Teaser 1“LAMA sungguh kamu tak datang rumah Mak Teh. Dah dekat 10 tahun dah kot ya Firdaus. Dulu bujang-bujang rumah Mak Teh la kamu datang melepak. Lepas kahwin lesap terus kamu ya?” Firdaus hanya mampu tersengih bila Mak Tehnya mula membebel. Sejujurnya dia rindukan ibu saudaranya itu. Tapi keadaan buat dia lama tidak mengunjungi Mak Tehnya itu.
Leher Puan Zaleha memanjang pandang ke belakang Firdaus, anak saudaranya yang baru sampai ke teratak mereka itu.
“Mana anak isteri kamu?” Mata Zaleha kembali pada Firdaus. Langsung dia tak nampak bayang anak isteri Firdaus. Pelik rasanya. Padahal dulu waktu baru berkahwin bukan main tak boleh berpisah dengan isteri. Sampai lupa jalan balik kampung.
“Err.. Mak Teh masak apa? Aus laparlah. Tak sempat singgah mana-mana tadi. Laju Aus bawak kereta nak jumpa Mak Teh. Rindu sangat dengan Mak Teh.” Cepat Firdaus alih tajuk. Menayang sengih lebar sebelum kaki terus menghala ke dapur. Tak banyak pun berubah rumah Mak Tehnya. Cuma ruang atur rumah saja. Lebih cantik dan kemas. Satu tika dulu, rumah Mak Teh sudah seperti rumahnya. Asalkan ada cuti semester. Rumah Mak Teh tempat yang dia tuju dulu. Memandangkan dekat dengan tempat pengajiannya.
“Mana anak bini dia ni Zah? Anak-anak kamu yang lain bila nak sampai?” Zaleha masih tidak berpuas hati apabila Firdaus buat tak tahu saja pertanyaannya. Soalan ditala pula adiknya yang datang dari Kuala Lumpur itu.
“Entahlah Leha. Bini dia tu memang jarang ikut dia balik. Sibuk kerja katanya. Yang lain sekejap lagi sampailah tu. On the way dah,” balas Puan Zaharah mengikut dari belakang langkah adiknya menuju ke dapur. Kebetulan minggu ini cuti sekolah panjang. Jadi, dia mengajak anak cucunya menziarahi rumah saudara mara. Dia pun tak sangka anak lelakinya itu bersetuju ikut serta kali ini. Selalunya, macam-macam alasan Firdaus beri.
Firdaus buka tudung saji. Sengaja dia buat-buat tak dengar perbualan ibu dan juga ibu saudaranya itu. Pandangan tertumpu pada apa yang terhidang di bawah tudung saji yang dibukanya tadi. Ada nasi lemak. Berkeroncong terus perutnya. Nampak menyelerakan sungguh.
Baru nak melabuh duduk baru Firdaus teringat yang dia belum basuh tangan lagi. Langkah dibawa pula ke sinki sambil bersiul kecil.
Bunyi pintu bilik air dibuka menghentikan langkah dan siulan Firdaus. Tertoleh pandangannya ke arah itu.
Anak matanya bertembung dengan anak mata figura yang baru keluar dari bilik air tadi.
"Ahhh! Mak! Ada orang masuk rumah kita!" Nyaring suara dari gadis yang sedang berdiri di muka bilik air itu menjerit terkejut.
"Isya?" Dahi Firdaus berkerut seribu. Cuba mengingat wajah polos itu. Besar panjang dah budak Batrisya tu ye? Anak mata Firdaus menurun dari wajah ke tubuh gadis itu.
"Makkkk!! Ada lelaki gatal masuk rumah kita!"
"Eh! Eh! Isya! Ini abang Auslah." Gelabah terus Firdaus apabila sekali lagi suara Batrisya berteriak kuat. Dia tak ada maksud pun nak tengok tubuh Batrisya yang berkemban tu. Dia cuma tak sangka gadis itu sudah membesar cantik sebegitu.Nota siku : Kita Kombo Sama dengan Novelis Mum Linz dan Cik Bawang.
Berminat mai hoder ya.
www.wasap.my/60173255126/KomboEmas
YOU ARE READING
Duda Limited Edition (EBOOK)
Truyện NgắnFirdaus cuma lelaki biasa yang mahukan rumahtangga bahagia. Tapi sayang perkahwinan pertamanya musnah ditengah jalan. Ekoran malu dan tak mahu dipersalahkan. Tiga tahun dia diamkan diri dari keluarga dan menyorokkan statusnya sebagai duda. Hinggal...