Your Guardian Angel

50 0 0
                                    

Tepat pukul 10 malam, aku sedang baring di bilik, memeluk pink Kwang Soo aku. Lepas sahaja kemas meja makan, aku naik ke atas dan tak turun semula. Aku nak berehat. Macam-macam jadi sejak aku dah kerja ni. Dulu, duduk rumah main game, aku tak makan pun aku tak kisah. Wake me up when September ends, no, don't ever wake me up. Aku hampir melelapkan mata, tiba-tiba, aku mendapat satu mesej. Sejujurnya aku malas nak tengok, tapi aku takut itu penting.

Bos Handsome: tolong ambilkan saya air.

Dengan berjalan seperti zombi, aku mengambil air dan ke bilik Adrian. "Cik Adrian tak sihat lagi ke?" Aku menyoal sebab aku dah penat, bukan aku risau. "Saya sakit kepala." Aku letakkan air dan terus naik ke bilik. Dalam 1 saat aku tutup mata.

Bos Handsome: ubat saya kat mana?

"Ish! Macam-macam betullah!" Nasib kali ni aku lepaskan sebab ubat dia aku letak dalam beg aku. Aku turun kembali bersama ubat-ubatan kemudian naik semula ke bilik. Tolonglah tidur cepat Mia! Aku pejamkan mata dengan kuat. Ting!

Bos Handsome: tolong slowkan kipas.

Mia: SLOWKAN SENDIRI.

Bos Handsome: saya pening ni.

Aku menghembuskan nafas panjang. Sabar Mia, cuma sehari. Aku turun semula ke bilik Adrian. "Baginda ada apa-apa lagi permintaan sebelum saya naik ke bilik?" Aku mengangkat sebelah kening. "Saya selimut, panas pula. Bila tak selimut, sejuk pula. Boleh awak tolong kipaskan?" "Eeiiishhh! Mengada betullah! Saya pasang aircond negatif 10 baru tau!" "Mia, apa jerit-jerit ni?" Ibu mengejutkan aku di belakang. "Adrian tak sihat tu. Tolonglah dia." Fine. Aku menjeling Adrian dan terus mencari kipas tangan. Untung siapa jadi PA Adrian, dapat pahala sabar. Aku duduk di lantai sementara Adrian tidur menghadap aku. Kau nak aku kipaskan eh. Sabar jap kumpul tenaga. Aku mula mengipas sekuat hati seluruh jiwa dan tenaga serta kudrat yang aku ada. "Awak nak bagi saya beku ke?!"  "Inilah cara saya kipas. Kenapa?" Tak lama kemudian, Adrian bersin. Aku patut berhenti main-main. Mungkin dia betul-betul sakit. Jahat betul aku ni. Dalam sedar tak sedar, aku terlena semasa mengipas Adrian.

"Mia... Mia!" "Hmm..." "Bangun cepat! Eee!" Aku terasa lengan aku dicubit. "Aduh! Kenapa ni ibu?" "Kenapa tidur kat sini?" Aku tengok kat luar tingkap masih lagi gelap. "Pukul berapa ni?" "7 pagi. Ibu tanya ni kenapa tidur kat sini?" Aku pelik dengan soalan ibu. Rupanya aku tidur atas katil dalam bilik Adrian. Aik? Dia dah balik ke? "Mana Adrian?" Aku menyoal. "Dia tidur kat sofa! Ish Mia ni! Tak... pandai... layan.. tetamu! Amik ni." Ibu menampar manja bahu aku berkali-kali. Bukan semalam aku tolong kipaskan Adrian atas lantai ke? Macam mana pula boleh ada atas katil pula ni? Kejap... Aku membulatkan mata. Dia, dukung aku ke? Ah malu! Aku menutup muka dan berlari anak naik ke bilik aku. "Itu dah kenapa tutup muka gedik-gedik naik atas tu?" Aku dengar suara ibu semakin jauh. Kenapalah aku ada penyakit kuat tidur ni. Dah lah dia angkat pula tu. Ish! Malunya!

Selepas Adrian pulang, aku berehat di rumah, menonton Adventure Time bersama abang manakala ibu sedang menjahit. Hey ibu aku pun tak larang tengok cartoon. Jangan judge. "Ibu kan... teringin sangat..." Aduh, mulalah cerekarama dia tu. "Nak tengok salah seorang anak ibu... kahwin." "Azrin tak ada calon lah ibu. Lainlah Mia." Aku tak nak kahwin muda! Banyak benda lagi aku nak buat dalam bucket list aku! "Apa pulak, abang ni." "Yelah, dah pergi bercuti 5 hari dengan bos. Takkan tak ada hati kot. Siap bawa jumpa ibu lagi." Aku malas nak jawab. "Ibu pun berkenan dengan Adrian tu. Handsome! Hehe." Ibu ni ye pun... Carilah yang sama umur ibu. Aku ketawa kecil. "Ha Mia. Baik kau kahwin cepat dengan bos kau tu, kang ada yang rembat." Kami berdua bergelak ketawa. "Mia tak nak lah ibu, abang, orang anggap dia macam bos je." "Orang dulu kata, yang tak nak tulah nanti jadi milik kita." Tambah ibu. "Habis tu nak Mia cakap, 'Mia nak kahwin dengan Adrian lah ibu.'" "Semoga Allah makbulkan doa Mia tu. Amin." Ibu mengaminkan doa. Azrin turut lakukan benda yang sama sambil ketawa besar.

Keesokkan paginya, aku datang ke pejabat. Aku duduk di tempat PA dan mula bekerja. Tak lama kemudian, kak Azura datang ke meja aku. "Mia! Macam mana vacation dengan bos?" "Macam mana apa kak, saya buat kerjalah." "Eleh, kerja konon. Semua staff kat sini suka Adrian tau. Macam manalah Mia tak suka dia." Dia menjeling aku. "Suka sebab apa? Dia handsome?" "Yelah! Sebab apa lagi? Dah lah segak bergaya, macho, maskulin, tegap. Ish! Untunglah siapa dapat dia!" Kak Azura menutup mukanya, malu. Ceh. Mula-mula aku jumpa dia pun macam tu. Tapi bila dah tau perangai. Hampeh. Aku ketawa melihatnya menggeletis. "Comellah Kak Azura ni. Kenapa tak mengorat cik Adrian?" "Comel? Ish, tak adalah." Dia kembali tutup mukanya. "Cik Adrian tu handsome, memang handsome. Tapi dia tegas dengan kita orang. Bukan garang suka marah-marah, cuma tegas. Muka dia tak pernah senyum, selalu serius je. Tak beranilah akak nak ngorat. Kalau nak masuk bilik dia pun kadang-kadang berteman tau! Lainlah Mia ni, PA dia. Ni first time tau PA dapat ikut pergi keluar dengan dia. PA sebelum ni dalam pejabat je."

Aku menggaru kepala yang tak gatal. Adrian memang full of surprises. Ah, aku tak nak anggap diri aku istimewa daripada PA sebelum ni. Aku hanya pekerja biasa. Tiba-tiba, suara lelaki muncul di belakang aku. "Saya ambil awak berdua bekerja bukan untuk borak kosong." Adrian memasukkan tangannya ke dalam poket. "Eh C-Cik Adrian! Sss.." Kak Azura mula gugup. "Saya yang panggil Kak Azura datang sembang dengan saya." Aku jawab selamba. "Masuk bilik saya sekarang Mia." Kak Azura memandang aku dengan muka simpati. Aku buat isyarat mulut 'tak apa' pada dia. Berlagak cool pula kau Mia, mentang-mentang kau rapat dengan Adrian. Adrian duduk di tempatnya tanpa berkata apa-apa. Aku pun diamlah, pandang sekeliling. "Ehem. Awak free tak malam ni?" Dia bersuara. "Kenapa? Cik nak saya kerja overtime ke?" "Tak. Err ya. Saya nak discuss pasal kerja." "Oh, okay. Apa dia?" "Bukan kat sini." "Habis tu?" Adrian kelihatan cemas tapi control cool. Aku senyum nakal kat dia. "Cakap jelah Cik Adrian nak bawa saya keluar makan." Aku menyilangkan tangan sambil bersandar di kerusi.

"Ya. Saya nak ajak awak keluar makan. Tapi kita cakap pasal kerja. Sahaja." Eleh. "Tapi kan. Cik tau tak zaman sekarang ada gadjet. Cik Adrian boleh je mesej saya." "Saya tak percayakan teknologi. Saya lebih suka jumpa depan-depan." Adrian membuka fail, membusykan dirinya. "Jadi, Cik Adrian suka jumpa saya depan-depan?" Aku mengangkat kedua belah tangan ke atas meja, menongkat dagu sambil buat muka comel seperti Park Bo Young. Dia memberhentikan kelakuannya dan memandang aku. Tiba-tiba mengalihkan semula pandangan ke arah fail. "Saya ambil kat rumah pukul 9. Pergi sambung buat kerja sekarang." Ceh. Tak tergoda ke? Aku mengira sampai tiga. Dia senyum kecil di hujung bibir. Hehe! Tiba di rumah, aku memberitahu ibu tentang makan malam dengan Adrian. Dia punya gembira sampai meloncat-loncat. Tak padan dengan umur.

The Duty Fulfiller; Bos Kacakku Where stories live. Discover now