Teaser 7

2.8K 68 5
                                    


"DADDY sungguh ke nak kat kakak Isya ni? Macam bapa dan anak aje. Dah tu, daddy tu duda pulak.” Caca beri komen. Melihat lenggok si gadis yang bakal menjadi suri hati daddynya itu. Macam tak sepadan aje. Macam bapa dengan anak.
Ternaik cuping telinga Firdaus. Panas dengan komen si anak.
“Ish! Apa pulak panggil kak Isya. Pangkat mak tu. Daddy dengan Mak Cik Isya tu sepupu. Lagi satu. Daddy ni muda lagi ya. Baru 37 tahun okey! Ada pulak cakap macam tu dan untuk pengetahuan kakak. Daddy ni duda limited edition. Faham?” Membetulkan duduk, Firdaus berpaling pada anak sulungnya yang berusia 10 tahun itu. Mulut macam dah besar sangat. Caca levelkan dia bapak-bapak? Okeylah, memanglah dia dah jadi bapa orang. Tapi Batrisya sebagai anak? Takkanlah sejauh itu perbezaan mereka?
Caca mencebir. Membetulkan cermin mata di pangkal hidungnya.
“Tak percaya tanya Adi. Kan Adi?” Caca menyoal adiknya pula. Biar daddy sedar diri sikit,
Adi yang sedang menyuap kuih talam ke mulut terngadah mendengar pertanyaan kakaknya.
“Kakak tanya apa?” Dengan mulut penuh dia menanya semula kakaknya.
“Ni lagi seorang. Makan aje tahu. Perut tu dah kalah perut atuk.” Firdaus tegur anak bongsunya itu. Adi ni kalau bab makan nombor satu. Jangan dihalang. Mahu dia bikin tantrum.
“Kakak tanya kalau Mak Cik Isya jadi mama baru korang. Adi suka tak?” Tersengih-sengih Firdaus mengangkat kening.
Adi telan kuih laju-laju. Kemudian gelas air sirap bandung di atas meja digapai dan diteguk rakus.
“Habis tu mami?” Adi tayang muka blurr.
“Mami tu mamilah… sekarang ni daddy nak together-gether dengan mak cik Isya. Kahwin. Faham?” Firdaus cantumkan kedua jari telunjuknya. Menerangkan pada Adi maksudnya.
Adi terceber-ceber seperti mahu menangis.
“Dah kenapa pulak ni? Tercekik kuih talam ke? Bagitahu daddy.” Firdaus mula cuak. Menepuk-nepuk belakang Adi. Mana tahu tercekik. Main telan aje tadi dia tengok. Entah berapa kali Firdaus beri pesan. Makan tu elok-elok. Ish! Budak ni.
Adi geleng laju.
“Tak.. habis tu Adi macam mana? Adi nak kahwin dengan Kak Isya. Kak Isya cantik,” ucap Adi dengan sebak.
Pap! Firdaus tepuk dahi.
Batrisya yang baru naik ke tingkat atas dimana ruang tamu berada hampir terhambur tawa. Comel betul gelagat anak-anak Firdaus.

#DudalimitedEdition
#Komboemas
#Ezine

www.wasap.my/60173255126/KomboEmas


my/60173255126/KomboEmas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Duda Limited Edition (EBOOK)Where stories live. Discover now