#RedAngelchap15
#Buahhatijp
CHAP 15Sofea sudah bersiap dengan gaun duyung merah yang mengikut bentuk tubuhnya. Rambutnya yang hitam pekat itu di curl. Tukang soleknya meninggalkan dia di bilik itu selepas siapkan tugas. Sofea melihat dirinya di dalam cermin.
Dia perna merasa hidup senang dan memakai barangan mewah ketika bersama Rafael. Dia menghargai apa yang perna Rafael berikan dengan cara setia dan mencintai Rafael. Malangnya, itu masih belum cukup untuk membayar jumlah kemewahan yang Rafael berikan.
Dia memilih untuk hidup susah kerana tidak mahu cintanya di bagi-bagi. Kerana itu juga dia sanggup hidup dalam kehinaan demi dirinya dan Dean. Dia tidak bermaksud mahu menjauhkan Dean dari Dom. Mana mungkin dia jumpa Dom dan cakap dia mengandungkan anak lelaki itu. Sedangkan Dom adalah jutawan, dia pula? Hanya janda miskin. Menjadi bahan hinaan orang.
“Apa kau tenung tu?” Lamunan Sofea terhenti bila dia melihat Dom sedang berdiri di belakangnya sambil berpeluk lengan. Air matanya yang bertakung segera di kesat.
“Kau nangis?” Dom mengerutkan dahinya. Sofea geleng kepala. Dom mengeluh. Dia menarik bahu Sofea memandang ke arah dia.
“Apa yang kau sudah lalui, aku tidak tahu. Tapi sesakit apa pun masa lalu kau, kau tidak boleh jadi lemah dan biarkan orang pijak kau. Kau mesti bangun dan balas balik semua kesakitan tu..” Dom menggenggam bahu Sofea.
“Macam mana? Mana mana saya mau balas...? saya tiada apa-apa? Sekarang saya terperangkap di sini... apa yang boleh saya buat?” Sofea akhirnya menangis.
Itu membuatkan Dom rasa sangat bersalah. Dia mahukan Sofea untuk menjadi benteng pertahanannya tetapi dia tidak perna tanya apa yang Sofea perlukan dari dia.. Dom mengeluh. Buat pertama kali dia rasa bersalah...
“Angel, listen..hey..stop crying... Aku ni husband kau. Walaupun tanpa cinta, tapi kita suami isteri. Okay... apa yang kau mau buat? Bagi tahu aku... Rafael? Claudia? Huh?” Dom menarik Sofea ke dalam dakapannya.
“Saya benci diorang Dom...saya benci... hidup saya hancur... kawan saya mati...maruah saya hampir tergadai...” Sofea teresak-esak. Terlalu banyak yang dia pendam.
“Angel, I am here now... Bagi tahu saja apa mau buat...” Dom mengusap rambut Sofea.
Tangisan Sofea berunsur henti. Dom mendorong dia duduk atas kerusi depan meja make up. Kemudian Dom mengesat air matanya dengan jari. Dom duduk melutut.
“Ingat janji aku ni... kita akan balas sama-sama orang yang sakitkan kita... faham?” Dom menggenggam jemari Sofea. Wanita itu angguk.
“Kau kasih bagus tu make up kau. Aku mau tukar baju dulu... kita jalan sama-sama..” Dom berdiri.
“Jalan sama-sama?” Sofea terkedu. Dia memandang Dom. Air matanya tadi sudah kering.
“Kau rasa patutkah aku kasih biar kau keluar dengan pakaian macam ni? Hrmm...” Dom terus masuk ke dalam bilik persalinan. Sofea menelan air liurnya.
Awal tadi Yalie sudah menjemput Dean dan bawa Dean entah kemana. Patutlah Dom tidak ikut sama rupanya Dom mahu menemani dia. Tapi kenapa? Hrmm... Sofea membetulkan bedak dan maskaranya.
“Betulkah dia mau bantu saya? Dia tidak tipukah? Huh! Nda apa..nanti saya tagih janji dia...” Sofea bertekad dalam hatinya. Walaupun dia tidak tahu apakah janji Dom itu benar.
*****
Pasangan itu tiba di sebuah bangunan mewah milik persatuan Mega yang di naungi oleh Ailee. Mereka di sambut oleh beberapa orang guards. Ailee sudah pun berada di sana bersama Graham. Aaron dan Dayana yang tiba lebih awal mendapat perhatian tetamu yang hadir.
YOU ARE READING
Red Angel
RomanceCOMING SOON AFTER MY LOVE MR GANGSTA! RED ANGEL Rumahtangga Sofea akhirnya berakhir selepas kebahagiaannya dirampas oleh sahabat baiknya sendiri. Sofea lari membawa diri ke Bali bersama dendamnya. Dia bertemu dengan Dominic. Dia mula menyiasat tent...