11-Sakit

1.1K 47 3
                                    

Aku bangun dari tidur bukan sebab alarm bunyi, tapi sebab aku terkejut. Mimpi yang jatuh dari tempat tinggi. Terus laju jantung aku berdegup. Aku tengok kawan-kawan aku sedap tidur. Ada yang berdengkur, ada sampai selimut jatuh dekat lantai. Aku tengok jam dekat phone, kalau nak tengok dekat dinding tak nampak sebab gelap. Baru pukul 4.15 pagi. Aku pandang katil atas aku, termenung.
Mata aku susah nak lelap balik. Aku teringat balik hal petang tu. Aku malas nak layan Ifah tapi
harini hari Jumaat. Ugh ada kesatria.
"Dah lah aku sama group dengan dia!" aku terjerit. Nasib baik yang lain tak terbangun. Aku tak tahu lah kenapa life aku sekarang makin lama, makin complicated. Duk fikir tu, fikir ni lama-lama aku tertidur jugak.
Aku terbangun, dah lama ke aku tidur ni? Aku tengok jam dekat phone balik, ya Tuhan baru setengah jam aku tidur dah terbangun balik. Aku tak mengalah. Kalau bab tidur ni, tak boleh membazir. Aku terus pejam mata, aku bayangkan yang aku pergi melancong then jumpa idola. Kalau aku tak fikir macam tu, aku jadi pening. And bila pening mula lah aku tak dapat tidur. Aku tampar-tampar sikit muka aku, suruh diri sendiri tidur. Tidur pun stres :')

Macam biasa alarm lagu gogo-BTS aku buat konsert kat sebelah telinga. Aku bukak mata tapi tak terus bangun. Kepala aku pening, pusing,vision aku berputar. 'Aduh asal pulak ni' monolog aku dalam hati. Aku bangun jugak,gagahkan diri ni. Dah serupa sloth pergerakan aku. Bilik harini terang lain macam. Sebelum ni bukak je lampu tapi harini terlebih lighting aku rasa. Aku angkat phone aku.
Jahanam! Dah pukul 11 wehh! Kelas aku pukul 9 hari ni. Aku cari Ainin.

"Ainin? Ainin?!" Mata aku melilau cari susuk tubuh Ainin. Bukan Ainin je takde ni, semua roommates aku takde dalam bilik. Aku pegang kepala. Pening lagi. Ya Allah, aku dah lambat ni. Tanpa buang masa,aku masuk bilik air dan terus mandi. Sejuk air tu sampai menggigil aku. Aiya dah pukul 11 pagi pun air sejuk ke. Aku gigihkan juga siap. 'Tak boleh,aku kena juga hantar assignment ni. Siapa hantar harini dapat markah lebih' aku pandang kertas setebal seinci atas meja aku. Aku kena rebut peluang ni, aku tahu kelemahan aku dekat assignment jadi kalau aku hantar awal, markah lebih tu boleh jadi penyelamat pointer aku. Aku terus bergerak pergi kelas.

Malangnya, kelas dah habis jadi bilik dah dikunci. Terpaksalah aku pergi bilik pensyarah A , memandangkan lecturer yang mengajar aku subjek tu berjawatan tinggi. Tapi aku bersyukur, Tuhan mudahkan kerja aku. Tak perlu naik bilik pensyarah sebab aku terserempak dengan lecturer dekat tangga. Aku serahkan assignment aku dengan bagitahu sebab kenapa aku tak masuk kelas pagi ni. Lecturer tu pun kata aku pucat jadi dia suruh aku pergi rehat dekat bilik. Aku pun akur sebab dah memang sakit weh.

Dalam perjalanan balik, aku memang tak angkat kepala. Kepala aku pening sangat sampai berat nak angkat. Mood aku terus berubah. Aku dah cakap dekat hati aku, siapa buat hal harini memang akan kena balasan dia. Aku dah macam singa kelaparan sepanjang jalan. Ifah, aku nampak dia dari jauh. Tapi dia seorang. Aku terus jalan tak pandang dia.
"Naa" dia panggil perlahan. Aku takut aku meletup dekat situ so aku ignore je dia. Baik aku sediakan payung sebelum hujan.
"Naaa" dia panggil lagi.
'Bukan harini Ifah' aku jawab dalam hati.

Dekat bilik,
Aku baring atas katil aku. Kaku. Macam mayat hidup.
"Nana, kau okay tak ni? Jom kitorg teman pergi klinik" Hasanah bersuara. Sebenarnya sejak aku balik tadi dia risau. Dia tanya aku nak makan apa tak, aku nak air panas tak. Tapi aku taknak, takde selera. Sekarang dia jalankan tanggungjawab dia sebagai kawan dan ketua bilik. Ketua bilik memang kena laporkan kalau ada ahli yang sakit.
Aku geleng. Tak perlu rasanya nak pergi klinik. Aku pening kepala je kalau tidur mungkin elok.
"Weh Na, aku takut lah kau ni. Takde angin takde ribut, tahu tahu sakit. Kau kenapa ni sebenarnya" Hasanah menambah. Achik dan Ainin pun tadah muka risau diorang.
Aku lambai tangan aku perlahan tanda aku okay. Aku cuma rasa nak
ti dur. Serta merta dunia aku gelap.

Sejuk.
Sejak bila bilik aku sejuk ni. Aku kenal sejuk kipas dengan sejuk aircond. Aku bangun. Selimut doraemonku bertukar jadi selimut putih persis selimut hospital. Aku kerut dahi. Apa jadi ni?
Tangan aku ditanam dengan saluran tiub air berwarna jernih.
"Cik Hidayah? Dah bangun ke" suara perempuan lembut bercakap. Aku jawab ringkas. Dia kemudian berdiri di sebelah katilku.
"Awak ada dekat unit rawatan kolej ni. Kawan-kawan sebilik awak yang bawak awak ke sini."
Aku kerut dahi. Tapi kenapa?. Nurse tu macam tahu-tahu je aku nak tanya kenapa.
"Diorang cakap awak tidur lama sangat dan tekanan nadi awak lemah. Bila saya check, awak sebenarnya pengsan. Punca kurang gula dalam darah. Saya ada tanya kawan awak sama ada awak makan atau tidak pagi tadi ataupun semalam. Dan mereka kata tidak. Jadi, Cik Farhana. Gula dalam darah penting ye." katanya lembut tapi tegas. Aku pun mengangguk je. Aku toleh jam, dah nak maghrib ni maksudnya aku tak hadir kesatria. Dalam sudut hati aku, aku seronok sebab tak perlu hadap dua manusia yang menyakitkan hati tu eh tiga. Termasuk Faris.
Hati aku terdetik nak call Abang. Tapi aku biarkan, aku taknak risaukan dia. Aku penat, aku nak lelapkan mata sekejap je before azan.
"Assalamualaikum"
Aku buka mata. Faris. Ah aku baru seronok tak perlu jumpa dia. Sekarang? Dah depan mata. Aku jawab salam dan pandang dia dengan pandangan kosong.

"Kau tak masuk kawad harini. Aku risau" dia atur ayat perlahan. Aku mengangguk dan tunjuk keadaanku sekarang.
"Aku tahu kau kat sini pun sebab roommates kau bagitahu. Puas aku pujuk diorang." dia cakap lagi. Padan muka!
"Sebab diorang tahu apa yang jadi." aku jawab ringkas. Dia angguk perlahan. Dia minta maaf sekali lagi.
"eh ha kau bukan nak belanja aku air sedap ke?" tiba-tiba muka dia cerah semacam. Eh dia ni lupa ke haritu menjeling aku. Sekarang okay pulak. Memang lelaki dekat sini perangai macam ni ke cilake. Aku pun layan kan aje. Aku cakap lepas aku dah okay nanti boleh la belanja. Dia start bukak cerita pasal Ifah masa kawad. Ifah masih kawad macam robot katanya. Katanyaaaa. 'Ha layan jelah mamat ni' aku cakap dalam hati. Aku pun terdetik hati nak bagitahu yang hantar bunga tu abang aku.

"Oh ye, Na. Kau ada pape ke dengan Man?" dia tiba-tiba tanya. Luqman? Aku geleng.
"Dia cari kau tadi" Faris cakap. Aku terkedu. Hati aku berdebar. Tapi aku buang semua perasaan aku. Dia dah buat hal haritu. Eeee rasa nak shoot je kepala dia bila difikirkan balik. Dalam pukul 8 macam tu Faris balik. Aku rasa seronok juga dapat teman bersembang. Nanti Hasanah datang temankan aku tidur dekat sini.

Phone aku berdering.
'Bebal' ingatan aku macam hilang seketika. Aku nak recover balik siapa tuan punya badan disebalik nama bebal ni. Sumpah aku lupa.

"Hello" aku jawab. Few seconds tu senyap. Then ada orang bagi salam,
"Assalamualaikum"
ah sudah
Siapa lagi pemilik suara ni kalau bukan Luqman. Aku buat tak kenal.
"Siapa ni?" Aku tanya.
"Faiq Luqman" dia jawab sepatah. Aku tahu lah bebal tapi kau nak apa call ni aduh.
"Oh" jawabku ringkas.
"Saya minta ma" Beepp,panggilan dimatikan. Sejurus tu, Hasanah masuk.

"Na! Mamat tu ada kat luar" dia separuh jerit. Aku hairan.
"Siapa? "

"Luqman"

Abang Senior❤Where stories live. Discover now