"Mia cepat bangun!" Laungan jeritan ibu kat tangga bergema sampai tingkat atas. Kenapalah aku pergi cari kerja yang perlu bekerja waktu pagi buta macam ni. Jadi hamba pula tu. Tak apalah, janji gaji aku lumayan. Mintak-mintaklah bos aku seorang yang pemurah, dan handsome. Hehe! Aku bangun dan berjalan seperti zombi untuk menyiapkan diri. Kat luar masih gelap lagi. Kerja pukul 9. Ibu ni beria betul suruh bangun pukul 6. 'First day kerja kena semangat' katanya. Macam mana aku nak introduce kat bos aku nanti eh? Hai. Nama aku, ehem, nama saya Mia Adreanna. Umur 23 tahun, tapi 13 Oktober ni saya umur 24 tahun yay! Makanan kegemaran saya, eh? Kau ingat ni biodata dalam diari ke Mia? Aku cakap seorang diri depan cermin. Lepas ikat rambut ekor kuda dan betulkan baju kurung aku yang sedikit kedut, aku turun bawah untuk sarapan.
"Ingat ibu pesan Mia. Perangai tu jaga. Dia tu bos, Mia tu PA dia. Bila-bila masa dia boleh pecat Mia. Tak pun potong gaji." Ibu sapukan jem strawberi untuk aku. Hehe anak bongsu memang manja. "Kau dengar tak Mia?" Suara garau malaun kuat tidur menghampiri aku. "Ye. Eh? Kenapa abang bangun awal ni? First time pula tu. Ni abang Mia ke ni? Apa kau dah buat kat Azrin hah?!" Dia menumbuk manja bahu perempuan yang lemah iaitu aku. "Cakap orang. Yang kau tu. First time pakai baju kurung. Apa kau dah buat kat Mia hah?!" Kami bertiga bergelak ketawa bersama. Lepas ayah tinggalkan ibu sebelum aku lahir, sekarang ibu hanya berharap kat kami dua beradik je. Ayah pula entah mana hilang. Jadi nak tak nak, sebab itulah aku terpaksa pilih kerja acai ni. Demi ibu. Tepat pukul 7, aku keluar dari rumah dan menuju ke perhentian bas. Mamat dalam rumah tu bukan nak hantarkan aku.
Sampai sahaja di hadapan pintu ofis, aku membaca doa. Bila dah nervous ni, tangan aku mulalah berpeluh. Ye aku tau aku banyak curse pagi tadi sebab kerja ni, aku tarik balik. Semoga tak ada apa-apa yang buruk berlaku sebaik sahaja aku melangkah masuk. Aku terus ke kaunter utama untuk bertanya. Seorang wanita dalam lingkungan umur tiga puluhan yang segak dari segi pemakaian. Mungkin tegas dan garang orangnya. Aku kat depan dia pun dia macam tak nak tengok, busykan diri dengan fail-fail tu. Aku tengok kat nametag dia nama Azura. Nama cantik orangnya pun cantik. "Hai, cik. Saya Mia, ya-" "Mia! Mia Adreanna? PA baru Encik Adrian! Sini sini, ikut akak. Wah bagus! First day nampak kemas and flawless!" Ah, malulah saya hehe. Jangan judge the book by its cover. Nampak garang tapi baik sebenarnya. Ok, setakat ni, dia ni lah yang boleh aku harapkan. Aku tak menjawab dan ikut perintahnya. "Mia duduk dulu dalam bilik ni. Kejap lagi Encik Adrian masuk." Noo! Akak! Jangan tinggalkan saya! Aku nak je cakap, tapi, tak nak lah nampak aku tak bersedia nanti.
Sudahlah aku sorang dalam bilik ni. Tv pun tak ada. Music apa tah lagi. Nasib baik lah view di tingkat 16 ni cantik. Tak nampak macam bilik bos pun. Mungkin bilik mesyuarat. Aku duduk diam macam orang bodoh. Nak main phone karang, ada orang terjah masuk, mampus aku. 5 minit jugalah aku tunggu tanpa berbuat apa-apa. Kalau ada orang memerhati dari cctv tu, mesti dah sakit perut gelak ketawa sebab aku sorang-sorang tak buat apa-apa. Tak apa, aku tunggu lagi 5 minit, tak ada juga, siaplah tempat ni aku buat parti lone ranger. Atau mungkin, kak Azura tu nak kenakan aku. Ish fikir positif Mia. Maka, 10 minit telah berlalu. Aku yang kerap melihat kiri kanan dan tak bangun dari tadi, mulalah terlelap seketika. Lantak lah, kalau bos masuk mesti dia kejutkan aku. Bad behavior kali ni takpe kot. Aku sempat lagi dibuai mimpi indah. Susuk tubuh lelaki yang tinggi dan sangatlah kacak, memakai kot kelabu asap dan tie hitam. Rambut hitamnya disikat kemas ke kanan. Aduh, jawline tajam pula tu. Lemah betul aku. Bila dia senyum, aku nampak gigi taringnya kelihatan jelas. Aku membalas senyumannya. "Mia..." Ah, dia tau nama aku! Hello handsome, nak number? "Mia Adreanna!" "Ye handsome!"
Aku terkejut dengan suara yang begitu garau memanggil nama aku. Aku sangkakan mimpi, rupanya lelaki handsome di depan mata. Matanya tak lepas memandang wajah aku. Alamak, pipi aku dah panas. "S-Saya minta maaf Encik Hands, ehem, Encik Adrian." Aku menunduk sebagai tanda hormat dan memohon kemaafan. Ah! Tak kira, handsome, tak handsome, aku nak berhenti kerja sekarang. Seram sejuk pula bila dia serius sangat macam ni. Aku terpaksalah tunduk. Walaupun aku seorang gadis pemberontak yang jarang meminta maaf. Lagi lagi Azrin yang masalah mental tahap boleh masuk Hospital Tanjung Rambutan dah. Adrian mengorak langkah dan duduk di depan aku. "Tak apa. Duduk. Ni salah saya sebab tak tepati masa. Saya minta maaf." "Cik, cik tak payahlah minta maaf sebab saya yang salah. Saya biadap kot tidur time ada meeting... macam... ni."
Wajah bosku kembali merenung membuatkan bulu roma aku naik. Apsal serius sangat? Inilah bahasa formal aku! "Lupakan tentang tu. Sekarang saya dalam keadaan darurat dalam memerlukan PA. Jadi soalan pertama dan terakhir. Sanggup tak awak menerima arahan daripada saya walaupun tugasan tu susah?" Ceh, formal lah konon. Tapi cubalah senyum sikit. Barulah redup mata memandang. "Saya janji saya akan lakukan semua yang Cik Adrian mintak." "Ok, awak diambil berkerja." Seriously? Inilah interview yang paling senang seumur hidup aku di dunia ini. "Terima kasih cik Adrian. Saya akan berusaha bersungguh sungguh sebagai PA encik!" Walaupun ayat aku nampak skema dan memalukan, tapi aku nak tunjukkan betapa bersemangatnya aku. Kata kata ibu tak akan ku endahkan. "Hmm. Buat masa sekarang, awak boleh balik. Kemaskan barang. Esok kita kena pergi Pulau Langkawi." Aku nak berhenti kerja sekaraaaaang!
YOU ARE READING
The Duty Fulfiller; Bos Kacakku
RomanceMia Adreanna, gadis periang dan kuat perasan yang bekerja sebagai PA kepada bos yang serius setiap masa dan bukan talkative, Adrian Khan. Tiada chesmistry antara mereka berdua, tetapi ada hati antara satu sama lain. Dalam hubungan yang complicated i...