Sayyidah Fatimah 🌸

220 11 2
                                    

SIFAT-SIFAT MULIA SAYYIDAH FATIMAH AZZAHRA رضي الله عنها 🌸🍃

1) BERSEDERHANA

Ketahuilah, Sayyidah Fatimah azzahra' yakni puteri kesayangan Rasulullah ﷺ memiliki budi pekerti yang mulia kerana beruntung sejak kecil diasuh dan dididik dengan akhlak mulia oleh kedua orang tuanya yakni Rasulullah ﷺ dan Sayyidah Khadijah Al Kubro.

Sayyidah Fatimah azzahra merupakan seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini, dapat dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengunggulkan konsep kesederhanaan walaupun beliau puteri Rasulullah ﷺ serta tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan peribadi.

2) TAAT KEPADA AGAMA DAN SUAMI

Beliau juga seorang yang taat pada agama dan suami. Beliau sentiasa menjaga maruah sebagai isteri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak pernah ingkar suruhan suami, serta menyokong perjuangan dakwah suaminya iaitu Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah.

Usrah 🌸Where stories live. Discover now