Urgh!!
Dia yang diajak, aku pula yang mahu diangkut bersama-samanya atas alasan sebagai peneman di majlis Halloween yang diadakan di rumah banglo mewah milik Encik Stanley. Hendak dijadikan kisah menarik, Suzie sanggup pula meminjamkan baju dress warna merah darah miliknya yang dihiasi oleh kerlipan permata menghiasi di bahagian dada dan juga topeng kristal sedondon sebagai busana aku untuk ke majlis itu.
Katanya, untuk hadir ke majlis itu, perlukan busana yang cantik. Teman yang segak? Cuma Suzie sahaja yang dapat. Maklumlah, Suzie baru sahaja menjalinkan hubungan dengan Aaron, jadi itulah temannya di majlis Encik Stanley.
Aku masih terpinga-pinga di ruang tamu rumah Encik Stanley. Biarpun makanan dan minuman yang tersedia enak-enak belaka, hati jadi gundah bila melihat tetamu yang ada di situ bergaya hebat dan berteman, tidak kira yang lelaki mahupun perempuan. Yang menari dibawah alunan lagu pula menunjukkan kemesraan membuat hatiku rasa tidak senang melihatnya.
Dimanakah Suzie? Bercanda dengan Aaron tak ingat duniakah dia sehingga sanggup melupakan aku?
Entah di mana Suzie, aku sendiri tidak tahu. Sudah hampir sejam, bayangannya pun tidak kelihatan. Mungkir janjikah dia?
Kalau benar, sampai hati kau Suzie?Aku nekad. Andai ada teman, aku tidak kisah untuk berlamaan di majlis ini. Jadi tidaklah aku kebosanan. Tetapi, aku tidak sanggup. Lebih-lebih lagi, dengan denyutan di tumit kaki kerana memakai kasut tumit tinggi 5 inci yang seakan menggigit-gigit diseluruh tapak kakiku, aku rasa lebih baik aku beredar sahaja.
Tentang Suzie, biar di rumah nanti aku berurusan dengannya.
Itupun kalau dia pulang awal.
Kalau lewat, bermakna esok sahajalah aku berbicara dengannya.
Tanpa mempedulikan sesiapa di majlis itu, aku melangkah semula ke pintu keluar.
Ah! Tiada siapapun yang menyedari aku di situ dan tahu siapa aku sebenarnya.
Aku menundukkan muka sambil meneruskan langkahku sebelum menyedari aku telah melanggar sesorang hingga hampir jatuh. Namun si mangsa langgarku itu sempat memaut pinggangku lalu menarikku dalam separuh dakapannya. Aku angkat muka hanya untuk mendapati si dia, lelaki bertopeng hitam dengan suit formal lengkap melirikkan senyuman menggoda kepadaku.
"Kalau selalu begini, sayalah orang yang paling bahagia!"
Siapakah lelaki ini? Suaranya yang garau itu membuatkan aku terpana seketika. Aroma minyak wangi yang dipakainya pula menusuk deria bauku hingga menyebabkan aku lumpuh memikirkan hal-hal yang lain.
Wajah Suzie menghilang.
Kesakitan di kaki terasa disembuhkan dengan hanya memandang wajahnya.
Oh tidak! Lelaki ini bagaikan sudah mengunci aku untuk terus bersamanya.
Antara sedar dengan tidak, dia menghadiahkan aku dengan kucupan di tangan.
Ah! Dia sungguh gentleman!
Tanpa meminta persetujuanku, dia langsung membawa aku semula ke dalam ruang tamu ala dewan di rumah Encik Stanley itu.
Bagaimana sekarang? Aku tidak kenali dia! Haruskah aku menuruti langkahnya dan tenggelam di dalam kehangatan malam Halloween ini?
Tidak!
Aku terus melepaskan genggaman tanganku daripadanya. Segera aku berpatah semula ke pintu dan melarikan diri daripada lelaki misteri itu.
Biarlah dikatakan menolak untung, aku lebih rela daripada menghabiskan masa untuk orang yang tidak aku kenali.
Namun buat seketika, aku menghentikan langkah.
Oh Tuhan! Jangan beritahu aku, itu adalah Adam Stanley!!
(492 patah perkataan)
YOU ARE READING
Halloween Vault Challenge
Short StoryKarya nukilan khas dari saya untuk HalloweenVault yang dianjurkan oleh AmbassadorMy. Silalah dan sudikanlah membaca. Dan men'vote'. Dan juga memberi komen! Terima Kasih! 🌸🌸UPDATED 31 DECEMBER 2018🌸🌸 Dengan sukacita dan merendah dirinya, jeng.je...