P17 : Penulis

30 3 2
                                    

Mimpi yang aneh! Sejak dia bertemu dengan Sarah Harris tempoh hari, dia sentiasa bermimpikan yang pelik-pelik sahaja, tetapi semuanya berkisahkan tentang Anna. Mimpi tentang Pesta Halloween yang bakal dianjurkan oleh ayahnya pada malam Halloween nanti dan dihadiri oleh Anna yang berbaju merah darah. Anna nampak berseri berbanding tetamu yang lain, dan dia terasa dirinya jatuh cinta berkali-kali saat memandang Anna.

Selepas itu, dia bermimpi pula menemui Anna di Storyhaven Park. Dibawah pohon Maple, dia membuat janji akan melindungi Anna. Dia sendiri tidak ingat janji tersebut kecuali ketika Sarah datang dirumahnya dalam keadaan tergesa-gesa sebelum menghilangkan diri buat selamanya.

Dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi dengan kejadian tidak masuk akal yang berlaku padanya sejak seminggu lepas. Buku nota yang mencatatkan karya terbarunya, The Monster of Halloween dan berkisah tentang tragedi di bulan Halloween, kini seakan menjadi tragedi padanya pula.

Kalau diberitahu, pasti tiada sesiapa pun akan mempercayainya. Karya yang dituliskan sementara di dalam buku nota itu ghaib begitu sahaja. Mujurlah dia masih menyimpan plot cerita di dalam buku yang lain. Jadi, tidaklah menjadi masalah untuk dia menuliskan semula cerita itu.

Buku nota yang sama itu, diteliti seketika. Tulisannya masih berada disitu. Adam tarik nafas panjang. Dia merasakan apa yang dikarangnya akan hilang sekali lagi. Sungguh, kalau hilang lagi, dia akan berhenti menulis cerita The Monster of Halloween itu. Mungkin dia akan menulis cerita lain pula. Tetapi, Halloween sentiasa memberikannya idea, untuk berkarya tentang makhluk aneh paranormal dan ahli sihir sepertinya. Mungkin juga tentang pesta halloween di mana semua orang berpakaian kostum dan tiba-tiba berlaku kejadian tidak diingini yang mana kebanyakan tetamu yang hadir dibunuh oleh pembunuh misteri.

Entahlah! Keluh Adam.

Mata Adam membulat apabila menyedari tulisan yang tertera di buku nota biru gelap itu ghaib dengan sendirinya. Sebaik sahaja muka surat itu kosong, tulisan yang lain pula muncul.

Adam Stanley

Terpaku Adam seketika. Tulisan itu bagaikan bergema disanubarinya.

Telah aku tunjukkan padamu tentang apa yang bakal berlaku pada Halloween ini. Ketahuilah bahawa tanpa kau, Anna tidak mungkin dapat melindungi Solomon.

Tunjuk apa? Mungkinkah si penulis itu adalah peramal dan penghantar ramalan ke dalam mimpinya sebelum ini?

Pen yang berada di hujung meja diambil dan terus mencoretkan pertanyaan.

Apa maksud kau dengan Anna dan melindungi Solomon?

Adam, dia pewarisku. Dia bakal menewaskan Helda. Lagenda bakal menjadi realiti.

Lagenda? Helda? Adam mula memikirkan lagenda yang dimaksudkan oleh penulis itu.

Siapa kau sebenarnya?

Tiada tulisan yang timbul selepas itu. Adam jadi tidak sabar. Kenapa pula si penulis itu mendiamkan dirinya sekarang?

Suatu masa dahulu, terdapat dua orang ahli sihir yang hebat dan bersahabat baik. Malia dan Helda. Persahabatan mereka dicemari dengan sikap iri hati Helda yang tidak berpuas hati kerana Malia lebih disayangi oleh penduduk setempat. Helda menyumpah agar Solomon mendapat bencana buruk pada setiap 15 tahun di Hari Halloween. Malia pula berjanji keturunannya akan sentiasa menjadi penghalang kepada Helda dan sumpahannya.....

Adam terkelu. Pantas teringatkan kata-kata Sarah tempoh hari. Apakah si penulis ini Malia, Si Ratu Penyihir yang menjadi lagenda di Solomon ini?

 Apakah si penulis ini Malia, Si Ratu Penyihir yang menjadi lagenda di Solomon ini?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Halloween Vault ChallengeWhere stories live. Discover now