12 - Perasaan

1.2K 51 3
                                    

Kepala aku tak berhenti berfikir pasal Luqman dari semalam. Kenapa dia tak masuk? Jadi memang dia tahu tu nombor phone aku? Dia nak cakap apa semalam?
Aku ada termarah Hasanah sebab datang awal sangat. Kesian dia tak pasal-pasal kena. Nasib dia tak mudah sentap, kalau tak mesti jadi gaduh punya. Aku dah boleh balik bilik pagi ni tapi ada pesanan maut untuk aku dari nurse. Dia kata jangan datang lagi. Tapi aku positifkan ayat dia,dia taknak aku sakit lagi lah tu uhu.

Dah nak dekat seminggu lepas aku keluar dari unit rawatan, aku ingat Luqman nak cari aku tapi sangkaan aku meleset. Dekat kesatria pun dia takda. Ifah macam biasa senyap je sepanjang kawad. Faris?  Dia jelah yang sembang dengan aku. Dia bawakkan aku makanan. Aku selalu jugak mintak dia belanja makan. Entahlah sekarang ni aku rapat dengan si Faris ni pulak. Bila dah lama aku kenal dia, dia sebenarnya baik. Dia bukan ambik berat pasal aku je. Kalau kawan dia mintak tolong pun dia buatkan. Tapi yang kurangnya pasal dia ni ialah gurauan kasar dia. Memang kadang-kadang dia rasa dia bagus jadi dia pandang rendah dekat orang lain. Tapi tu memang perangai dia and dia rasa benda tu biasa. Cuma, selama aku kawan dengan dia, aku rasa biasa. Hati aku kosong. Perasaan suka aku dekat Faris tak lebih dari sebagai kawan. Aku ada cuba tanam perasaan suka aku dekat dia. Hampa.
Ramai dah orang ingat aku dengan Faris ada hubungan. Penat aku tangkis semua tuduhan tu.

"Oi !" jerit Faris sambik tepuk belakang aku. Weh dia ingat main 'chup' ke. Takyah kuat-kuat boleh kot.
"Sakit hanat" keluar kata-kata kesat aku. Faris dah biasa dengar aku mencarut tapi dia bagus, dia mesti marah bila dengar aku mencarut.
Faris buat gaya nak jentik mulut aku dengan jari dia. Aku jeling.
"Banyak ke kerja kau tu?" dia tanya.
"BANYAK WEHHH! Aku tak sabar nak habiskan lepastu aku nak fikir cuti je ni"
Dia pun angguk setuju. Mengiya-kan kenyataan aku.
"Faris, kau dah tak kawan dengan Luqman ke? " soalan asing muncul dari mulut aku. Faris pandang aku pelik. Aku sendiri ragu-ragu nak tanya soalan tu dekat dia. Faris betulkan posisi dia, dari menghadap meja, kini badan dia menghadap aku. Aku kekal pandang laptopku.
"Faiq Luqman? Kenapa kau tanya?" suara dia serious. Aku telan air liur.
Tak menggeleng, mahupun mengangguk. Aku biarkan Faris tergantung tanpa jawapan. Aku dapat rasa mata hitam dia memandang tepat dekat aku.
"Faiq Luqman ke?" dia tanya lagi. Kalini lebih tegas suara yang dilontarkannya. Aku terkedu, masih berdiam diri.

Faris tiba-tiba bangun dan terus pergi.  Ke mana aku tak tahu. Aku panggil nama dia perlahan. 'Eh dah kenapa dia ni pulak' getusku perlahan.
Aku kemas barang aku dan cuba kejar mamat bisu tu. Aku sumpah tak tahu dia kenapa.

"faris!" aku jerit sedikit. Suara versi jantanku boleh buatkan semua orang terkejut jadi aku kurangkan sikit volume suara. Aku memanggilnya lagi. Aku buntu. Takkan aku tanya pasal Luqman pun dia marah? Weh dia suka aku ke? Eh terlebih confident aku ni.  Aku berhenti kejar dia. Malas. Sangatlah kanak-kanak.

"wehh sakit pulaklah tekak kita ni jerit nama dia" aku memberontak. Dengan langkah yang separuh menghentak aku berjalan ke cafe. Dapat ice blended sedap ni. Aku main phone sambil tunggu, ice blended chocolate aku disiapkan. Bukak dialer, hati aku kuat mengatakan aku kena call abang aku. Scroll punya scroll jari aku tertekan number Faris. Ah sial sial. Aku terus off call. Selesai bayar untuk air yang aku pesan, aku bergegas nak balik bilik.

"Na" suara memanggilku, sejurus itu langkahku terhenti. Aku pusing.

Faris.

"Ikut aku jap" dia berkata. Aku tak tahu jampi apa yang dia pakai sampai aku terus ikut kemana dia pergi. Tanpa. Berfikir.
Dia bawak aku berjalan ke belakang blok asrama. Aku turutkan sahaja. Tiba-tiba satu soalan muncul dekat kepala aku. Perlu ke aku tanya dia kalau dia suka aku ke tak? Aku geleng kepala laju. Ayat-ayat imaginasi yang berterbangan di udara aku padamkan.

"kau suka aku ke?"

Pap!  Soalan tu keluar dari mulut aku. 'Eh betina, kau tu dah macam ular sawa kekenyangan ada hati nak tanya dia suka kau ke tak? Eh apa bangang sangat kau ni' monolog aku sendiri. Faris terus memberhentikan langkah dia. Dia pusing belakang dan kepala aku automatically tunduk. Malu.

Dia tergelak. Ah anjir dia gelak. Sah memang sah dia tak suka aku. Ya Allah malu yang amat ni. Aku kekal tunduk.
"Kau yang call aku tadi. Lepastu kau tanya aku suka kau ke??" jari telunjuknya diletak dia dadanya. Masa ni aku rasa nak lari balik je bukan balik bilik asrama, balik rumah aku.

"Ye, aku suka kau"
dia cakap lepas beberapa saat diam. Aku angkat kepala tanda tak percaya. Tahu apa aku nampak lepas aku angkat kepala aku? Muka Faris merah tahan gelak. Dasar jantan tak guna, dia tipu aku.
"Hahahahaha kau ni kelakarlah Na. Ke kau yang suka aku?" dia mengusik sambil ketuk kepala aku perlahan. Aku mendengus.
Marah?  Malu?  SEMUA.

"Taklah aku aku tanya je. Eh ha ni nak bawak aku pergi mana ni? Kau jangan bukan-bukan dengan aku" aku jeling dia. Dia gelak kecil sambil sengih
Comel.
Eh apa ni? Sesungguhnya aku bercelaru. Aku sambung ikut Faris berjalan.

"FARIS POV"

Hati aku sumpah berdebar. Walaupun Nana jalan belakang aku. Aku rasa macam ada rama-rama dalam perut ni. Aku senyum sendiri memandangkan Nana tak nampak sebab aku tinggi.

"Kau suka aku ke?"  Nana tiba-tiba tanya. Aku terkejut. Aku pusing nak tengok muka Nana tapi hampa,dia tunduk.  Aku pandang padang, sumpah demi Tuhan aku nak cakap aku suka dia dari awal aku jumpa dia.  Aku yang pilih kumpulan dia untuk kesatria. Aku suka tengok dia. Perasaan aku buatkan aku nak kacau dia, nak bergurau dengan dia. Dari masa Nana marah team aku sebab nak pakai court sampailah aku terbuat dia takut malam tu. Aku suka. Aku seronok. Dia sangat sederhana. Dia jadi diri sendiri, dia tak pura-pura. Aku nak sangat luahkan semua ni. Tapi aku nampak Luqman, dari jauh. Aku kenal Luqman dah lama. Jadi aku tahu, Luqman pun ada perasaan dekat Nana.

Aku gelak. Aku tak tahu kenapa hati aku pedih. Sakit. Aku tak boleh ambik Nana. Aku cuma

Tak boleh.

"Nana POV"

Jauh aku jalan ikut Faris. Last-last dia cuma bawak aku pusing kolej ni je. Aku pelik. Dah sampai blok asrama aku, aku pusing ke Faris.

"So, kita memang nak pusing-pusing je ke?" aku tanya. Dia angguk. Dua belah tangannya disumbat dalam poket seluar.
"kenapa? " aku tanya lagi.

"Aku nak luangkan masa dengan kau"
Dia jawab ringkas dan terus pergi. Dia tinggalkan aku lagi. Kalini aku makin pelik dengan perangai dia.

"Kau kenapa ni Faris?" aku soal sendiri.

Abang Senior❤Where stories live. Discover now