NURA MEDINA POV
Malam ini aku pakai dress yang bapa aku berikan kepada aku. Dato Azizan belikan dress itu untuk makan malam cum pembukaan cawangan terbaharu di Woodlands. Tiba-tiba pintu bilik aku dibuka dari luar dan dan bapa aku, Dato Azizan masuk dalam ke bilik aku sedang aku bersiap-siap mempebetulkan tudung aku.
"Eh, papa buat apa dekat sini?" tanya aku.
"Tak ada pun, papa cuma nak tengok anak papa yang cantik ni." balas Dato Azizan.
Sambil itu aku betulkan tudung dan dress aku. Aku terus menghadap papa aku.
"Papa dah siap? Nura dah siap. Jom turun kalau tak Auntie Mawar marah pulak." balas aku.
"Papa dah siap. Ok jom turun." balas Dato Azizan.
Aku dan Dato Azizan turun ke bawa untuk ke ruang tamu. Sedang mata aku melilau mencari kawan baik aku yang bernama Nur Melur. Tiba-tiba aku rasa ada orang tarik tangan aku. Aku terus mendongak dan tak lain dan tak bukan selain Datin Mawar.
Dia tarik aku sampai ke dapur. Dia pun bertanya kepada aku.
"Eh kenapa kau boleh ada kat depan tu!!" marah Datin Mawar kepada aku.
"Tak adalah Nura pergi depan sebab papa yang bawa Nura pergi ruang tamu." balas aku.
"Oh pandai menjawab eh? Ok tak apa aku nak kau tolong bibik pergi tuang air ke atau siapkan makanan?" balas Datin Mawar.
Aku hanya mengangguk kepala. Tiba-tiba Putri datang dan bertanya.
"Eh, Nura kenapa kau pakai dress cantik ni?" tanya Putri sambil menundingkan jarinya kepada dress aku.
"Tak ada apa-apalah. Nura pakai dress ni sebab papa yang bagi kat Nura. Iyalah papa kan tak pernah belikan Putri baju dress cantik macam Nura ini." Sindir aku kepada Putri.
Ohh kau nak dress aku. Gumam aku dalam hati.
"Ma! Mama tengok Nura selalu buli Putri." Kata Putri Zahirah.
"Eh, kau ingat kau dah jadi gangster dekat rumah ini sampai nak buli anak aku." marah Datin Mawar.
Tiba-tiba Datin Mawar tolak aku. Tapi belum sempat aku jatuh ke lantai. Ada sepasang tangan yang sambut aku daripada belakang.
"Awak ok? Cedera ke tak?" tanya pemuda itu.
Aku terus bangun dan aku terus mengganguk kepala.
"Siapa kau?" tanya Datin Mawar.
"Let's just say malam ini panggil saya Hero kepada Seorang Cinderella." kata pemuda itu.
Dia terus senyum kepada aku dan berlalu pergi ke ruang tamu.
"Dah. Nura pergi sambung kerja kau. And you Putri follow me." arah Datin Mawar kepada aku dan Putri.
Aku terus mengangguk kepala dan sambung buat kerja aku yang tertangguh tadi.
Author POV
Datin Mawar dan Putri Zahirah terus keluar daripada dapur. Sedang mereka berdua keluar. Dato Azizan sedang bercakap dengan dua pemuda. Dato Azizan terus memanggil Datin Mawar dan Putri Zahirah.
"Ok. I nak kenalkan dengan you two. This is my beautiful wife Datin Mawar dan this is..." balas Dato Azizan.
"Is she Nura Medina?" tanya pemuda tersebut.
"Umm, no ini Putri Zahirah. Wait here I nak panggil Nura Medina dulu."
Tiba-tiba Dato Azizan panggil aku.
"Nura ikut papa sekejap ada orang nak jumpa dengan Nura." ujar Dato Azizan.
Aku terus ikut Dato Azizan untuk ke ruang tamu. Sampai di depan aku nampak Putri dan Datin Mawar bersama-sama dengan dua pemuda.
"Ok sorry for the waiting. Let me introduce to you two. This is my daughter Nura Medina." ujar Dato Azizan.
Aku pun senyum tawar kepada kedua pemuda di hadapan aku.
"Nura Medina, On the right is Tengku Syafiq and on the left is Ikmal Amry anak angkat kepada Tengku Zaharah dan Tengku Haris." Sambil Dato Azizan introduce kedua pemuda tersebut, aku hanya mengangguk kepala.
"Pa, Nura ada kerja dekat dapur belum lagi selesai." ujar aku.
"Ok Nura pergi sambung kerja dekat dapur. And Putri dan Mawar the both of you go and entertain the rest of the guests." arah Dato Azizan.
Tiba-tiba Tengku Syafiq bertanya kepada Dato Azizan.
"Umm... Excuse me uncle. I nak cakap dengan anak uncle, Nura Medina."
"Umm.. Ok tapi jangan lama-lama." jawab Dato Azizan
"Ok uncle." jawab Tengku Syafiq.
Tengku Syafiq terus berlalu dan meninggalkan Dato Azizan.
TENGKU SYAFIQ POV
Selepas aku meninggalkan Dato Azizan dengan Ikmal Amry. Aku terus pergi ke dapur untuk berjumpa dengan Nura Medina.
"Hi, Nura Medina. Can we talk?" aku terus bertanya.
Nura Medina pun terus mengangguk kepala dan menjawab.
"Boleh tapi bukan dekat sini."
Dia terus meninggalkan dapur dan menuju ke taman di belakang rumah dia.
"Ok. Tengku nak cakap pasal apa?"
"Saya cuma nak berkenalan dengan awak."
"What? I thought it was something important. Nevermind kalau nak berkenalan dengan saya nantilah sebab saya tak ada mood nak cakap dengan seseorang sekarang."
Dia terus berlalu tapi belum sempat dia masuk ke rumah balik. Aku memanggil dia.
"Awak tunggu!!! Saya lupa nama awak?"
"Nama saya Nura Medina Binti Dato Azizan."
Selesai sahaja sebut nama, dia terus masuk ke dalam rumah untuk ke dapur.
Aku masih di belakang rumah Dato Azizan di taman. NURA MEDINA BINTI DATO AZIZAN.Mesti kau tak tahu mak kandung kau kan. NUR ARYANA. Gumam aku dalam hati.
YOU ARE READING
HERO SEORANG CINDERELLA
RomanceNama aku NURA MEDINA . Aku adalah seorang gadis yang bersikap kasar di luar tapi lembut di dalam. Tapi hidup Nura Medina tidak sempurna seperti orang lain. Ibu dan bapa bercerai apabila aku berumur 9 tahun. Selepas 5 tahun, bapa Nura Medina iait...