Last teaser kot. 😁
"Bakal isteri I yang I bagitahu pada you tu. Kenalkan ini Batrisya. Isya, ini bekas isteri abang. Qistina." Firdaus kenalkan dengan selamba. Dia tahu Qistina pasti sedang sakit hati melihat kemesraannya dengan Batrisya.
"Abang?" Terangkat kening Qistina. Dengan dia pun Firdaus tak pernah mahu bahasakan abang. Ah! Dia juga yang tak benarkan dahulu. Kolot pada pemikirannya. Bukan Firdaus tak pernah suarakan tentang semua itu.
Firdaus hanya tunjuk isyarat mata mengiakannya. Apa masalahnya dengan panggilan itu?
"Hai... Kak Qis.." Batrisya hulur tangan ingin berjabat namun tidak disambut Qistina.
"Hello.. I am not your kakak!" Qistina peluk tubuh. Mengecil anak matanya memandang Batrisya. Jadi, ini perempuan yang mahu menggantikannya sebagai ibu. Terlalu muda!"Qistina! You buat apa di situ?!"
Baru Qistina ingin menyembur dia terdengar namanya dipekik. Berubah pucat wajahnya mendengar suara itu.Firdaus menjengah belakang Qistina. Bibirnya mengukir senyum sinis. Dia kenal lelaki itu. Lelaki muda yang menjadi kekasih bekas isterinya sekarang.
Namun, senyuman sinisnya termati apabila Batrisya di belakangnya mencengkam kuat lengannya. Seolah gadis itu berada dalam ketakutan. Dahi Firdaus berkerut hairan.🧡🧡🧡
Jeng jeng jeng. Siapa lelaki itu? Adakah ianya berkaitan dengan Batrisya? Kenapa Qistina jadi pucat tiba-tiba?
Mari dapatkan Duda Limited Edition. E-zine terbaru dari MellMariann.
www.wasap.my/60173255126/DLEsingle
www.wasap.my/60173255126/KomboEmas
YOU ARE READING
Duda Limited Edition (EBOOK)
ContoFirdaus cuma lelaki biasa yang mahukan rumahtangga bahagia. Tapi sayang perkahwinan pertamanya musnah ditengah jalan. Ekoran malu dan tak mahu dipersalahkan. Tiga tahun dia diamkan diri dari keluarga dan menyorokkan statusnya sebagai duda. Hinggal...