hari berganti hari , hampir dikatakan setiap masa taehyung meluangkan masanya bersamaku .
kekadang bila jimin ajak keluar , dia lebih memilih untuk bermain jutaria bersamaku di rumah . dia yang ajak , aku ikut jela .
“ woahahaa duit abang lebih banyak daripada adik . abang menang . cepat masakkan abang ramen ”
“ ramen habis ” jawabku menyampah apabila aku kalah dan pertaruhannya siapa menang kena masakkan ramen cheese .
“ jangan nak menipu adik . berdosa . masuk hell ”
“ molla !! ” dengan langkah geram , aku menuju ke dapur untuk memasakkan taehyung semangkuk ramen cheese kegemaran kami berdua .
setelah siap , aku pun menghidangkannya di atas meja . aku nampak sahaja taehyung yang begitu asyik menikmati ramen cheese itu .
dia mengangkat wajahnya buat seketika kemudian mengajakku untuk makan bersama .
aku menggelengkan kepala menolak namun dia berkeras .
“ abang dah cakap nak kongsi semua dengan adik . janganlah buat abang mungkir janji lagi ”
aku akur . kemudian , dia meniup ramen cheese itu lalu disuapkan ke dalam mulutku . terasa lebih menyelerakan apabila dikongsi bersama .
YOU ARE READING
❝ 𝗕𝗥𝗢𝗧𝗛𝗘𝗥 ❞ ㅡ 𝗧𝗔𝗘𝗛𝗬𝗨𝗡𝗚
Fanfictionㅡ adik , ingatlah walau apapun yang terjadi abang tetap menjadi abang adik . abang akan sentiasa menyayangi adik meskipun kita berlainan dunia ♡ published on : ㅡ 07/10/2018