NURA MEDINA POV
Hari ini hari sabtu. Aku sedang bersiap-siap hendak keluar pergi shopping bersama kawan aku bernama Melur. Tapi aku sudah minta izin daripada ayah. Sedang aku bersiap-siap aku terpandang sesuatu di atas meja solek aku. Ada gambar seorang perempuan tersenyum gembira tapi aku langsung tidak tahu nama perempuan dalam gambar ini. Walaupun ibu dan bapa aku bercerai tanpa aku tahu apa sebabnya.
Aku melihat jam di tangan aku. Sudah pukul 1 petang aku sepatutnya berjumpa dengan kawan aku pukul 12.30 petang. Aduh!! Kenapalah aku tak sedar dah pukul 1 petang kata aku dalam hati. Aku cepat turun bawa dan terus menahan teksi.
Teksi itu pun berhenti. " Ya, cik nak pergi mana?" tanya pemandu itu.
" Saya nak pergi Jurong East." aku balas pertanyaan pemandu teksi itu.
"ok, boleh saya hantarkan cik." balas pemandu teksi itu.
Aku membuka pintu teksi belakang dan terus masuk dalam dan teksi itu terus memandu.Beberapa minit kemudian.....
"Cik dah sampai?" tegur pemandu teksi itu.
"Oh ok ini duit tambang untuk teksi dan selamat memandu."Aku terus hulurkan duit dan ucapkan selamat tinggal kepada pemandu teksi tersebut.
"ok hati-hati cik." pemandu teksi itu balas.
Aku hanya mengangguk kepala dan kemudian terus keluar daripada teksi itu dan teksi itu terus meluncur laju keluar daripada kawasan itu.
Sedang aku melilau mencari sahabat aku yang bernama Melur. Secara tidak sengaja aku terlanggar bahu seseorang.
"Hey, kau tak nampak ke aku tengah jalan?" jerkah pemuda itu.
Aku tersentak tapi aku cuba untuk beriak tenang.
"Maafkan saya encik saya tak sengaja nak langgar bahu encik." balas aku.
"Maaf ? Kau ingat maaf kau aku boleh simpan? Tak apalah aku akan maafkan kau tapi ingat you owe me one." balas pemuda itu.
Sombongnya lelaki ini. Gumam aku dalam hati.
"Ya saya akan ingat." balas aku.
"Ok aku nak gerak dulu tengah rushing." balas pemuda itu.
"Wait! I want to know your name?" tanya aku.
"Nama aku Tengku Syafiq Haikal. Dahlah aku nak cepat ini, ok bye." balas pemuda itu.
Belum sempat aku nak tanya handphone number lelaki itu dia. Dia pergi macam itu saja. Kalau aku nak khawin dengan lelaki macam ini nak kena fikir seribu kali. Gumam aku dalam hati.
Tiba-tiba aku disergah oleh kawan baik aku bernama Melur. Kemudian aku dan Melur berjalan bersama-sama ke shopping mall.
YOU ARE READING
HERO SEORANG CINDERELLA
RomanceNama aku NURA MEDINA . Aku adalah seorang gadis yang bersikap kasar di luar tapi lembut di dalam. Tapi hidup Nura Medina tidak sempurna seperti orang lain. Ibu dan bapa bercerai apabila aku berumur 9 tahun. Selepas 5 tahun, bapa Nura Medina iait...