13 - Malam

1.9K 61 21
                                    

Lagi dua hari nak cuti semester. Tahu berapa lama? Tiga bulan. Aku ulang, tiga bulan. Semua assignment dah submit, semua barang dah hampir kemas di-packing. Abang? Dah ada dekat KL tiga hari lepas, so dia boleh ambik aku cuti nanti. Hati aku sumpah melonjak gembira. Aku nak cuti dengan tenang, tanpa toxic people ni semua. Aku ada cakap dengan abang yang aku nak bercuti dekat tempat yang ada pantai. Sambil aku baring dekat atas katil aku bayangkan biru langit yang cantik, sejuknya angin pantai waktu malam dan ketenangan yang bakal aku rasa. Tak salah berimaginasi kan? Aku senyum sendiri. Sejak dua minggu lepas, kepala aku ni asyik fikir pasal cuti. Hasanah, Achik dan Ainin pun dua kali lima sahaja semua. Jasad dekat dalam kelas, fikiran? Dah melayang jauh luar Malaysia. Aku rasa bukan kitorang je macam tu. Semua student rasa benda yang sama. Cuma aku tengok Faris macam takde mood nak cuti semester. Aku teringat bualan aku dengan dia haritu.

"Weh tak sabar nak cuti sem uwuu" aku tolak-tolak lengan Faris dengan siku aku. Dia gelak kecil.
"Sebenarnya, aku tak rasa excited nak cuti ni Na." dia cakap. Aku tak cakap lebih hanya tunggu dia bersuara. Pandanganku dilemparkan ke langit, hanya telinga yang mendengar.
"Cuti memanglah seronok, tapi bila naik semester nanti aku dah tak belajar. Kau pun tahu kan yang naik sem nanti aku buat praktikal. Aku malas nak kerja Na." dia terangkan. Betul jugak, dia dah nak praktikal nanti. Jadi Faris dah takkan ada dengan aku. Susah aku nak jumpa dia nanti. Aku mengeluh perlahan. Dia siku lengan aku.
"Kau sedih sebab Luqman pun takde nanti kan?" dia sengih. Aku jeling dia. Luqman? Nama tu dah macam hilang dari minda aku. Jujur aku cakap sepanjang aku dengan Faris, sikit pun aku tak fikir pasal Luqman. Aku bagitahu Faris yang aku dah tak fikir pasal Luqman. Faris menjelir.
"Betul,aku dah tak fikir pasal dia" aku cakap. Tapi, kalau terjumpa tu ambik masa jugak nak lupa.
"Kau cakap macam tu. Habis dia?" Faris mencemuh. Aku kerut dahi. Kenapa dengan dia?
"Asal ? Dia fikir pasal aku ke?" aku tanya. Faris kaku.
"Entahlah" jawabnya ringkas.

Fikiran aku berhenti melayang. Permainan video tentang bualan aku dengan Faris terhenti.
Luqman fikir pasal aku ke?
"Oi termenung apa tu kak" Hasanah tegur aku. Aku cepat cepat larikan pandangan aku padanya. Dia tercegat depan pintu sambil pegang plastik makanan didua belah tangannya. Aku bergegas bangun dari katil untuk menolong.
"Sedapnya wehh bau ayam goreng" hidungku bergerak-gerak menghidu makanan yang dibeli. Nasi ayam penyet menjadi kegemaran pelajar kolej ni. Dengan sambalnya yang pedas tu, ayamnya yang rangup dan sup yang penuh rasa savoury tu, ditambah pula dengan ulam-ulaman yang segar. Sungguh menyelerakan!
Aku dan yang lain bergegas mengambil tempat dilantai. Semua macam tak makan sebulan. Aku punya macam biasa, nasi mesti lebih! Tapi merungut badan makin besar itu biasa. Mulut sahaja berkata-kata tapi nak diet malas. Itu lah perempuan.

Malam tu aku turun pergi cafe. Patutnya Achik ikut sekali tapi dia sakit perut. Yang lain malas, jadinya aku terpaksa pergi sorang. Dalam perjalanan, aku dapat call dari Luqman. Nama bebal dia dahpun aku tukar kepada nama sebenarnya.

"Hello, Assalamualaikum"  dia beri salam. Aku jawab salam.

"Ye Luqman,awak nak apa?"

"Saya nak jumpa awak. Boleh?"

Aku kaku sebentar. Perlu atau tidak aku jumpa dia. Aku mengaku aku ada simpan sedikit perasaan dekat dia. Siapa je tak suka Luqman ni. Walaupun dia tak sekacak mana, tapi dia manis. Manis dia kalau semua orang nampak lebih manis dari madu.  Eh lelebih pulak describe.

"Boleh, saya dekat cafe ni" aku terus bagitahu lokasi aku. Kalau dia nak jumpa aku, dia yang kena datang. Bukan aku yang pergi dekat dia. Perempuan kena play hard sikit. Sikit je kalau banyak lelaki taknak. Aku off call cepat-cepat. Weh dah datang dah rama-rama dalam perut ni. Silap bukan rama-rama je, dia bawak satu zoo datang.
Aku tunggu dia dekat meja luar cafe. Dari jauh aku nampak dia keluar dari asrama lelaki. Berjalan ke arah aku. Weh kalau boleh pasang background music ni mesti gempak. Lepastu slowmo kan dia punya steps.
Aku padam imaginasi aku bila aku dah nampak dia makin dekat. Aku
berdebar?

"Hai" dia senyum kecil. Aku balas senyuman dia. Kecil jugak. Dia duduk dihadapanku. Hanya meja bulat yang memisahkan kami. Aku tunggu dia bercakap.
"Sorry" perkataan pertama yang muncul dari mulut dia. Aku kekal diam.
"Saya minta maaf, pasal saya marah awak haritu. Masa saya dengan kawan awak" dia explain.
"Sa saya salah. Saya tak kenal awak tapi saya main tuduh melulu. Saya minta maaf sangat-sangat" aku nampak tangannya menggenggam seluar jeans yang disarungnya. Nervous?
"Jap, saya tak biasa guna 'saya awak'. Jadi kita panggil kau aku je boleh?" aku potong ayatnya sebelum dia sempat sambung. Dia menarik nafas dalam.

"Aku suka kau"

Kata-kata tu keluar dari mulut

Aku.

Aku? Ya aku. Aku terpaksa jujur. Kalau kena reject pun aku tak kisah. Yeke? Ah janji dia tahu. Janji aku dah tak perlu simpan perasaan ni.
Dia pandang aku. Aku malu, nasib takde siapa dekat cafe ni.

"Aku pun" ayat tu keluar dari mulut dia sebelum sempat aku bangun. Aku tak pandang dia. Ingat apa? Nak main pandang-pandang mata. Pipi aku panas. Dia senyum, kalini senyuman dia lebih ikhlas, tak kaku.

"Aku pun suka kau Na. Perasaan aku tak tenang lepas aku tinggikan suara aku dekat kau." dia cakap. Aku diam.

"Kenapa?" aku tanya tapi soalan tu tersangkut. Malu nak tanya.
"Kenapa sekarang baru nak cari?" kalini soalan tu penuh. Aku pandang dia. Lampu malam diluar cafe mampu sembunyi sedikit riak muka aku. Aku marah? 
"Sebab saya tak pasti, aku. Aku tak pasti. Kau rapat dengan Faris. Aku taknak kacau" dia exclaim. Aku mendengus kecil. Yelah tu taknak kacau.
"Aku dengan Faris hanya kawan. Dia tak suka aku pun" aku cakap. Tapi riak wajah Luqman berubah sikit lepas aku cakap Faris tak suka aku.
"Aku dah pun luahkan perasaan aku dekat kau. Jadi bila hari pertama kita??" dia tanya. Pipi aku makin panas. Tak sangka Luqman pun suka aku. Jadi betul ke aku dengan dia couple? Ee geli pulak dengar bunyi couple ni tapi cute. Aku senyum, dia pun. Ya Allah bertambah manis dia ni. 
Hati aku makin laju berdebar. Dia tarik kerusi dia dan duduk hadapan ku tapi kini tiada meja yang menjadi penghalang cuma dia masih mengekalkan halal gap. Aku memberanikan dia memandang tepat pada muka dia.
Aku tak percaya.
Faiq Luqman adalah kekasih hati aku sekarang.

"Malam ni" aku cakap. Luqman memandangku pelik.

"Malam ni hari pertama kita" aku dapat rasa darah naik ke pipiku selepas aku cakap macam tu.

Dia senyum lagi. Lebih manis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 15, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Abang Senior❤Where stories live. Discover now