aku memandang sekeliling sebaik sahaja sedar daripada tidur yang panjang . masih berada di dalam hospital , bezanya cuma ada jimin di sisi .
“ sunbae ” jimin mengangkat wajahnya kemudian tersenyum hingga menampakkan eyesmilenya .
“ yuha dah bangun ? nak makan tak ? ”
aku menggelengkan kepalaku . “ nak jumpa taehyung ”
tanpa berkata apa - apa , terus jimin memelukku erat . tangisannya membuatkan diriku terpaku .
“ kenapa sunbae menangis ? taehyung ada dekat wad sebelah kan ? dia okay je kan ? dia ... tak mati lagi kan ? ”
semakin erat jimin memelukku membuatkan aku sedikit meronta meminta untuk dilepaskan .
air mataku mengalir deras .
mana abang ? abang dah janji akan sentiasa ada bila adik bangun dari tidur kan ? mana ? abang mungkir janji lagi ! abang memang seorang pemungkir janji !
lututku menjadi lemah saat melihat wajah taehyung dan aku sedang bergembira di dalam sebuah gambar .
kenapa cuma di dalam gambar ?
aku nak ianya menjadi realiti .
atau aku cuma perlu ikut jejak langkah taehyung .
wayar yang berbelit di tanganku aku cabut membuatkan darah keluar mengalir dengan derasnya .
aku sedaya upaya berjalan keluar dari wad sehinggalah aku ternampak saera yang duduk di kerusi roda .
terus aku menerpa ke arahnya , ingin mencekiknya kerana berasakan dialah punca abang aku mati .
sebelum aku cuba mencekiknya , suara taehyung kedengaran memarahi diriku .
“ jangan yuha ”
aku cuba abaikan sebab ingat taehyung dah mati .
“ adik dah janji kan nak dengar cakap abang ? ”
aku batalkan niat dan akhirnya jatuh rebah ke lantai .
“ yuha !! ” jeritan jimin adalah perkara terakhir yang aku dengar
![](https://img.wattpad.com/cover/163834505-288-k462689.jpg)
YOU ARE READING
❝ 𝗕𝗥𝗢𝗧𝗛𝗘𝗥 ❞ ㅡ 𝗧𝗔𝗘𝗛𝗬𝗨𝗡𝗚
أدب الهواةㅡ adik , ingatlah walau apapun yang terjadi abang tetap menjadi abang adik . abang akan sentiasa menyayangi adik meskipun kita berlainan dunia ♡ published on : ㅡ 07/10/2018