Daewon, cepatlah. Kita dah lambat ni. Eish budak ni.
Sabarlah aku tengah pakai kasut ni sikit je lagi.
Eish aku tunggu kat luar lah. Annyeong
Y/N pun pergi ke arah pagar rumah aku dan dia keluar.
BUMP!
Aku terdengar bunyi yang kuat, macam orang kena langgar.
Aku terus pergi ke luar.
Aku tersentak.
Y/N kena langgar, badan dia berlumuran darah.
Tolong cakap ni hanya mimpi. Please!
Kring kring!!
"Huh, nightmare je. Tapi aku rasa risau. Sebab aku sayangkan dia."
Aku menangis secara tiba2.
Apa ni? Kenapa aku nangis? Aku takut kehilangan Y/N.Aku terus bangun dari katil menuju ke bilik air.
Lebih baik aku pergi mandi, sebab harini aku nak keluar dengan Y/N.
-----
Selesai je aku mandi, terus aku pilih pakaian yang sesuai.Telefon aku berdering.
Y/N yang telefon.
"Yoboseyo, y/n ah"
"Yah, cepatlah. Aku ada dekat depan rumah kau ni"
Huh dia dah sampai. Terus aku berlari ke arah tingkap. Y/N melambai ke arah aku.
"Ha ye sabar, dah nak siap lah ni"
"Cepat!"
Aku terus mengambil barang aku dan sembur minyak wangi dekat pakaian.
Aku turun ke bawah, dan mengunci pintu rumah.
Y/N berada di depan ku.
Kejap, kenapa rasa macam pernah berlaku. Tak mungkin. Tadi hanya mainan mimpi.
"Daewon, cepatlah sikit. Kita dah lambat ni. Eish budak ni."
"Sabarlah aku tengah pakai kasut ni sikit je lagi"
Apa ni sama macam mimpi tadi. Harap pengakhiran mimpi tadi tak sama.
"Eish aku tunggu kat luar lah. Annyeong"
Y/N dah gerak menuju pagar dan keluar.
Aku kena cepat, aku takut benda yang sama akan jadi.
Aku terus berlari ke luar.
BUMP!
Tapi aku terlambat. Situasi yang sama seperti dalam mimpi tadi.
Mimpi tadi cuma nak bagi petunjuk ke?
Tak mungkin.
Aku terus pergi ke arah Y/N.
Aku menangis. Orang awam yang ada sedang menelefon hospital.
Argh, tak mungkin ni berlaku.
Huh kenapa semua nampak gelap. Dah sampai ke masa nya?
Mata ku tertutup.
----Aku terjaga, kenapa semua nampak warna putih. Aku ada dekat mana ni.
Aku memandang sekeliling aku."Y/N ah.."
Aku memanggil sayu, penat akibat pengsan tadi. Dia terbaring di katil.
Aku dengar bunyi tapak kaki menghampiri. Pintu bilik dibuka.
"Doktor.."
"Encik, sila berehat dulu. Badan encik masih kurang stabil akibat pengsan mengejut"
"Y/N...macam mana?"
Aku mengendahkan doktor.
"Dia kehilangan 1/3 dari darah nya, dan menyebabkan dia koma. Tapi jangan risau, sebab dia sempat datang ke hospital. Kami telah masukkan darah tambahan, sebagai sokongannya."
Aku tersentak, dia koma. Ni semua salah aku. Sepatutnya aku cakap dekat dia tak perlu keluar harini.
Aku menangis.
"Encik boleh tidur di sini untuk beberapa hari. Encik boleh melawat dia juga. Kami akan keluar dulu"
Selepas doktor tu keluar. Aku berhenti menangis.
Aku memegang tangan y/n dengan erat.
"Aku akan jaga kau Y/N sehingga kau sedar".
YOU ARE READING
UNB Imagines
FanfictionPenat cari Fanfic UNB??? Tapi tak jumpa pun?? Jangan risau , author Yoon dah buat ☺