#RedAngelchap10
#Buahhatijp
CHAP 10Ailee menarik lengan Sofea. Dia heret Sofea ke tingkap. Rambut Sofea di tarik kuat. Tidak ada yang boleh terlepas dari pandangan matanya. Gerak hatinya mengatakan sesuatu yang tidak mustahil. Sofea yang terkejut dengan tindakan Ailee merasa sangat takut ketika itu. Apa yang tidak kena sama tu perempuan tua?
“Argg..aunt...! sakit!” Sofea mengerang dan cuba menahan kekuatan tangan Ailee. Wanita yang sudah berusia itu tidak mudah di perdaya.
“Kau perempuan yang Dom tiduri 5 tahun lalu kan?” Ailee terus berbisik keras di telinga Sofea.
Sofea yang terkejut terus memandang Ailee. Macam mana pula Ailee boleh tahu?! Sedangkan hanya dia dan Rainie sahaja tahu tentang hal itu! Kuasa apa yang Ailee ada? Hanya pertemuan pertama itu sahaja dia sudah ketahuan? Tidak masuk akal!
“Tidak! Bukan saya!” Sofea terus meronta tetapi kekuatan Ailee lebih lagi. Dia masih mahu meneruskan penipuan itu walaupun Ailee sudah menangkap kelemahannya.
“Aku boleh hidu penipuan kau ni. Kau dengar sini bagus-bagus... kalau pun kau tidak bagi tahu aku, aku sudah tahu! Kau perempuan tu! Semua cerita kau sama dengan mimpi Dom di tebing tu! Dean anak Dom kan?! Kenapa kau bawa Dean lari?!” Ailee menarik lebih keras lagi. Sengaja dia memberikan tekanan dan kesakitan itu agar Sofea menyerah.
“Saya tidak lari aunt..saya tidak lari. Saya sendiri tidak sangka saya akan kandungkan anak dia. Sebab malam tu kami mabuk dan tidak tahu berapa kali...” Akhirnya Sofea terpaksa mengatakan hal yang sebenar. Tidak mungkin dia memilih untuk mati di tangan 'bakal mertua' nya itu dan meninggalkan Dean. Dia masih mahu berjuang lagi untuk dendamnya. Dalam hati dia berdoa agar pengakuannya itu akan mendapat jalan yang dia inginkan.
Ailee melepaskan genggamannya. Dia memandang Sofea dengan mata yang masih tajam. Sofea tunduk dan menahan sakit. Tetapi hatinya sedikit lega bila sudah terlepas dari genggaman Ailee. Wajah wanita itu tidak berani di pandang selepas pengakuannya tadi.
“Kau jangan harap boleh lepas kali ni. Berani kau rahsiakan Dean dari Dom! Kalau Dom tahu, dia tidak akan maafkan kau. Kau mau mati di tangan Dominic?!” Ailee membesarkan matanya. Dia bukan mahu menakutkan wanita itu, tetapi dia membesarkan Dominic dengan caranya sendiri dan 99% jiwa Dominic adalah jiwa dia. Dia tahu sifat Dominic itu seperti apa.
Sofea geleng kepala. Dia tidak mahu mati di tangan lelaki itu. Dia hanya mahu melindungi anaknya dan balas dendam sahaja tanpa dia tahu siapa Dom sebenarnya. Apa yang dia tahu Dominic adalah seorang jutawan muda yang berjaya serta banyak pengaruh. Namun dia tidak memandang semua itu ketika bersetuju untuk kawin dengan Dominic. Dia terlalu obses ingin membalas dendam pada Rafael dan Claudia sehingga dia tidak sedar bahaya yang sedang dan bakal dia lalui. Dia mungkin akan kehilangan Dean dalam misinya itu.
“Kehidupan yang macam apa kau bagi sama Dean selama 5 tahun ni? Kami bukan orang biasa! Kau tahu siapa Dom?! Kalau musuh Dom tahu pasal Dean, lama sudah Dean mati! Bodoh!” Ailee melepaskan marahnya tetapi kali ini dia sudah tidak naik tangan lagi. Hanya suaranya sahaja yang tinggi.
“Aunt...tolonglah..jangan bagi tau Dom. Saya nda mau dia ambil Dean dari saya...tolonglah..” Sofea duduk melutut merayu dan menangis. Apa lagi yang dia boleh lakukan selain tunduk ke lantai dan membuang harga dirinya demi Dean.
Ailee senyap untuk beberapa saat sebelum dia bertenang dan mendapat idea tentang Sofea. Dia akan jadikan Sofea senjatanya dalam banyak hal. Dia boleh pergunakan Sofea jika dia sudi menerima wanita itu sebagai menantunya. Ailee senyum sinis. Dia merapati Sofea. Jemarinya membelai lembut pipi wanita itu. Sofea mengangkat wajahnya memandang Ailee.
“Kau boleh bersama Dean asalkan kau ikut semua cakap aku..selagi kau setia dan ikut semua arahan aku...selagi tu rahsia kau aman dan aku akan pastikan Dom tidak akan pisahkan kau dengan Dean...” Ailee sinis kejam. Senyumannya penuh muslihat. Hebat!
YOU ARE READING
Red Angel
RomanceCOMING SOON AFTER MY LOVE MR GANGSTA! RED ANGEL Rumahtangga Sofea akhirnya berakhir selepas kebahagiaannya dirampas oleh sahabat baiknya sendiri. Sofea lari membawa diri ke Bali bersama dendamnya. Dia bertemu dengan Dominic. Dia mula menyiasat tent...