Chapter : [ 30 ]

221 23 2
                                    

•• Pure Blood ••



























"Hey,.."

Suara itu menghentikan lamunannya.

"Kenapa ni?" Lembut saja suara itu bertanya.

"Sehun,.."

"Kenapa dengan dia?" Jungkook melarikan wajahnya apabila nama itu meniti di bibir gadis itu.

"Dia dah jumpa pengganti saya ke?" Soal Alexa lemah.

Jungkook mengeluh perlahan.

"Kenapa? Sebab saya dah jadi macam ni ke?" Suaranya menjadi serak.

Perasaan sebak mula menyelinap dalam diri. Jungkook menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya.

"Saya tahu saya ni degil, lemah dan selalu menyusahkan dia. Saya minta maaf." Tangisannya pecah juga.

Entah kenapa, hatinya begitu retak apabila melihat kehadiran gadis lain di sisi lelaki itu.

"Shh.. Dah, jangan nangis. Tu bukan pengganti awak. Dia dah lama mati." Pujuk Jungkook.

"Tapi, hiks.."

"Shh.. Dah. Saya tak nak dengar lagi awak cakap tentang hal ni. Apa yang penting sekarang ni, keselamatan awak. Mungkin awak bukan lagi pure blood. Tapi, masih ramai lagi yang ingin cuba membunuh awak."

Tangan besar lelaki itu mengusap puncak kepala Alexa perlahan.

tok tok tok

Kedua makhluk itu menoleh ke arah pintu bilik Alexa. Muncul wajah Suga disebalik pintu.

"Jungkook, yang lain dah tunggu kau."

Dia menoleh ke arah Alexa. Tangan besarnya menyentuh kedua pipi Alexa.

"Tunggu sini. Jangan pergi mana-mana selagi saya tak balik." Pesan Jungkook.

Alexa hanya mengangguk. Hanya matanya menghantar pemergian Jungkook. Wajah tegang Suga sedikit sebanyak membuat hatinya semakin gusar.

'Ya Tuhan, apalagi kali ni? Salah ke aku nak hidup bahagia macam orang lain? Papa, ibu,... Alexa rindu.'

Kedua tangan kecilnya meraup wajah cantik itu perlahan. Air mata yang mengalir diseka.

"Bertahanlah. Sikit lagi penderitaan ini akan berakhir."

Alexa tersentak. Dia melihat ke segenap bilik itu. Suara itu datang lagi selepas lama dia menyepi. Entah dari mana dia datang, tapi dia selalu datang ketika dia hampir menyerah untuk hidup.

"Aku nak hidup aku yang normal dulu. Tolonglah." Bisik Alexa perlahan.

Sungguh dia penat menjalani kehidupan seperti ini.





























Suasana di kafe itu sunyi sepi. Hanya ada 12 orang jejaka ini di sini.

"Apa kita nak buat sekarang?" Soalan Chen berjaya membawa yang lain kembali ke alam nyata.

PURE BLOOD ©️Where stories live. Discover now