NURA MEDINA POV
Selepas seharian pergi shopping bersama Melur. Aku terus pulang ke rumah. Sampai sahaja aku di rumah, Datin Mawar bertanya "Kau pergi mana?"
"Saya keluar dengan Melur pergi shopping dan dah minta izin bapa." balas aku.
Aku terus naik tangga dan kemudian ke bilik dia . Aku terus menangis mengenangkan nasib yang malang tanpa rasa kasih sayang daripada Datin Mawar.
Aku menangis sampai kering air mata di pipi. Aku terus turun daripada katil dan pergi ke tandas untuk mengambil wuduk kerana aku tidak mahu terlepas solat zhur yang tertangguh tadi apabila dia keluar dengan Melur tadi.
Selesai solat zhur, aku terus menanggalkan telekung dan sejadah selepas itu letak di atas katil . Aku terus membuka pintu bilik dan turun ke bawa untuk pergi ke ruang tamu. Sampai di ruang tamu, aku terus membantu Datin Mawar yang sedang memasak di dapur. Sebaik sahaja aku jejak kaki di dapur, Datin Mawar terus pekik dekat aku.
"Hei, kau buat apa dekat sini!!" tanya Datin Mawar.
"Saya nak tolong Cik Mawar kemaskan pinggang yang dah cuci nak letak dalam rak dapur." balas aku.
" Kalau tak nak tolong aku, pergi duduk dekat depan dan tengok TV." balas Datin Mawar.
" Tak apa saya tolong Cik Mawar ." balas aku.
Aku terus ambil pinggan yang sudah cuci dan sudah dilap dengan kain untuk di letakkan di dalam rak pinggan. Tiba-tiba Datin Mawar sergah aku.
"Hei tak payah nak tolong sangatlah. Kau pergi duduk depan." ujar Datin Mawar.
"Tak apa saya tolong Cik Mawar." balas aku.
Tiba-tiba terdengar bunyi kaca pecah di atas lantai dapur.
"Hei kan aku dah cakap jangan tolong aku dekat dapur tapi kau nak sangatkan sekarang kau pergi ambil penyapu dengan dustpan pergi bersihkan pinggan kaca yang kau jatuhkan tadi." ujar Datin Mawar sambil kepala aku ditonjol-tonjol olehnya.
"Saya pergi ambil penyapu dengan dustpan dulu Cik Mawar." balas aku.
Baru sahaja beberapa langkah untuk aku meninggalkan dapur supaya aku boleh ambil penyapu dan dustpan yang selalunya terletak di belakang rumah dekat dengan dapur. Tiba-tiba Datin Mawar panggil aku.
"Hei, kau dengar sini pinggan itu mahal kalau kau tak nak aku beritahu bapa kau. Aku nak kau bayar aku duit untuk beli pinggan yang kau pecahkan itu." ujar Datin Mawar.
"Ok, Cik Mawar saya akan ganti pinggan dengan berikan ibu duit untuk gantikan pinggan tapi berapa pinggan itu?" balas aku.
"Ohhh ok pinggan itu harga dia $2,000 tapi aku nak duit itu cepat. Aku bagi kau 2 bulan kalau aku tak dapat duit itu dalam lepas 2 bulan aku nak kau berambus daripada hidup aku dan bapa kau. Kau boleh buatkan semua itu untuk aku, kan?"
ujar Datin Mawar."Tapi kenapa 2 bulan? kenapa saya nak kena tinggalkan bapa?" balas aku.
"Sebab aku tak suka kau. Aku benci kau sebab muka kau dengan perangai kau sama macam mak kau. Mak kau itu dasar tak kenal budi punya orang sanggup tidur dengan lelaki lain selain daripada bapa kau." ujar Datin Mawar.
"Cik Mawar jangan cakap macam itu pasal mak saya walaupun saya tak pernah jumpa atau nampak dia tapi saya tahu yang ibu ini bukan mak kandung saya tapi ibu tiri saya." ujar aku dengan marah.
"Oh ok tapi kau mesti tertanya-tanya kenapa kau langsung tak tahu nama dia? Nama dia Nur Aryana binti Mohamad Yusof. Nur Aryana perempuan yang bodoh dan mudah percaya dengan kata-kata aku." ujar Datin Mawar.
Nura Medina terus melutut dan pegang kaki Datin Mawar. Sambil dia berkata "Cik Mawar tahu tak mana dia sekarang?" ujar aku sambil menangis teresak-esak.
"Tak aku tak tahu tapi kau kena tahu nama dia sahaja. Tapi ingat jangan kau bilang benda ini dekat bapa kau tapi kalau aku tahu. Aku akan suruh bapa kau halau kau daripada rumah ini." ujar Datin Mawar.
Aku terus berdiri dan pergi ke bilik dia. Tiba-tiba aku teringat nama mak kandung aku . NUR ARYANA BINTI MOHAMAD YUSOF ?
YOU ARE READING
HERO SEORANG CINDERELLA
RomanceNama aku NURA MEDINA . Aku adalah seorang gadis yang bersikap kasar di luar tapi lembut di dalam. Tapi hidup Nura Medina tidak sempurna seperti orang lain. Ibu dan bapa bercerai apabila aku berumur 9 tahun. Selepas 5 tahun, bapa Nura Medina iait...