OY 27

3.2K 144 70
                                    

Empat bulan kemudian...

Syakila P. O. V

Sudah berpuluh kali aku membaca nama yang tertera di atas kad jemputan berwarna putih gading dan bercorak emas di sekelilingnya. Dan berpuluh kali itu juga lah aku mengeluh.

Jemputan ke majlis pertunangan:

Nur Syakila & Muhammad Hisyam

Betul ke keputusan yang aku buat ni? Aku meletakkan kepala di atas meja belajar sambil memandang timbunan kad yang sama berserta sampul. Aku memejamkan mata.

Sebelum aku terlupa, aku sekarang dah masuk semester akhir (sem 6)...

Flashback dua bulan lepas...

"Keluarga Hisyam hantar rombongan meminang. Diorang datang nak merisik Sya." Beritahu ibu sewaktu kami bersarapan pagi itu. Hampir tersembur mee goreng yang aku kunyah kerana terkejut. Cepat-cepat aku menelan.

"Bila ibu? Kenapa Sya tak tau apa-apa?" Masih terkejut dengan berita tersebut.

"Dua hari lepas, masa Sya ikut program U." Ibu menyambung makan.

"Lepastu ibu kata apa?" Tanya aku lagi.

"Ibu terima. Dua bulan lagi Sya bertunang dengan Hisyam. Tahun depan baru nikah." Terus sahaja mulut aku melopong.

"Ibu, ni tak adil. Sepatutnya Sya yang buat keputusan, bukannya ibu." Keluh aku. Ibu memandang aku.

"Ala, apa masalahnya. Kamu dengan Hisyam kan dah lama couple. Apa salahnya naik satu tangga lagi." Aku terkelu.

'Masalahnya itu dulu, sekarang Sya cuma cintakan Khai.' Bisik hati aku sedih. Pinggan dihadapan aku pandang. Hilang selera.

"Tapi Sya..." Aku cuba memandang ibu.

"Tapi apa? Sya dah ada orang lain?" Potong Ibu sambil memandang aku tajam. Aku menikus. Pinggan kembali dipandang.

'Mungkin ni je cara untuk aku lupakan Khai. Dia pun dah bahagia dengan Elly, buat apa aku masih teringatkan dia. Dia pun dah lama lupakan aku. Aku je yang bodoh masih cintakan Khai.' Aku berfikir sendiri. Aku tekad dengan keputusan aku.

Only you, my love! (GxG) Where stories live. Discover now