Petang Sabtu itu, aku hanya mahu duduk di rumah. Mahu ke mana sahaja aku di pekan lama Solomon yang hanya mempunyai penghuni seramai 1500 orang ini? Tiada yang menarik untuk diterokai selain kawasan pantai di bahagian barat daya yang cantik bersih dan kisah silamnya yang penuh dengan misteri.
Lebih-lebih lagi dengan ketiadaan Suzie di rumah, aku rasa malas untuk keluar.
Ketukan di pintu sedikit mengejutkan aku. Dengan malasnya aku ke ruang tamu. Daun pintu ku buka sedikit dan mendapati dua lelaki berpakaian seragam polis sedang menanti di beranda. Timbul tanda tanya di hati bila melihat seorang dari mereka memegang fail ditangannya.
"Cik Anna Adams?" Soal salah seorang anggota polis itu. Aku mengangguk.
"Saya Detektif Olsen dan ini Pegawai Sandy. Boleh kita berbicara sebentar?" Sambung Detektif Olsen.
"Boleh." Aku keluar. Mengajak mereka berdua untuk duduk di ruang beranda rumah. Mereka menurut sahaja, kemudian mengambil tempat di kerusi yang sudah tersedia di hujung beranda rumahku.
"Begini. Kami mendapat laporan bahawa Puan Sarah Harris yang tinggal di hujung pekan ini telah menghilangkan diri sejak seminggu lalu. Kami yakin kehilangannya ada kaitan dengan kegiatan ilmu sihirnya. Jadi kami ke rumah Puan Harris,yang merupakan lokasi terakhir sebelum dia menghilangkan diri, tetapi nampaknya tiada apa yang mencurigakan di sana. Malah, keretanya juga masih berada di dalam garaj dalam keadaan tidak digunakan." Ayat Detektif Olsen seakan tergantung di situ. Aku tarik nafas seketika.
"Maaf, terus terang saya tidak langsung mengenali Sarah Harris. Saya baru kembali ke sini sejak dua bulan lepas." Jelasku.
"Ini sedikit merumitkan kerana kami telah menjumpai sepucuk surat yang ditujukan kepada Anna Adams yang beralamat di rumah ini."
Aku tidak menyoal lagi. Apabila Pegawai Sandy menghulurkan sampul warna biru dari fail yang dipegangnya sejak tadi, aku mengambilnya dan segera mengeluarkan surat itu lalu membacanya di hadapan mereka.
Anna,
15 tahun kembali lagi,
Dinihari mengubah realiti,
Moga kegelapan merundum,
Yang terang menjadi abadi.Dua tidak terpisah,
Satu pasti mati,
Tetaplah berdiri,
Bila Sang Ratu dilaluanku,
Aku abdikan diri.Sarah.
Aku membacanya berulangkali. Walaupun puisi yang dituliskan itu seperti sebuah irama yang pernah didendangkan, tetapi lebih banyak aku memikirkannya, lebih keliru aku jadinya. Aku lipat surat itu sambil menghela nafas panjang.
"Maaf, saya tidak faham langsung apa yang Puan Harris cuba sampaikan."
Wajah Detektif Olsen seakan curiga, tetapi didiamkan dirinya. Kali ini tugas menyoal beralih kepada Pegawai Sandy, yang selepas beberapa soalan diajukan, dia dan Detektif Olsen meminta untuk mengundurkan diri.
Mereka berlalu pergi.
Aku membuka lipatan surat itu. Membaca kembali puisi tersebut sambil jariku menari dibawah perkataan yang tertera di atas surat.
Untuk seketika, aku tergamam. Secara perlahan, tulisan lain seakan timbul di permukaan kertas. Dan ianya sebenarnya ditulis oleh Mama!
p/s: jika Anna sudah temui surat ini, bererti Mama sudah tiada lagi di dunia ini. Pergilah ke Madden's Mansion. Berjumpalah dengan Stu Maddenson. Dia akan membantumu untuk segala apa yang kamu perlukan.
Kau adalah insan terpilih untuk memimpin komuniti ahli sihir, sayang.
Ingatlah disebalik gelap, pasti akan ada terangnya.
Anna, mama tetap akan sayangkanmu buat selamanya.
(495 patah perkataan)
![](https://img.wattpad.com/cover/163485530-288-k185661.jpg)
YOU ARE READING
Halloween Vault Challenge
Short StoryKarya nukilan khas dari saya untuk HalloweenVault yang dianjurkan oleh AmbassadorMy. Silalah dan sudikanlah membaca. Dan men'vote'. Dan juga memberi komen! Terima Kasih! 🌸🌸UPDATED 31 DECEMBER 2018🌸🌸 Dengan sukacita dan merendah dirinya, jeng.je...