Seorang gadis berumur 23 tahun sedang sibuk di kaunter pembayaran.Belum sempat dia duduk ada lagi pelanggan yang datang memesan makanan.Nak sentuh handphone??memang takkan pernah sempatlah jawabnya.
"Dua kek red velvet 1 orange juice dan americano.Sila duduk dahulu.Pesanan anda akan siap tidak lama lagi.."katanya penuh senyuman.
Selesai membuat pembayaran dan memberi baki,akhirnya dia dapat duduk.Matanya melilau ke sekeliling cafe.Senyuman manis terpancar di bibir tipisnya.Ramai betul yang datang ke cafe miliknya.
Oh ya lupa nak cakap.Cafe ini adalah kepunyaan Puan Atirah iaitu ibu kepada Hana Ariani.Selepas tamat collage,dia mengambil keputusan untuk menolong keluarganya terlebih dahulu sebelum membantu abangnya untuk menguruskan syarikat kepunyaan Encik Zainal.
Kring~~~~~
Bunyi telefon cafe kuat berbunyi.Ariani atau dikenali sebagai Hana oleh kawan-kawannya itu menjawab panggilan tersebut.
"Hello,The ZAHA cafe here.Boleh saya bantu??"jawabnya mesra.
"1 potongan kek red velvet.Tolong hantar ke AIA Holding tingkat 15..."kata orang itu..
"Maaf.Kami tidak menghantar 1 potong kek.Kalau encik buat pesanan untuk kek yang penuh..baru kami boleh hantar.Maaf sekali lagi.."
"Saya nak 1 potongan sahaja..."
"Maaf.Kami tidak boleh menghantarnya.Kalau encik nak juga..sila datang ke cafe kami.."
"Kalau macam tu bagi saya yang full dan saya nak awak yang hantar.Saya tunggu..terima kasih..oh ya jangan lupa letak lilin untuk 23 tahun.."
Tut tut tut...
Panggilan mati begitu sahaja.Muka Hana bertukar merah.Selama dia bekerja kat cafe ni.Takde siapa pun suruh dia yang hantar.Lain macam betul pelanggan yang satu ni.
"Zira..kek red velvet 1kg bungkus..."pekiknya kuat.Gadis yang betudung dark blue itu menjalankan tugasnya.
Siap dengan kek dan resit,Hana membuka apron berwarna hitam itu lalu mencapai beg dan kunci keretanya.Mukanya jelas terpasang riak tak suka.Dahlah alamat syarikat tu boleh tahan jauh..ada hati nak order 1 potongan kek.Nasib baik dia terima untuk 1kg kek..
Dalam 15 minit macam tu,keretanya berhenti tepat di depan syarikat yang mempunyai 20 tingkat itu.Dia keluar dari kereta mini cooper kuningnya bersama kek dan resit ditangan.Langkahnya menuju ke pintu utama lalu menaiki lift dan menekan butang 15.
Buka sahaja pintu lift.Dia tercengang seketika.gila!!suramnya warna dinding dia.Dinding warna hitam,lampu pun tak terang sangat.Belum lagi ditambah dengan bingkai gambar yang melihatkan lukisan abstrak yang semestinya dia tidak tahu langsung apa masuk gambar-gambar tersebut.
"Tingkat bawah bukan main mewah lagi.Naik ke sini macam balik ke masa silam.Tak cukup duit lah tu sebab tu dinding warna hitam.Takde test betul CEO syarikat ni.."umpatnya.
Dia berjalan dalam 10 langkah lalu belok ke kanan dan melihat 1 meja dan itu adalah meja untuk PA CEO syarikat ni.
"Ermm..tingkat 15 khas untuk CEO sahaja.Nice..."katanya dalam hati..
"Sorry,saya datang untuk hantar kek ni.."kata Hana penuh ramah.
Perempuan yang bermake up tebal beserta dengan rambut oren gelapnya itu menoleh memandang Hana..
"Dia ada dekat dalam..sila masuk.."arahnya..
"Terima kasih.."
Hana membuka pintu berwarna coklat itu.Langkahnya perlahan menuju ke meja dimana seseorang sedang duduk membelakanginya.Dia turut memandang kearah luar dimana dari sini dia boleh tengok keluasan bandar tersebut.
Nice view..
"Maafkan saya..encik ada order kek red velvet tadi kan??saya datang untuk menghantarnya.."kata Hana penuh sopan santun..
Lelaki itu tidak menjawab melainkan bibirnya membentuk senyuman.Lesung pipitnya jelas kelihatan di kedua-dua pipinya..
"Hello..saya datang nak bagi pesanan encik ni.."kata Hana lagi.Lelaki itu tidak kunjung berpusing menunjukkan wajahnya..
"Pekak ke apa orang tua ni??tak..tak..mana ada CEO pekak.Kalau pekak pun mesti dia pakai alat pendengaran.."umpatnya sedikit pelan..
"Maafkan saya..saya dat----"
Kata-katanya terpotong begitu sahaja bila melihat lelaki itu berpusing menatapnya dengan penuh senyuman.Mulut Hana sedikit terbuka.Lekas dia menutup mulutnya dengan tangan.
Tak mungkin...
"Long time no see you.."kata lelaki itu yang masih tersenyum..
"Ak--Akim.."tesangkut-sangkut nama lelaki itu disebutnya..
"Yes its me.."balasnya yang kini sudah memeluk tubuhnya..
Hana cuba menenangkan dirinya.Kisah 3 tahun lepas cuba untuk dilupakan.Dia memasang wajah datarnya.
"Ini pesanan encik.Semuanya RM60.Tolak gst tolak sst tetap RM60.Sila membuat pembayaran segera..."tanpa malu dia menghulurkan tangannya..
Akim tersengeh kecil.Dia mengambil sesuatu dari laci.Lilin yang berbentuk 21 di cucuk lalu menyalakan lilin..
"Boleh tak kau bayar??aku banyak kerja nak buat ni.."Hana mula naik geram.Buat loya buruk pulak lelaki ni..
"Duduklah dulu.."arahnya..
Hana menggeleng"aku takde masa nak berborak dengan kau.."
"Duduklah du--"
"Tak perlu bayar.Anggap je ini hadiah dari aku atas perjumpaan tak sengaja kita.."katanya.Dia berpusing lalu berjalan menuju ke pintu..
"Happy birthday Hana Ariani..."ucapnya mengejut membuatkan langkahnya terhenti..
"Jangan ingat kita dah tak jumpa 3 tahun,saya lupa hari lahir awak.."katanya..
"Duduklah dulu..kita raihkan sama-sama.."
"No thanks.."kata Hana lalu keluar sempat juga dia melontarkan senyumannya kearah PA Akim itu..
Hari ini!Hari ni merupakan hari lahirnya yang ke-23 tahun.Sepatutnya hari ni dia happy sebab malam ni dia ada party kat rumahnya untuk meraihkan harinya.Tapi,dalam hari ni jugak perkara yang dia tidak ingin terjadi akhirnya berlaku.Dimana dia berjumpa dengan seseorang yang telah meningalkannya tanpa tujuan dan datang tanpa khabar.
Mulai hari ni,tercatat dalam sejarah diri Hana bahawa 11 November bukan lagi hari istimewanya melaikan hari yang paling dibencinya..
"I HATE 11 NOVEMBER!!!!"
(TBC)
Firts time buat cerita melayu!!!
Enjoy..
Author:syaa
Original acc:sorry takleh kongsi😂😂
YOU ARE READING
11 November
Romance11 november sepatutnya hari bahagia Hana bertukar menjadir hari malangnya sebab bertemu kembali dengan Akim Rayyan.. Adakah mereka masih ada jodoh??