Chapter II

1K 25 8
                                    

        MHALIK memerhatikan Moon yang sedang berjalan tenang sambil kedua tangannya di masukkan ke dalam poket, langsung tiada segaris senyuman di wajah seniornya itu kecuali muka yang dingin dan tidak berekspresi. Mhalik mengangkat mangkuk makanannya lalu mendekati meja yang di duduki Moon.

Mangkuk makanannya di letak lalu di bongkokkan badannya separa untuk menyapa, “Senior, boleh benarkan saya duduk sini?” Moon hanya sekadar pandang namun langsung tidak berkata apa lalu terus mengangkat sudu untuk makan, Mhalik tersenyum. Dia menganggap itu sebagai tanda setuju senior itu.

“Senior masih ingat dekat saya?” soal Mhalik, Moon masih sama. Langsung tidak membuka mulutnya untuk membalas, “kawan Senior tak makan sekali ke?” Moon memang sejenis orang tidak suka rehat bersama kawannya yang lain, Randy dan kawannya lain sudah mengerti sikapnya yang satu ini. Sekali lagi pertanyaan tidak di balas.

Mhalik tidak mengambil hati, dia tersenyum dan khusyuk memandang Moon yang sedang menikmati makanannya, “Senior suka minum milk pink?” Moon hanya mengangkat pandangannya sebentar sebelum kembali makan makanannya, Mhalik tenung wajah Moon dalam. Lelaki itu mempunyai eyebag yang lawa di bawah matanya, tidak terlalu hitam. Itu sesuai dengan kulitnya berwarna pucat, bibirnya pula berwarna merah pekat, keningnya terlukis indah di wajahnya. Manakala kulit wajahnya bersih dari sebarang cacat cela.

Berbeza dengan Mhalik, disebabkan dia kaki sukan. Kulit dia sedikit gelap, bukan hitam lah. Namun, bibirnya juga berwarna merah, keningnya tebal dan berwarna hitam pekat, dan kulitnya pun sama bersih dari segala jerawat dan cacat cela. “kau nak tengok muka aku sampai bila? Makan !” arahnya dengan nada tegas, rasa tak selesa apabila budak di hadapannya tidak berkelip memandang wajahnya.

“Baiklah Senior.” dia mengangguk kepalanya lalu mengangkat sudu dan mulai makan, baru sahaja dia hendak memasukkan suapan dalam mulutnya. Moon pula sudah meletakkan sudunya dan mengangkat mangkuk serta cawannya lalu berlalu. Mhalik hanya sekadar memandang tubuh kecil Moon yang semakin menghilang dalan kerumunan pelajar.

        “YURRI, nak tanya kau sikit.” soal Mhalik sambil tangannya menepuk bahu Yurri, Yurri tidak mengangkat kepalanya memandangkan dia sedang sibuk meniru jawapan Mhalik. “apa weh?” soalnya sambil tangannya laju meniru jawapan matematik Mhalik, memandangkan selepas ini merupakan mata pelajaran matematik membuatkan dia jadi kalut untuk menyiapkan, sudahlah guru yang mengajar matematik itu garang tahap bukan tahap singa lagi dah.

“Senior nama Moon tu, dia kelas apa eh?” soal Mhalik, dia tiba-tiba terasa mahu tahu segala perihal tentang senior dingin itu. Yurri terus berhenti menyalin dan menatap Mhalik dengan tatapan tak percaya, “dia kelas 4 ( 1 ) - 1, kenapa kau nak tahu?” soal Yurri ingin tahu, “saja je, kenapa salah ke?” selamba sahaja dia membalas.

Di Adams high school, untuk tahun 1, tahun 2, tahun 3 biasa sahaja. Contohnya; 1 - 1, 1 - 2, 1 - 3 dan tahun seterusnya, manakala tahun 4 sedikit berbeza. Contohnya; 4 ( 1 ) - 1, 4 ( 1 ) - 2, 4 ( 1 ) - 3 untuk pelajar berumur 19 manakala 4 ( 2 ) - 1, 4 ( 2 ) - 2, 4 ( 2 ) - 3 untuk pelajar akhir. Adams high school hanya membuat tiga kelas, namun kelas ketiga bukanlah dikategorikan sebagai kelas tercorot memandangkan untuk kelas 1 menempatkan pelajar yang mendapat skor 100 - 90, manakala kelas 2 pula menempatkan pelajar yang mendapat skor 90 - 85 dan kelas terakhir menempatkan pelajar skor 85 - 80.

Semua pelajar Adams high school bijak belaka, kerana itulah pelajar yang bersekolah di situ agak popular di mulut kalangan pelajar sekolah lain. Di situ hanya menerima gred paling tinggi 75, kalau bawah 75 jangan berangan nak bersekolah di situ.

Mhalik pula kategori kelas 2 - 1, disebabkan dia bijak. Jadi sekolah lamanya telah mengarahkan dia untuk menyambung akademik di Adams high school agar dia bertambah lebih baik.

“Selamat sejahtera kelas 2 - 1, sekarang semua tukar baju sukan kerana kita akan menjalankan aktiviti sukan seperti biasa.” ujar Ketua Presiden, semua pelajar kelas 2 - 1 mengangguk faham. Manakala Yurri terus menghentak pennya ke atas meja, menyebabkan Mhalik terkejut.

“Kenapa kau ni?” Yurri mencebik sebelum menjawab, “penat je aku salin, patutlah cikgu Vins lambat masuk !” Mhalik tersenyum, patutlah. Mereka menukar kamaje sekolah mereka ke baju sukan lalu sama-sama bergerak ke padang sekolah.

***

Bersambung.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

On Me.Where stories live. Discover now