6 - Bahagia

1.2K 44 1
                                    

Penat semalam tak habis lagi. Dah lama tak buat aktiviti fizikal macam semalam. Peha aku macam dah tegang. Otot betis pun macam dah naik. Notifications whatsapp masuk. Dari group kawad. Katanya kena pakai baju putih lengan panjang next time. Sesiapa yang pakai lengan pendek kena denda,unknown hantar. Contact semua aku tak save kecuali Ifah. Aku balas okay dengan emoji hati warna biru. Lepas aku balas, ada lagi dua tiga orang balas okay jugak.
Aku tutup phone. Tiba-tiba ada orang call. Unknown number.'Nak angkat ke tak eh?' aku tanya diri sendiri. Tapi aku angkat juga takut ada benda penting. Kalau scammers tutup jelah balik,bukan susah.
"Hello" orang tu cakap. Suara lelaki. Aik siapa ni?
"Hello, ni siapa eh?" aku tanya terus. Dia gelak. Macam kenal
"Ni abang lah" dia jawab. Eh sengal nya aku tanya betul-betul.
"Sorry saya tak beli karpet"aku cakap membabi buta. Dia gelak lagi kuat.
"Ni Faris lah. Awak farhana kan?" dia bagitahu. Aku terkejut,terus tutup mulut.
"Oohhhhh, Faris kawad eh? Sorry ah tak save number" aku bagitahu dia. Jujur. Dia tanya kenapa tak save number dia. Aku bagitahu dia yang aku tak save number semua orang kecuali Ifah. Dia balas huruf O enam harakat. Lepastu aku suruh dia panggil aku Nana je.
"Petang ni free?" dia tanya. Aku dah terkedu. Bila aku tanya kenapa dia taknak jawab. Dia kata aku kena bagitahu aku free ke tak petang ni dulu baru dia jawab kenapa. Aku dah fikir jauh. Kerja banyak ni tapi aku nak jugak keluar kalau dia ajak. Aduh.  Macam mana ni.
"Bagitahu lah dulu. Boleh Na tengok jadual Na dulu. Assignment banyak ni" aku tak mengalah. Dia dah tarik nafas dalam. Nak taknak dia bagitahu jugak,
"Nak ajak main badminton" dia bagitahu. Aku lost. Nak jawab apa ni. Nak tolak,kesian pulak. Kalau aku cakap ye, mula lah orang lain sibuk.
"Boleh ke tak?"dia tanya lagi.
"Boleh... Kot" aku jawab tapi aku sendiri tak pasti. Dia dah gelak.
"Kalau tak boleh takpe. Tak paksa pun" dia cakap. Alaaaa ni yang aku lemah ni,kalau orang cakap macam ni.
"Boleh boleh. Tapi petang sikit lah. Na nak siapkan kerja sikit. Boleh?" aku mengalah. Dia dah seronok. Dia kata malam pun boleh. Aku gelak je lepastu cakap okay then tutup call. Aku campak diri aku dekat katil.
'Aaaaaaaaa' aku jerit dekat bantal. Sedar tak sedar Achik dah ada dekat belakang aku. Dia tanya aku kenapa. Aku bagitahu dia yang aku rasa happy gila. Last-last dia kata aku dah mabuk.  Ah lantak lah mabuk ke gila ke. Apa yang aku akan buat petang nanti memang aku tak pernah terbayang langsung. Aku pergi meja balik. Siapkan kerja aku cepat-cepat. Nasib harini hari Sabtu. Boleh lah aku tidur lambat nak siapkan kerja. Habis halfway kerja, aku capai phone aku. Aku save nombor phone Faris. Aku tengok profile picture dia. Gambar dia atas bukit.Lepastu aku senyum sorang-sorang. Gila.

Dah pukul 5.30 petang. Aku turun bawah. Aku pakai jersey hitam kuning ada tulis Dortmund dekat bahagian dada. Tudung saudia hitam dengan kasut sekolah.
Masa turun tu aku nampak Faris. Dia tunggu aku ke apa.
"Ui, tunggu orang ke?" aku tanya dia. Dia senyum. Dengan beg hitam dia lepastu raket badminton terkeluar. Wah dugaan betul ni. Dia senyum.
"Tunggu akak ni tapi tak turun-turun. Awak jelah teman eh." dia cakap. Aku gelak je. Kitorang pergi court badminton sama-sama. Masa jalan tu banyak betul soalan dia. Ambik course apa,  family berapa orang,  suka makan apa, kalau bercuti nak pergi mana je, minat sukan ke tak,ada instagram ke tak,  twitter semua. Rasa macam kena interview untuk mintak kerja. Aku layan kan je dia. Semua soalan dia, aku jawab. Habis dia tanya,  aku pulak tanya dia soalan yang sama. Aku tanya tinggi dia berapa. Dia kata 5 kaki 10 inci. Aku pun angguk macam faham. Lepastu aku terus google 5 kaki 10 inci tu berapa dalam m. 1.78 m lah. Bapak tinggi.
Dah sampai court badminton, aku bersyukur tak ramai orang. Aku pun panaskan badan dulu. Kitorang start main. Aku tak pro sangat main badminton ni. Kadang-kadang tersasar jauh jugak. Tapi, dia faham. Dia pukul bola slow-slow je dengan aku. Aku rasa bahagia pulak bila dia faham walaupun aku tak bagi tahu. Lepastu aku nak tunjuk power, aku try smash bola. Yang pergi raket, bola jatuh depan aku. Habis terkeluar gelak setan tujuh keturunan aku. Faris pun gelak kuat. Dia pergi side aku,dia angkat raket dengan shuttlecock. Lepastu dua benda tu terlepas dari tangan dia sebab dia tak tahan gelak. Aku pun gelak sekali sebab nak tahan malu. Tulah nak tunjuk pandai, kan dah tertunjuk bodoh. Last-last kitorang dua terduduk dekat situ. Tak boleh nak main sebab dua-dua gelak. Aku tak boleh nak pandang dia dah. Macam orang hilang anak dah, masing-masing termenung. Faris kejap termenung, kejap gelak.
"Alaa dah lah. Jangan lah gelak lagi. Malu tau tak" Aku bagitahu dia. Dia geleng.
"Okay tak gelak dah. Tapi kelakar lah you. I tak boleh tahan." dia cakap sambil pegang perut tahan gelak. Aku dah merah muka.
"Okay okay, I janji tak gelak. Serious tak gelak dah" dia angkat tangan macam nak ikrar. Aku angguk.

"Seronok nampak" ada orang tegur kitorang. Faris bangun pergi salam dia. Salam member-member. Sentuh bahu ke bahu bagai tu. Aku dah berdiri tengok diorang.
"Aku tak perasan kau pun Man" Faris tanya dia. Man. Tak habis-habis muka dia. Aku nak bergembira pun tak boleh. Man kata dia ada je tapi duduk dekat tepi.
"Ni Nana." Faris tunjuk aku. Man angguk je.
"Yang ni Man. Faiq Luqman. Komander kawad haritu" Faris tunjuk Man pulak. Aku angguk lepastu senyum fake. Faiq Luqman nama dia. Baru aku tahu. Selama ni aku panggil Man je. Faris ambik barang-barang dia.
"Kitorang gerak dulu, Man. Dah lewat dah ni." Faris bagitahu Luqman lepas hulurkan beg aku. Aku ambik beg tu lepas tu bye dekat Luqman. Bye yang paling tak ikhlas. Macam takda harakat. Just bye. Lepastu aku ikut Faris balik.
Luqman tengok je kitorang.

"Luqman tu memang suka tiba-tiba muncul ke?" aku tanya Faris. Dia geleng.
"Takdelah. Eh tapi I nak bagitahu you, Luqman tak pernah couple dengan sesiapa. Even masa dia sekolah menengah pun" Faris bagitahu aku.
"Mana you tahu? " aku tanya. Faris kata Luqman satu sekolah dengan dia dulu. Dia kata Luqman paling tak reti layan perempuan. Aku angguk.
Sampai ke blok aku Faris hantar. Dia kata nanti dia whatsapp aku lagi. Aku pun anggukkan je.

Naik bilik, ada orang call. Aik rindu aku dah ke Faris ni. Tapi unknown number. Aku angkat,
" Hello, siapa ni? " aku terus tanya.
" Luqman "

Abang Senior❤Where stories live. Discover now