Sampai di lobi hotel, Adrian tengah check in bilik untuk aku dan dia. Segan betul situasi macam ni. Aku baru je jadi pekerja dia, dah dapat keistimewaan macam ni. "Nah, esok tepat pukul 7 pagi mesti ada kat lobi ni." Adrian bagi aku kad akses pintu bilik aku. Aku mengangguk dan terus ke bilik single bed yang rupa tak nampak low class macam hotel lain, yelah, 5 bintang kot. Bilik aku tingkat 5 ni nampak view laut dan kolam renang. Ada slide pula tu. Kalau ikutkan, nak je aku terjun kolam dengan berbaju kurung ni. Sementara aku tukar channel tv, aku buat video call dengan ibu, dan abang yang penyibuk. "Cantiknya tempat tu Mia! Kan ibu dah cakap, pergi." Hmm firasat ibu sentiasa betul. "Kalau diberi pilihan hotel ni dengan kat rumah, Mia pilih rumah hmm." Aku buat muka sedih sambil muncungkan mulut. Tiba tiba wajah Azrin terpapar di skrin. "Tak payah mengadalah gedik! Kau belikan aku ole-ole tau. Cedok air laut biru tu sikit bawa balik rumah, aku nak tengok air tu biru ke putih." Aku ketawa berseloroh.
Masih awal lagi untuk aku berehat. Bukannya aku bawa kereta, jadi aku tak penat. Aku bercadang nak beli baju memandangkan aku cuma bawa sepasang je. Takkan aku nak pakai baju yang sama lima hari berturut-turut. Bukan setakat busuk dah, bau hanyir dan hapak mungkin akan menguasai negara Malaysia ni. Aku menaip SMS dan hantar ke bosku sebagai tanda yang aku hilang dari radar sebentar. Bak kata omputih, Missing In Action, MIA.
Mia: bos, saya tak tau yg kita kena tinggal 5 hri. saya bwk sepasang baju je sbb saya ingtkn pegi meeting lps tu balik. Saya nk turun pegi cari kedai baju kejap.
Tanpa menunggu reply daripada Adrian, aku pun turun bawah dengan tak mandinya lagi. Dekat 30 minit juga aku berjalan sekitar sini. tolonglah ada baju murah-murah. Bila aku tengok ole-ole kat sini, aku nampak baju tshirt 'I Love Langkawi'. Bayangkan aku pergi meeting pakai baju tu, mesti kelakar! Aku pun apa lagi kalau dah sampai kedai cenderahati ni, belikan untuk ibu dan abanglah. 20 minit aku rambang mata dengan barang-barang kat sini sampai aku tak perasan aku dah salurkan berpuluh jugalah duit aku ni. Tiba-tiba bunyi notifikasi aku masuk.
Bos Handsome: Pergi kat lobi sekarang.
Aku menurut perintah sambil membawa tiga beg plastik yang hampir penuh. Alah, aku beli baju, keychain, dengan anak patung je. Semua tu penting tau untuk ibu dan abang. Kecuali anak patung bunny saiz bantal bayi warna pink tu untuk aku. Lembut dan selesa untuk baring dalam kereta nanti memandangkan Adrian kedekut untuk letak bantal dalam keretanya. Apa agaknya surprise Adrian ni nanti ye. Di hadapan lobi, aku nampak kereta Adrian. "Apa tu?" Soalnya sebaik sahaja keluar dari kereta. "Oh, ni untuk ibu dengan abang." Aku jawab selamba "Kain buruk tu?" Kain buruk mana datang pula ni? Aku tercari-cari. Dia tunjuk arah beg plastic yang ada bunny aku. Berani betul cakap bunny aku kain buruk! Aku menyorokkannya di belakang. "Nampak macam kain buruk saya kat rumah." "Oh apa kata saya namakan kain buruk ni Adrian?" Dia masuk dalam kereta tanpa menjawab soalan aku. "Masuk cepat." Aku genggam erat tangan sedia untuk menumbuk mukanya tapi akhirnya akur sahaja permintaan bos aku.
Adrian memakai baju tshirt plain hitam dan seluar pendek paras lutut. Rambutnya disikat rapi dan memakai minyak wangi. Beserta kaca mata hitam. Mustahil tak ada perempuan tak lepas memandangnya. Kecuali aku, yang tahu perangainya tak secantik rupa. Aku diamkan diri sebab malas nak berdendam dalam hati. 20 minit dalam perjalanan, kami tiba di sebuah kedai pakaian. Aduh, aku dah spent banyak duit untuk gifts ni. Aku cek beg duit secara senyap. Tinggal RM30?! RM30 boleh beli sehelai baju je kat kedai yang nampak branded ni. Tanpa berkata apa-apa, aku keluar dari kereta sementara Adrian tunggu kat dalam. Dalam membelek-belek baju yang agak murah sedikit, akhirnya aku dapat beli 2 helai baju kemeja plain putih dan biru tua, dan satu seluar jeans. Aku kembali ke kereta Adrian dan pulang ke hotel dengan senyap sunyi macam biasa.
Lepas bersihkan diri, aku mengeringkan rambut dengan tuala diikat sanggul di atas kepala. Sementara tunggu maggi aku siap, aku tengok tv sebentar. Tiba-tiba loceng pintu berdering. Adrian lah siapa lagi kalau bukan dia. "Nah. Baju awak beli tu tak cukup untuk lima hari. Jangan risau, ni bersih." Adrian menghulurkan hoodie miliknya. Aku tak mampu untuk sorok senyuman aku. "Terima kasih." Dia beredar sebaik sahaja aku menutup pintu. Aku peluk hoodie Adrian yang sangat lembut dan selesa. Mungkin ni branded. Aku rasa tadi dia cakap baju ni bersih, tapi kenapa macam bau lelaki, bukan bau perfume, tapi bau Adrian. Ah, susah aku nak terangkan tapi aku suka bau ni. "Eee! Wohoo!" Aku melompat macam orang gila sambil peluk hoodie tu. Sambil aku berbuat demikian, aku tergerak hati untuk lihat lubang kanta di pintu. Adrian berdiri di luar bilik aku. Memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Dan tersenyum. I know you like me and i like you too but please don't make yourself like a psychopath in front of my door.
Keesokkan harinya, sebelum pukul 7 pagi, aku dah ada kat lobi. Berpakaian baju kurung yang aku bawa dari rumah, dan rambut aku diikat ekor kuda macam biasa. Tote bag aku diisi dengan buku serta pen dan bersedia untuk mengambil matlumat. "Awak nak pergi mana?" Adrian datang menghampiriku dengan masih berbaju semalam. Dia yang suruh aku bangun pagi buta dan tunggu di sini tepat pukul 7, dia tanya aku nak pergi mana pula. "B-Bukan kita ada meeting ke?" Aku tengok dia atas bawah. "Pukul 12 tengah hari. Saya suruh datang pukul 7 untuk breakfast. Dah jom." Lagi sekali dia buat aku sakit hati. Yang aku ni pula lurus bendul betul tak tanya dia semalam. Aku ikut sahaja arahan dia. Sampai di kafe hotel, kami duduk semeja yang jauh dari orang ramai. Katanya dia nak fikir tentang kerja. Aku pula fikir tentang makanan yang sedap-sedap kat buffet sana. Sambil memandang satu persatu makanan, akhirnya makanan ni tarik perhatian aku. "Cik Adrian, saya nak pergi ambil makanan kejap, tapi bila saya datang sini balik, cik Adrian jangan gelakkan saya tau." Dia buat muka pelik.
30 saat kemudian, aku datang bawa secawan mangkuk berisi honey star dan susu di dalamnya. Adrian membuat muka serius. Hey, adults pun boleh makan tau. Jangan judge! Aku makan sambil tengok sekeliling. Mamat ni bukan talkative, aku pun malas nak borak kosong. Tanya sepatah jawab sepatah. Tak ada hati perut pula tu. "Kenapa awak minta kerja ni?" Tanya Adrian. Aku ingatkan interview aku dah habis beberapa hari yang lepas. "Sebab saya nak ambil pengalaman." "Jadi orang suruhan?" "Dan saya perlukan duit." Aku jawab selamba. Adrian mengangguk. "Kalau saya jadi awak, lebih baik jadi bibik. Boleh rehat and kerja at the same time. Gaji pun lumayan untuk bibik zaman sekarang ni." Habis tu kenapa kau ambil aku kerja malaun! Geram pula aku. Aku bukan jenis suka kemas rumah. Bilik aku pun tak terurus! Karang aku cakap benda ni, nampak sangat aku perempuan low class boleh buat hantaran seringgit je.
"Boleh saya tanya soalan personal? Yelah saya pun kena tau juga dengan siapa saya bekerja ni." Aku menyoal. Dia sedikit terkejut. "Apa?" "Cik ni ada sifat keperibadian seorang stalker ke? Kenapa semalam masih tercegat depan pintu bilik saya?" Dia terkedu. Amik kau.
YOU ARE READING
The Duty Fulfiller; Bos Kacakku
RomanceMia Adreanna, gadis periang dan kuat perasan yang bekerja sebagai PA kepada bos yang serius setiap masa dan bukan talkative, Adrian Khan. Tiada chesmistry antara mereka berdua, tetapi ada hati antara satu sama lain. Dalam hubungan yang complicated i...