh Senior tu, nama dia Moon. Orang panggil dia Senior Moon, dia tu Senior paling terhormat dekat sekolah ni. Dia ni kesayangan/emas semua orang kat sekolah ni. Sudahlah bijak, kacak pula tu. Tapi tulah, dia kurang bercakap, dingin, garang, dan terlebih tegas. Itu yang membuatkan orang takut sedikit dengan dia..” tanpa sedar bibir Mhalik tersenyum sendiri, Yurri mengerutkan dahinya.
“Orang cakap dia sengih pula, Mhalik. Dari kau nak bercakap dengan dia baik buang je niat tu. Dia tu lain dari lain, dia tak ramah macam senior lain. Dah jom, jangan cari masalah !” Yurri terus menarik tangan Mhalik berlalu pergi. Mhalik masih dalam dunianya.
***
Bersambung.
YOU ARE READING
On Me.
Romance*boys lover* - Mhalik × Moon. "..Senior Moon, boleh saya cium Senior?" "Ha--" Bibir mereka bersatu, Mhalik menikmatinya manakala Moon masih terpaku, tergamam atau lebih tepat terkejut. Lepas beberapa minit, menyedari keadaan mereka; Moon t...