#RedAngelchap14
#Buahhatijp
CHAP 14“Dean..! Dean!” Yalie berdiri di tangga memanggil Dean.
Sofea baru selesai menyiapkan Dean ketika dia dengar Yalie memanggil Dean. Anak kecil yang comel itu segera berlari keluar dari bilik. Dia menuju ke arah Yalie yang sedang menanti dia di tangga. Dean berlari laju sambil tertawa girang dan terus melompat ke pelukkan Yalie.
“Come! Kita jalan...” Yalie terus turun ke bawah. Sofea mengejar dengan langkah laju. Sejak kejadian kemarin dia sudah menjadi takut untuk melepaskan Dean pergi.
“Kau mau bawa dia pigi mana?” Sofea menjerit kecil. Yalie sekadar angkat tangan melambai tanpa menoleh.
Sofea berlari laju menuruni tangga. Langkahnya gopoh menyebabkan dia hampir terjatuh ke lantai. Nasib baik sahaja Dom berjaya menyambut tubuhnya. Dom ketika itu baru mahu naik ke atas. Kepala Sofea menghentak dada Dom.
“Auch! Sorry!” Sofea mengusap kepalanya. Tangan Dom tidak sengaja memeluk tubuhnya yang kecil. Sofea angkat kepala dan ketika itu juga tanpa di sengajakan bibir mereka bercantum. Mata saling bertentangan hebat.
“Ah!” Sofea cuba melepaskan tubuhnya tetapi Dom memeluknya lebih erat lagi. Sofea terperangkap dalam pelukkan itu.
“Why? Malu? Segan? Takut? I am your husband...” Dom berbisik membuatkan jantung Sofea hampir tercabut keluar. Dubdabdubdab.... Dom jangan buat begini! Getus hatinya...
“Er...tidak.... saya mau...” Sofea cuba menarik tangannya yang di kepit. Dom menoleh melihat Yalie dan Dean yang sedang ketawa melihat aksi mereka.
“Aku suruh Yalie bawa Dean pigi Villa mentua kau. Mommy mau main sama Dean. Petang nanti Dean balik. Any probs?” Dom bersuara tegas. Sofea tunduk dan geleng kepala. Kemudian Dom menoleh memandang Yalie lalu menganggukkan kepalanya. Yalie senyum dan terus membawa Dean pergi.
“Good. Now kau naik atas and get some rest. Kau masih weak lagi ni..” Dom bersuara lebih tegas lagi.
“Tapi saya belum kemas dapur sama meja makan...” Sofea cuba berikan alasan.
“Just do what I said.” Dom meninggikan suaranya sedikit membuatkan Sofea menelan air liur. Dia masih mengeraskan tubuhnya. Dom merenung dia yang sedang tunduk. Dengan sangat pantas Dom terus mengangkat tubuhnya dan bawa naik ke atas.
“Wait! Dom! Saya belum...” Dom mengucup bibir Sofea membuatkan wanita itu terus terdiam. Dom melepaskan bibirnya.
“You need rest..” Dom terus melangkah naik ke atas. Dia membawa Sofea masuk ke bilik mereka. Tubuh wanita itu di letakkan atas katil.
“Jangan turun dari katil selagi aku tidak bagi kebenaran. Faham...?” Dom memandang Sofea dengan mata tajamnya.
“Okay...” Sofea cuba baring dan tenangkan dirinya. Tidak berani menatap wajah Dom.
“Just do what I said.. I dont want you to get sick anymore...” Dom tunduk menatap wajah Sofea. Mata mereka saling bertentangan untuk beberapa saat.
“Dom, jangan buat saya begini...” Sofea menahan dirinya. Degupan jantung semakin kuat.
“Why?” Dom mendekatkan lagi wajahnya pada Sofea.
“Saya mungkin akan.....” Sofea tersekat-sekat.
“Mungkin apa....?” Dom berbisik lembut tetapi tegas.
“Dom....” Dadanya berombak kuat.
“Yes....” Dom tidak melepaskan matanya.
“Saya tidak mahu kita begini....jangan buat saya begini...” Sofea cuba menahan tubuh Dom.
YOU ARE READING
Red Angel
RomanceCOMING SOON AFTER MY LOVE MR GANGSTA! RED ANGEL Rumahtangga Sofea akhirnya berakhir selepas kebahagiaannya dirampas oleh sahabat baiknya sendiri. Sofea lari membawa diri ke Bali bersama dendamnya. Dia bertemu dengan Dominic. Dia mula menyiasat tent...