Chapter : [ 40 ]

219 25 8
                                    

•• Don't Go ••




























"Sehun,.."

Kelopak mata jejaka tampan itu terbuka perlahan. Sinaran cahaya matahari menyapa wajah kacaknya. Manik mata berwarna turqoise itu merenung satu susuk yang sedang bermain dengan seorang budak lelaki berusia 6 tahun di tepi sebuah air terjun.

"Alexa? Kau ke tu?" Tegur Sehun.

Dia bangun dari pembaringannya dan mengambil keputusan untuk mendekati 2 makhluk yang masih tak menyedari bahawa Oh Se Hun sudah bangun dari lenanya.

"Eo! Daddy! Tengok! Ikan Nemo makan makanan yang Yi Han bagi!" Budak kecil itu menarik tangan Sehun yang masih dalam keadaan blur.

Alexa yang melihat gelagat budak lelaki itu hanya tersenyum. Kakinya menghampiri si jejaka cinta hatinya.

"Termenung apa je tu? Yi Han beriya tau nak bagi ikan makan. Supaya awak iktirafkan dia sebagai anak yang berdikari."

Sehun ternganga.

'Te-teruk sangat ke aku berkhayal ni?'

Tangan besarnya mencapai wajah Alexa yang terasa begitu nyata.

"Awak kenapa ni? Demam ke?" Soal Alexa pelik.

Tangannya menyentuh dahi Sehun. Tapi, sejuk. Yalah, vampire mana ada berdarah panas. Hehe..

"Tak. Aku tak demam. Tapi rasanya, aku terlebih berkhayal ni. Tak sangka pula boleh jumpa kau kat sini dengan,.. anak kita."

Tangan kecil yang menyentuh dahinya lalu digenggam lembut. Alexa membawa Sehun duduk di atas sebuah batu besar yang berhampiran dengan air terjun. Budak lelaki yang sedang leka bermain dengan ikan di air terjun itu menjadi pemandangan mereka.

"Sampai bila nak duduk sini? Tak nak jadikan ni semua realiti ke?" Soalan Alexa membuat Sehun terdiam.

Tangan kecil yang masih berada di genggamannya diusap perlahan. Sehun tersentak. Dia baru perasan tangan Alexa sangat sejuk. Malah, lebih sejuk dari suhu badannya yang sememangnya vampire.

"What happen to you?" Soal Sehun.

Wajah cantik itu ditenungnya dengan tajam.

"They wait for you to wake up. So that, Yoona can marry you. She's gonna be a Queen of Underworld and you are the King."

Cecair jernih mengalir membasahi pipi mulus Alexa. Genggamannya semakin erat.

"I shouldn't wake you up. But, you are the only chance that we have. To safe our family."

Sehun terkedu.

"Daddy! Mommy! Tengok! Yi Han dapat Nemo!"

Mereka berdua menoleh ke arah budak kecil yang bergelar Yi Han itu. Di kedua tangannya ada seekor ikan berwarna jingga keemasan.

Senyuman dan rengekkan budak itu membuat Sehun semakin berat hati.

"H-how can I left both of you here?" Lirih Sehun.

PURE BLOOD ©️Where stories live. Discover now