“Mak.. Isya rasa mak tak payahlah berangan abang Fir jadi menantu mak.” Batrisya berpaling semula wajah ke cermin. Nafas dihela perlahan. Hanya memerhati bias wajah ibunya dari balik cermin. Tangan menggapai kapas. Ingin mencuci kesan bedak dan make-up dimuka.
“Kenapa kamu cakap macam tu?” Puan Zaleha sudah masuk kedalam bilik. Punggung dilabuh ke birai katil Batrisya. Memerhati anak daranya yang sedang menatap cermin. Membersihkan wajahnya.
Batrisya membuang kapas kotor ke dalam tong sampah sebelum berpusing menghadap ibunya.
“Abang Fir suruh Isya tolak cadangan mak dan Mak Long. Mak… Isya tak mahulah terhegeh-hegeh. Isya pun tak sedia lagi. Mak tahu kan sebabnya?” Batrisya pandang wajah ibunya riak penuh pengharapan. Harapan ibunya akan memahami situasi dirinya. Sesungguhnya dia tidak bersedia bergelar isteri untuk Firdaus. Bukan saja Firdaus. Malah untuk sesiapapun.
Puan Zaleha lepas keluh. Tangan si anak dicapai.
“Kamu masih ingat lagi hal dulu?”🧡🧡🧡
Berminat mai hoder ya.
www.wasap.my/60173255126/KomboEmas
#dudalimitededition
#Ezine
#Ebook
#komboemas
YOU ARE READING
Duda Limited Edition (EBOOK)
Short StoryFirdaus cuma lelaki biasa yang mahukan rumahtangga bahagia. Tapi sayang perkahwinan pertamanya musnah ditengah jalan. Ekoran malu dan tak mahu dipersalahkan. Tiga tahun dia diamkan diri dari keluarga dan menyorokkan statusnya sebagai duda. Hinggal...