"Huh?? Mak kau suruh kahwin? Biar betul?" Zarul sudah mengekek ketawa. Haryani mencebik. Tak faham bahasa punya jantan! Semua orang di situ menghemburkan tawa besar kecuali Budin. Lelaki itu diam sejak isu tentang perbualan Haryani bersama emaknya malam semalam dibangkitkan. Jiwanya terusik dengan setiap ayat yang diujarkan oleh Haryani. Perempuan itu menyiku lengan Zarul yang semakin sakan menyakatnya.
Minuman Coca-cola diteguk. Kepalanya terlentok-lentok mengikut rentak muzik gitar yang dipetik oleh Ali. Haryani menolak rambut ikal mayangnya ke belakang. Paha kirinya ditindihkan di atas paha kanan.
"Alah! Aku cakap lain kau fikir lain. Ini lah dia, orang suruh pergi sekolah dulu, kau bukannya nak pergi. Aku kata mak aku risaukan aku je. Tapi, faham-fahamlah lelaki idaman aku macam mana... Kalau tak boleh bagi apa yang aku mintak, aku tak mahu." Haryani duduk bersandar di bangku. Sesekali matanya melihat kenderaan yang lalu lalang di depan gerai Pak Mat itu.
Kalau hidupnya hari-hari bersantai, lapangkan fikiran, itu lebih menyeronokkan berbanding duduk dalam kelas, menghadap nota dan leteran pensyarah di depan. Huh! Alamatnya kalau tertidur, serupa saja bazir masa, wang dan segalanya.
"Dan lagi satu..."
"Apa dia?" Zarul jongket kening. Haryani peluk lutut.
"Mak aku suruh aku sambung belajar."
"Sambung belajar? Bukan ke kau kata kau malas nak sambung?" sampuk Ali. Petikan jarinya terhenti.
"Eloklah kau sambung belajar, Yani. Sampai bila kau nak jadi macam ni? Takkan sampai ke tua?" spontan Budin bersuara.
"Kau cakap apa ni, Budin? Tiba-tiba nak Yani sambung belajar ni?" Laju Ali tepuk lengan sahabatnya. Si Budin ni dah kenapa?
"Oh! Habis tu kau cakap apa kat mak kau?" Zarul sambung menyoal. Haryani geleng.
"Malaslah aku! Aku ni umur pun dah pertengahan dua puluh. Gila ke apa? Karang kalau aku sambung belajar, yang duduk sekelas dengan aku silap-silap budak-budak yang sebaya dengan adik aku. Ah! Tak naklah."
"Eh! Tapi betullah cakap kau. Kalau kau ikut cakap mak kau tu, nanti kau juga yang malu. Aku pun tak nak duduk sekelas dengan budak-budak yang lagi muda dari aku. Nanti nampak macam ketinggalan. Baik kau duduk sini lepak dengan kitaorang. Taklah bosan."
Haryani tersenyum panjang. Menggeleng tak mengangguk pun tak. Ya, baginya ini soal pilihan dalam hidup. Gadis itu tersenyum sinis. Nampak? Zarul setuju dengan kata-katanya tadi.
Zarul angguk laju sambil ketawa. Budin saja yang diam membisu. Pendapatnya pula, Haryani anak gadis yang perlu ada kerja yang boleh sara keluarga. Tanggungjawabnya sebagai anak sulung besar. Suasana hening menyinggah di antara mereka. Haryani hela nafas. Hanya dendangan lagu yang dimainkan oleh Ali saja yang kedengaran.
"Ha, kan? Orang tua tu lantak dialah. Aku bukannya apa, mak aku tu memang suka bebel hal yang sama hari-hari. Nasib baik tak berdarah aje telinga aku ni. Suka hati aku lah aku nak buat apapun. Sambung belajar nanti guna duit jugak. Ingat yuran belajar tak mahal? Nanti makan kat sana lagi, tambang tu ini... sama aje." Itu saja alasan yang mampu Haryani berikan. Matanya beralih pula pada Zarul, sahabatnya itu tak banyak beza dengan yang lain.
Budin tenung raut Haryani. Ada keluhan di hujung nafasnya.
"Ish! Ada ke patut cakap mak macam tu Yani? Jahat-jahat aku pun, dengan mak aku tak adanya aku nak buruk-burukkan dia sampai macam tu. Mak kau tu nak sangat kau masuk kolej tu, kira untunglah."
"Eh! Ni orang punya pilihan Budin. Kita tak bolehlah paksa dia. Betul tak Yani? Aku okey je kalau kau tak nak pergi. Tapi kalau kau nak pergi pun, aku tak ada masalah. Mana-mana asalkan kau happy. Cuma separuh hati aku lebih suka kalau kau duduk sini," celah Ali. Ada tawa di akhir ayatnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/163721975-288-k797302.jpg)
YOU ARE READING
Segenap Takdir
RomantikBagi Haryani cinta itu mudah untuk digapai. Asalkan kena taktik halus pasti beres. Azlan! Itu misinya. Dia tak peduli kalau orang lain mengata. Dia juga tak hirau akibat yang bakal ditanggung oleh emaknya, Puan Maimun. Hukuman-Nya, lagilah dia senga...