Chap 6

2.8K 308 57
                                    

#RedAngelchap6
#Buahhatijp
CHAP 6

Dom duduk di beranda luar Villa mewah miliknya itu. Dia merenung jauh ke lautan luas terbentang di depan matanya. Sunyi...sangat sunyi.... sengaja dia membawa diri kembali ke villa itu selepas beberapa tahun di biarkan.

Sengaja juga dia mendera hatinya sendiri. Mengingati kisah cinta dia dan Dayana yang sudah lama terkubur. Sejujurnya masih ada lagi Dayana di hati dia kerana itu dia mahu larikan. Menyepi sendirian...

Dahulunya villa itu di beli khas untuk Dayana. Malangnya, selepas Dayana mengkhianati dia... Dia sudah tidak mahu memijakkan kaki ke villa itu lagi. Walaupun Dayana tahu wujudnya villa cinta itu, walaupun Dayana tahu betapa besarnya cinta Dom untuk dia...tetap juga dia pergi...

Dom membuang jauh pandangannya ke lautan sepi itu. Hanya bunyi desiran angin dan ombak sahaja yang kedengaran. Sunyi terpaksa dia hadap sejak 5 tahun itu. Tanpa Dayana....

kalau bukan kerana awal pagi tadi dia di maklumkan Aaron dan Dayana akan pulang dari Moscow, dia tidak akan balik ke Villa itu.

“Larikan diri? Aku bukan larikan diri..tapi aku masih belum ada cara macam mana mau balas dendam sama kamu dua... Jadi sebelum aku sendiri tidak dapat kawal tangan aku dari bunuh kamu, lagi baik aku keluar dari villa tu. Sementara aku akan tinggal di villa ni sampai aku dapat cara balas dendam sama kamu dua...” Dom menggenggam jemarinya.

Bang! Bang! Bang!  Dia terdengar bunyi tembakkan. Beberapa orang guards datang menghadap dia. Mereka masing-masing memegang senjata dan bersedia untuk melindungi dia.

“Siapa yang berani menembak di kawasan aku ni?” Dom bangun dari kerusi empuknya. Matanya liar memerhati kawasan sekeliling. Mata yang tajam itu akhirnya menangkap susuk tubuh seorang wanita yang sedang menggendong seorang anak sambil berlari ke arah tebing yang curam.

“Siapa tu?” Tanya Dom pada guards.

“Mungkin orang dari perkampungan sebelah Master. Ada orang yang akan pigi tengok nanti...”

“Hrmm..” Dom berjalan menuruni anak tangga ke bawah. Hatinya tergerak mahu melihat lebih dekat lagi.

Dia berjalan sambil di iringi guards yang tidak lepas pandang. Dom berjalan tenang sambil dua tangannya berada di dalam poket seluar. Cuaca sejuk malam hari itu menambahkan rasa dingin. Baju lengan panjang yang dia gunakan rasa tidak berguna. Sejuk hingga ke tulang.

Dubdabdubdab! Dom memegang jantungnya yang terasa sakit tiba-tiba. Tangannya berpeluh! Tidak perna dia rasakan keadaan itu. Semakin dekat langkahnya, semakin kuat degupan jantungnya.

Sofea pula sudah menemui jalan mati. Orang-orang Akai berjaya menjejaki dia. Tubuh Rainie yang sudah lunyai kena belasah di heret sama.

“Mana mau lari Sofea? Kau nampak ni...” Akai menolak tubuh Rainie yang lemah ke tanah.

“Rai!” Sofea berlari memeluk tubuh Rainie. Darah membasahi tubuh lemah itu.

“Kenapa kau kejam betul ni Akai?! Apa lagi kau mahu?! Ya! Memang hutang kami masih ada, tapi kau janji bagi kami masa! Napa kau buat begini?! Penipu!” Sofea menjerit.

“Ya..ya..ya...aku sudah janji. Tapi... lepas aku jumpa si Claudia... dia bayar aku lebih dan suruh aku desak kamu... aku nda tau la apa masalah kamu dua kan. Tapi..duit yang dia bagi, cukup untuk aku buka lima lagi pusat judi... nampaknya Sofea, kau ni memang musuh ketat si Claudia kan.. aku orang tengah saja...” Akai membakar rokok lalu di hembus ke wajah Sofea.

“Claudia? Perempuan sial tu yang suruh kau buat macam ni?!” Sofea terkejut tidak terkata.

“Ya. Dia... jangan tanya aku kenapa? Sebab aku tidak tahu. Aku cuma ikut arahan..lagi pun dia mahu aku jadikan kau koleksi di rumah pelacuran aku. Dia cakap kau akan bawa tuah untuk aku! Apa alasan aku untuk tolak Sofea?”

Red AngelWhere stories live. Discover now