Adrian nampak handsome malam ni. Walaupun dengan baju tshirt hitam dan microstipes club short berwarna coklat terang serta backwards cap yang dipakai. Dia nampak simple tapi handsome. Mungkin dari segi badan yang tegap. Keluar sahaja dari kereta, banyak mata memandang. Terutama sekali perempuan. Tempat crowded macam fun fair ni mustahil tak padat dengan orang ramai. Banyak ride yang aku nak naik! Roller coaster, carrousel, ferris wheel, swing ride dan pirate ship! "Wow, nampak macam cik Adrian ambil semua attention berbanding ride kat sini." Aku melihat sekeliling sebab mereka tengah usha panas. "Jangan buang masa. Jom." Ceh, berlagak diva betul. Semasa kami berjalan, tiba-tiba Adrian menuju ke arah bertentangan dengan fun fair. "Awak nak pergi mana?" Soalnya. "Bukan kita nak pergi fun fair ke?" "Kan saya dah cakap saya nak pergi makan." Aku pandang di hadapan Adrian terdapat sebuah restoran seafood.
"Alaaa. Tapi. Saya nak." Aku dah 100 peratus fikir yang dia akan ke fun fair. "Cepat." "Boleh tak kita naik dulu lepas tu pergi makan? Pleaseee!" Lagi sekali aku buat muka comel yang memalukan semata-mata nak pergi fun fair. "Tak boleh." "Lima ride je. Saya belanja!" "Tak boleh." "Ok tiga je please!" "Mia, cepat." "Ok fine. Satuuu je." Dia mengeluh. Tiba-tiba dia mengorak langkah ke arahku. Yes! I love you so much! Aku pergi membayar tiket untuk dia seperti yang aku telah janjikan. "Tempat ni untuk budak-budak je." Lepas masuk fun fair ni, awak pun budak jugak cik Adrian. Aku hanya membeli token untuk satu ride sahaja, jadi aku kena pilih yang mana paling aku nak naik. "Cik Adrian nak naik apa?" "Saya tak nak naik apa-apa. Saya datang temankan awak je." "Tapi saya dah beli tiket untuk cik Adrian." "Awak guna." Ini tak boleh jadi. Aku tarik tangannya dan terus masuk ke Swing Ride. "Mia. Apa. Awak." Dah lambat. Aku dah bayar dan pagar dah tutup.
Tanpa mempedulikan Adrian, aku berlari dan duduk di tempat kosong di bahagian kanan sekali. Aku pandang di hujung mata, Adrian duduk di belakang aku. Kaki aku tak berhenti menghayun ke depan dan belakang tanda seronok. Tiba-tiba buaian dinaikkan ke atas untuk bersedia di lancarkan. Aku seolah-olah terbang di udara sambil buka kedua belah tanganku. "Wohooo!" Habis sahaja permainan yang aku dan Adrian naik, kami ke restoran bersebelahan dengan fun fair. "Cik, best tak tadi?" "Perkara yang paling memalukan yang pernah saya buat." Adrian tak pandang wajah aku. "Seumur hidup cik, cik tak pernah naik ke? Jadi, sayalah orang pertama yang bawa cik naik? Wah, terharunya!" Adrian yang berwajah serius mendiamkan diri. Tak lama lepas tu, dia senyum kecil di hujung bibir. Dia berperangai pelik dan comel pada masa yang sama.
Keesokkan harinya, seperti biasa, aku dan Adrian breakfast bersama. Tepat pukul 12 tengah hari, kami ke tempat mesyuarat semalam. Harap-haraplah ada Adam. At least adalah juga orang normal yang boleh aku bergelak ketawa sikit. "Don't ever think about Adam." Adrian menegur aku di sebelahnya. Ceh, tau-tau je. Mungkin cara kedudukan aku sekarang dalam posisi menongkat dagu sambil tersenyum seorang diri. Encik Zulfaqar, ketua pemasaran tiba pada waktunya diikuti 6 orang yang lain. Aku dengan terujanya menunggu ketibaan Adam. Dia masuk di pintu utama dengan senyuman. "Hey Mia. Kita jumpa lagi." "Hai Adam. Nice to see you again." Ah pipi aku terasa panas, malu punya pasal. "Sebelum apa-apa jadi, ini kad I. Call I kalau you nak I company you pergi makan." Aku ketawa kecil. Kami bermesyuarat selama dua jam hampir membuatkan aku tertidur. Sumpah bosan.
Kali ni, aku dah dapat nombor Adam, tapi sayangnya, lagi dua hari aku kat Langkawi. Adrian cakap, lepas pukul 10, jangan call atau ganggu dia. Jadi boleh lah aku keluar dengan Adam!
Mia: Hi, it's Mia.
5 saat kemudian aku mendapat notifikasi.
Adam: finally. Took you long enough
Hehe dia tunggu aku ke?
Mia: Sorry, sekarang ni you busy?
Adam: nope. Why?
Aduh, macam mana nak ajak dia dinner eh. Rasa malu pula.
2 saat kemudian,
Adam: can we go out for dinner?
Kenapa Adrian tak boleh jadi gentleman macam ni?
Mia: sure! Send me location, i datang ASAP.
Aku menyiapkan diri dengan memakai kemeja plain biru tua serta jeans. Tote bag aku sangkut di bahu dan rambut aku lepaskan. Sampai di destinasi, aku nampak Adam dah ada kat meja makan. Nampak sangat bergaya dari jauh. Dengan kemeja putih yang bajunya dilipat hingga ke siku, rambut disikat rapi dan berbau wangi. Ciri-ciri boyfriend material semua ada kat dia. "Hi Mia. You look nice." Ah, pandai ambil hati pula tu. "Hehe, so are you. Pandai you pilih tempat. Cantik. Tepi pantai pula tu. I boleh bau makanan dari luar lagi. Mesti sedap." "I memang tinggal kat sinilah." "Seriously? Bestnya! Boleh pergi laut setiap hari!" "Heh, marry a man who lives here la kalau you nak pergi laut setiap hari." Ouch, that pick-up-line! Kami makan sambil berborak tentang life masing-masing. "So um, macam mana you kenal Adrian?" Aku menyoal. "I dah bersaing dengan dia 6 tahun. Dulu I rapat dengan dia. We're friends tapi still enemy dalam perniagaan. Maksud I, Adrian dengan I bersaing secara sihat la. One day, we went out untuk lepak and borak pasal kerja. I dan dia discuss sama-sama. Later that month, after kita orang bersaing, I dapat layarkan perniagaan I kat Dubai tapi Adrian tak. So Adrian tuduh I curi idea dia sebab kita penah discuss sama-sama. Sejak tu, kita orang dah tak rapat, sampai sekarang."
Patutlah Adrian bersemangat tentang kerja ni. Tak sangka pula dia macam tu. Selepas makan, aku dan Adam ke pantai untuk jalan-jalan seketika. Romantik betul situasi sekarang, cuma tak berpegangan tangan je. Kami berborak kosong dan gelak ketawa bersama sebelum pulang. "So um, bila I boleh jumpa you lagi?" Tanya Adam. "I ada kat sini lagi dua hari. Then I balik KL." "Well seems like I kena pindah KL lah" Adam mengenyitkan matanya. Ah, geramnya! cute betul! Kalau boleh aku nak culik dia bawa pergi KL. "Jom balik, dah lewat ni, I hantarkan you." Adrian mempelawa aku. "No It's okay, I boleh call teksi." "You prefer dengan driver taxi yang tak kenal entah-entah nak culik you or I yang tau lagu favourite you Barbie Girl?" Aku ketawa dengan kenyataan yang benar. Tanpa membantah, aku naik kereta Honda Civic type R berwarna kelabu gelap milik Adam. Adam on radio dan mencari lagu kesukaan dia. "Lately I been, I been losing sleep, dreaming about the things that we could be." Adam menyanyi. Ah lagu favourite aku juga! "But baby I been, I been prayin' hard." Aku sambung lirik lagu Counting Stars nyanyian One Republic. Pada masa yang sama aku dan Adam nyanyi bersama. "Said no more counting dollars we'll be counting stars." Kami bertukar senyuman.
Tepat pukul 11.30, aku sampai di lobi hotel dan terus naik lif untuk ke bilik aku. Dalam perjalanan aku ke koridor, seorang lelaki berwajah serius memandang ke arahku. Dia tak bergerak dan hanya berdiri di depan pintu bilikku. Si psychopath Adrian.
YOU ARE READING
The Duty Fulfiller; Bos Kacakku
RomantizmMia Adreanna, gadis periang dan kuat perasan yang bekerja sebagai PA kepada bos yang serius setiap masa dan bukan talkative, Adrian Khan. Tiada chesmistry antara mereka berdua, tetapi ada hati antara satu sama lain. Dalam hubungan yang complicated i...