Chapter : [ 01 ]

987 57 0
                                    

** Gambaran Alexa Yoo seperti gambar di atas **











¤
¤
¤
¤
¤











"Sekali kau masuk, jangan harap kau boleh keluar. Sebab, jalan keluarnya ada pada aku."











~ ♡ ~











¤ Moon Light High School ¤

Gadis kecil itu terkial-kial mengheret bagasi pakaiannya di sepanjang koridor dorm yang sunyi sepi itu. Matanya meneliti setiap nombor yang tertera di pintu yang dilaluinya.

Dia berhenti sejenak apabila penat mula menguasai diri. Gadis itu duduk sebentar di tepi koridor dorm. Kedua tangannya memeluk lutut. Dia ingin bertanya, tetapi dia tak menjumpai satu manusia biasa pun yang berkeliaran di situ. Hanya dirinya saja masih berkeliaran di luar sementara matahari sedang membebaskan habanya.

"Annyeong haseyo." Sapa sebuah suara.

Gadis kecil itu menoleh ke arah seorang lelaki berkaca mata hitam yang sedang tersenyum manis ke arahnya. Alexa segera bangkit dari duduknya. Gadis itu membalas senyuman lelaki itu.

"Awak pelajar baru ke?" Tanya lelaki itu ramah.

Alexa hanya mengangguk. Dia menjadi kekok seketika. Yalah, ini pertama kali dia berjumpa dengan stranger yang boleh tahan kacaknya.

"Kenapa awak duduk kat luar? Roommate awak tak suka awak ke?" Tanya lelaki itu lalu melirik ke arah pintu yang bernombor 040 itu.

"Ta-tak! Sa-saya sesat. I-ini bukan bilik saya." Bantah Alexa cepat.

Lelaki itu sekadar mengangguk.

"Baiklah, bilik awak nombor berapa? Jomlah saya hantar awak ke sana." Tawar lelaki itu sambil tersenyum lagi.

"Bilik 094."

Gulp !

Senyuman lelaki itu mati. Dia memandang wajah Alexa penuh teliti.

'Yun Ho hyung ni memang nak cari mati ke apa? Yang dia pergi letak budak mentah ni kat bilik 'neraka' tu buat apa? Dia nak budak ni cepat mati ke apa?'

Alexa melambaikan tangannya tepat di hadapan wajah lelaki itu. Dia jelas kebingungan kerana lelaki itu seakan dibeku apabila dia menyebut nombor biliknya.

"Err.. Awak tak apa-apa ke?" Tanya Alexa ragu.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya. Dia cuba tersenyum kembali ke arah gadis itu.

"I'm fine. By the way, my name is Suho. My real name is Kim Joon Myeon. Your name?" Lelaki bernama Suho itu segera menukar topik dengan memperkenalkan dirinya

"Eo. Nama saya Alexa Yoo. Just call me Alexa." Jawab Alexa lalu menunduk sedikit.

"Nice name. Okay, shall we continue?" Tanya Suho ingin kepastian.

Alexa mengangguk sedikit teruja. Ya, dia teruja nak jumpa roommate dia dan berkenalan dengan mereka dan sudah tentu ingin berkawan dengan mereka juga.

PURE BLOOD ©️Where stories live. Discover now