tegur 🌸

143 9 0
                                    

"TEGUR"

Nak tegur orang kena ada strategy/cara means tegur dengan hikmah, penuh adab; bukan stick on their fault ibarat mereka sudah didaftar sit VIP di neraka.

No.

Fikir.

Berapa ramai yang sudah menutup aurat dengan sempurna tetapi lemah bila diuji dengan cinta? Lupa batasan pergaulan. Mulut tiap-tiap kali terlepas kata (mencarut)? Berapa ramai?

Bila nampak ada orang sedemikian👆Tegurlah! Jangan diam.

Memang bila kita nak tegur seseorang bukan mudah.

"Weh Upin kenapa kau buang sampah merata-rata tempat?"

"Eh suka hati aku lah yang kau sibuk apahal?"

Tetapi kita ada hak untuk menegur kan🌸.

"Mereka dah faham agama, biarlah dorang"

"Kita ni masih jahil lagi tak layak tegur mereka"

Allahu sampai bila nak semua tu jadi alasan kita? The change starts with you. If you want to see the world change, you must change yourself first. Berdakwahlah. Tegurlah.

Nak tunggu kita sempurna baru nak tegur silap manusia, waktu itu tidak akan pernah ada bcs we are sinner; bukan maksum dari dosa.

Kubur memang masing-masing tetapi selagi kita digelar manusia, selagi kita tahu dia buat dosa, kita WAJIB tegur dia. Bukan terus membiarkan dia bermaksiat semata-mata sebab risau bila kau tegur dia terasa.

Tegurlah dalam masa yang sama muhasabah diri kita.

"Akak nak tanya sikit"

"Silakan"

"Kalau kita tegur someone tu di khalayak ramai boleh tak?"

"Bak kata para ulama bila kita nak tegur seseorang sebaiknya tegurlah di tempat yang bukan di khalayak ramai kerana takut nnti bila kita tegur seseorang itu di khalayak ramai akan membuka aibnya, wallahualam"

Orang terima atau tak teguran kita, itu bukan kudrat kita🍁

Hidayah adalah milik Allah
Tugas kita adalah tegur bilamana seseorang itu melakukan kesilapan.

Lagi sekali,
TEGUR.

Siapa tahu dengan teguran kita mampu menjentik hati seseorang itu untuk memperbaiki kesilapan dia?

Taknak tegur orang buat maksiat ni sebab nak masuk syurga sorang-sorang ke?🌚

Tak syok pun masuk syurga tanpa member:'( So tegurlah seseorang itu bilamana dia melakukan dosa/salah/maksiat😊

Wallahualam.

Usrah 🌸Where stories live. Discover now