1 - Kawan baru

3.1K 55 3
                                    

Masa awal-awal dulu aku suka sangat ikut member. Bukan apa, aku jenis yang tak suka bergerak solo. Aku akan rasa tersisih, rasa ketinggalan. Jadi tiga bulan awal, semua aktiviti member aku adalah aktiviti aku. Join kelab itu, kelab ini. Sampai lah aku rasa aku patut berhenti ikut kawan-kawan aku. Aku rasa kalau ikut kawan-kawan aku buat aku lagi sesak sebab aku terfikir yang aku pun ada life aku sendiri, ada kerja aku sendiri. Jadi, last stop aku adalah Kesatria. Aku belum pernah masuk lagi kelab ni. Faktor dia sebab ramai kata masuk kelab ni asyik kawad kaki je.
Jadi, aku nak cabar diri aku.

Masa pendaftaran, aku beratur. Tiba-tiba tangan aku dicuit. Jadi, aku pun pusing belakang. Ada budak perempuan yang chubby dari aku malu-malu nak pandang aku.
"Ifah " dia hulurkan tangan dia ke arah aku. Aku pun senyum lalu bersalam dengan dia.
"Panggil saya Nana je"
Dia tersenyum selepas aku
perkenalkan diri aku. Aku toleh depan semula sebab sudah tiba giliran aku untuk mendaftar.
Oleh kerana meja tu sedikit rendah, aku tundukkan sedikit badanku. Nampaklah lemak-lemak lengan aku dek kerana baju kurung yang aku sarung ini sedikit ketat.

"Boleh ke kawad ni? Pengsan tengah panas nanti siapa nak angkat? " tegur lelaki yang duduk dekat tepi meja sambil menyilang tangan. Aku tersengih pastu menjawab
"Tak mintak diangkat pun". Aku pergi dari situ selepas selesai mengisi nama.
"Ni lagi tak boleh nak angkat" suara lelaki yang sama aku dengar. Aku toleh kemudian nampak lelaki tu bercakap dengan Ifah.
'Memang kurang ajar ke diorg ni? ' berontak hatiku. Aku tunggu Ifah di depan pagar timur. Dari jauh aku tengok Ifah tundukkan kepala dia, sampai aku dekat tepi ni pun dia tak perasan.
Aku tepuk bahu dia
"Sedih je, kenapa? " soalku sambil berjalan sama.
"Takde pape lah. Awak tunggu saya ke? Mana awak tahu saya keluar ikut pagar ni? " dia jawab sambil mengelak soalan aku. Aku senyum.
"Takyah pakai awak saya lah. Rasa awkward pulak hehe. Pakai kau aku je tau." Jujur aku tak suka guna panggilan formal ni. Rasa nerd. Aku jawab balik soalan dia tadi.
"Aku ternampak fail kau tadi, ada tulis blok asrama. Kebetulan, aku pun blok sama dengan kau. " aku jawab sambil tersengih.

Sampai dekat blok kitorang, aku ajak dia masuk bilik aku.
"Masuklah, roommates aku balik petang nanti. So, bolehlah kau teman aku kejap. Aku bosan duduk sorang." tersengih aku. Dia pun tak cakap banyak terus duduk dekat katil aku. Nasib baik katil aku katil bawah. Tak payah dia nak panjat atas dengan baju kurung dia tu. Aku nak korek lagi rahsia kenapa dia nampak sedih sangat tadi. Jadi, aku pun offer lah dia jajan aku. Sambil kitorg makan, kitorang dengar lagu.
Aku mula buka cerita fasal lelaki tadi.

"Ifah, kan meja tadi rendah tau, aku bengokkanlah badan aku kedepan. Pastu, kau tahu apa yang mamat yang duduk kat tepi meja tu cakap? "
Dia mula tunjuk minat. Ohyeah, dia dah termakan umpan. Dia tunggu jawapan aku. Makanan yang dia pegang dia letak dekat bawah.
"Dia cakap, boleh ke kawad ni? Kalau pengsan siapa nak angkat? Aku rasa nak tumbuk-tumbuk je muka dia. Tahu lah badan aku ni besar kan tapi tak perlulah nak hina. Ingat dia handsome sangat?Eeee dia ingat dia siapa" mula lah semua riak muka aku tunjuk dekat Ifah. Nak bagi cerita tu realistic gila. Bantal aku ditonyoh-tonyoh.
"Dia senior kita"
Aku pandang Ifah. Dia pandang bawah. Aku rasa kesian dengan dia
Aku rasa, aku macam paksa dia ceritakan benda yang aku dah tahu.

"Ifah, sebenarnya aku tahu apa yang jadi tadi. Aku terdengar apa yang mamat tu cakap dekat kau. " Ah sudah. Kenapa aku bagitahu dia pula ni. Dia senyum.
"Tahu" Alamak, macam mana dia tahu ni. Habis gelabah aku. Jari aku koyak-koyakkan plastik Cocopie yang dah terkoyak.
"Tapi ada benda lain yang kau tak tahu" dia sambung. Aku tunjuk muka blur aku sambil angkat kening. Dia pandang aku.
" Masa kau pergi tu, geng dia datang dekat meja tu. Mamat tu cerita lah balik dekat geng dia. Diorang gelak. Aku rasa malu, sedih, marah semua ada. Aku taknak sebenarnya cerita dekat kau. Tapi kau pun kena jugak. Aku pun rasa kesian dekat kau. Sebab tu aku cerita." panjang lebar dia terangkan. Masa tu, hati aku dah panas. Marah gila. Perlu ke hina orang macam tu sekali.
"Fah, kau okay tak? Kalau kau nak keluar dari kelab ni, aku boleh ikut kau keluar sekali" aku pujuk. Dia geleng, laju. Aku pelik. Aku terkejut dengan jawapan dia lepas aku tanya kenapa.
"Aku ada suka sorang senior ni."
"WHAT?! " terkejut beruk aku. Sebab seorang lelaki yang kau suka, kau biar je orang lain kutuk kau? Soal aku dalam hati.
"Kau serious ni Fah? " aku mintak kepastian. Dia memang taknak keluar dari kelab tu. Aku pasrah. Aku ingatkan diri aku yang aku ni bukan sesiapa nak suruh dia buat itu ini. Semua keputusan dekat tangan dia. Aku membesar dengan ejekan orang. Jadi aku dah biasa kena kutuk, ejek dan hina. Mental aku dah kebal dengan semua benda tu. Tapi aku tak tahu kalau Ifah boleh terima semua tu atau tak.
"Sukatilah Fah. Kalau ada pape,kau boleh bagitahu aku. Kau boleh cerita dekat aku tau."
Dia senyum sambil angguk.
"Nana, kitorang dah balik niii, bukak pintu sis oi." aku dengar dua tiga suara dekat luar pintu. Sah roommates aku dah balik. Aku buka pintu. Ainin, member katil atas aku tegur Ifah, yang lain pun tegur Ifah juga. Aku hantar Ifah pergi bilik dia yang dua tingkat atas dari tingkat aku.
Masa aku balik ke bilik, mula lah aku disoal siasat.
"Budak course mana tu,Na?" Ainin tanya.
"Science weh" aku jawab.
"Macam mana kau kenal dengan dia weh?" tanya Hasanah pula. Ketua bilik. Aku sengih.
"Dia satu kelab dengan aku. Kesatria"
Semua pandang aku terkejut. Aku pun ikut terkejut.
"Kau masuk Kesatria,Na??" Ainin tanya aku dengan riak muka dia macam baru lepas tengok gajah terbang.
Aku gelak sambil angguk. Lepas tu, Najwa atau kitorang panggil Achik geleng kepala sambil cakap
"Habis lah kau Na, habis lah"
Aku cuak. Apa yang habis?

Abang Senior❤Where stories live. Discover now