Chapter : [ 07 ]

393 51 1
                                    

Hari sudah beransur senja dan matahari pun sudah mula ingin melabuhkan tirainya agar bulan dapat bersinar seperti dirinya. Angin yang sepoi-sepoi bertiup perlahan menerpa wajah gadis itu. Hatinya tenang seketika. Sudah lama rasanya dia tidak merasakan ketenangan seperti ini. Mungkin kerana dia terlalu sibuk memikirkan hal dunia sehingga dia lupa tentang dirinya sendiri.

Seketika ingatannya menuju kepada ibu dan ayahnya yang mungkin sedang berada dalam kapal terbang untuk bertolak ke Jepun sekarang. Nampaknya dia terpaksa menahan rindunya nanti untuk jangka masa yang agak lama menurutnya.

"Kau buat apa termenung kat situ?"

Suara dingin itu menyapa deria pendengaran. Alexa menoleh ke belakang. Lelaki dingin dan sombong itu sedang berdiri di belakangnya sambil menikmati pemandangan petang hari di tepi tasik yang telah disediakan di sekolah itu.

Wajah Alexa bersemu merah apabila melihat lelaki itu. Dia sungguh kacak dalam balutan baju berlengan panjang dan seluar jeans berwarna putih. Semuanya serba putih dan itu sudah cukup menggambarkan dirinya menyerupai seorang malaikat. Walaupun hakikatnya lelaki itu bukan dari golongan syurga.

"Ta-tak ada. Saya cuma teringat ayah dan ibu saya. Mesti dia orang tengah bertolak ke Jepun sekarang." Jawab Alexa cuba menutupi kegugupannya.

"Hujung minggu ni kau ikut aku. Aku ada benda nak tunjuk dekat kau." Perintah Sehun selamba.

Alexa tersentak. Dia tak boleh ikut. Dia dah janji dengan geng barunya untuk keluar jalan-jalan hujung minggu ni.

"Err.. Tentang tu.."

"Kau kena ikut sebab benda ni sangat penting. Pengetua dah bagi izin. Jangan risau, aku taklah jahat sangat. Mood aku nak minum darah manusia belum muncul lagi. And kalau ya aku minum darah kau, kau tak akan mati. Sebab, darah kau tak akan habis kalau aku yang minum." Celah Sehun dengan selamba badaknya.

Mata Alexa membulat apabila mendengar ucapan lelaki itu. Kedengaran sinis tapi penuh makna.

"Sunbae--"

"You want to know more about me? Then, follow my lead. Aku akan tunjukkan diri aku yang sebenarnya kepada kau asalkan kau ikut cakap aku." Lagi-lagi Sehun mencelah sebelum Alexa sempat menghabiskan ayatnya.

Gadis itu mengeluh perlahan. Dia ingin menolak, tapi hatinya semakin tertanya seperti apa Sehun ini sebenarnya. Adakah dia terlampau kejam seperti yang orang selalu katakan? Atau, dia melakukan semua itu bersebab?

"Sudahlah. Daripada kau fikir, baik kau masuk bilik sekarang dan masak untuk aku sebelum aku yang makan kau nanti. Aku lapar ni." Tegur Sehun apabila keadaan kembali hening.

Lelaki itu meninggalkan Alexa yang masih terkebil-kebil di situ. Tanpa berfikir lagi, dengan pantas Alexa balik ke bilik mereka. Well, kalau Sehun bukan vampire, memang takkan berganjak dia dari situ kerana masih ingin menikmati suasana yang sudah lama dia tak rasai.



























Cafe Universe

Sebelas orang jejaka tampan itu diam di tempat mereka. Tiada seorang pun di antara mereka ingin memulakan perbualan. Sampaikan akhirnya,....

"Yak, kenapa kita berkumpul kat sini kalau semua orang diam aje?" Tanya Chen mula muak.

Cappucino yang sejuk itu dia sedut perlahan. Rasa nikmatnya jangan ditanya.

"Kris hyung tak ada dalam masa seminggu ni. So, pandai-pandai kau oranglah jaga nafsu, jaga mata, jaga hati dan jaga minda. Ingat, walaupun keluarga kita paling berpengaruh, tak semua orang takut pada kita. Akan ada yang cuba menjatuhkan gelaran yang disandang oleh keluarga kita selama bertahun-tahun. Jadi, aku minta tolong kau orang jaga diri baik-baik. Masa Kris hyung tak adalah mereka akan cuba bertindak untuk menjatuhkan kita sebab perlindungan kita yang pertama sudah lemah. So, lakukanlah apa saja agar kau orang semua kekal selamat dan jangan buat Kris hyung risau." Jelas Suho panjang lebar.

PURE BLOOD ©️Where stories live. Discover now