016 : Box

626 109 10
                                    

"Kita kena keluar dari rumah ni sekarang jugak!"

Namjoon memberi arahan. Suga hanya mengangguk setuju memandangkan dia pon sudah tidak tahan dengan bau hanyir darah.

Manakala Jungkook hanya mematung di situ. Jimin dan Taehyung, dua orang kawan yang paling dia sayang dah tak ada lagi.

Suga dengan segera menarik jungkook keluar dari rumah saera manakala namjoon hanya mengikut berlari dari belakang

Bukk

Malangnya buat namjoon ketika pintu rumah itu tiba tiba tertutup. Tak sempat namjoon nak keluar. Hanya suga dan jungkook sahaja yang terlepas

"Hyung!!" Jungkook menarik tangannya dari genggaman suga lalu berlari ke arah pintu. Pintu itu diketuknya kuat beberapa kali

Namjoon menggigit bibirnya resah ketika lampu rumah itu tiba tiba terpadam. Gelap

Namjoon tidak dapat melihat apa apa pon

"Hyung~" suara jungkook di luar kedengaran perlahan di telinga namjoon

"Korang tolong aku!"

"Kau okay kat dalam tu?" Soal suga

"Aku.. hmm okay kot" jawab namjoon perlahan. Oleh sebab itu jungkook dan suga yang di luar tidak mendengar suara nya

"Hyung tolong bertahan! Kook akan berusaha keluarkan hyung dari rumah ni"

Namjoon hanya diam tidak membalas apa yang dikatakan jungkook

Tapp tapp

Namjoon mendongak ke atas ketika mendengar bunyi yang berasal dari tingkat dua. Seolah olah ada yang berjalan di atas

Namjoon perlahan lahan mengundur kebelakang

Bukk

Langkah namjoon terhenti ketika dia terlanggar sesuatu.

"Kotak?" Soal namjoon hairan ketika mendapati objek yang dilanggarnya tadi merupakan sebuah kotak kecil

.
.

"Macam mana ni hyung.. kook langsung tak dengar suara namjoon hyung. Dia okay tak kat dalam tu? Macam mana kalau dia dah-" jungkook berhenti

"Maksudnya tinggal kita berdua je?" Sambung jungkook. Tapi suaranya kedengaran perlahan cukup untuk suga sahaja yang dengar

Ting

Handphone milik jungkook berbunyi. Dahi suga berkerut. "Siapa yang chat kau tu? Penting sangat ke untuk kau jawab? Kita ada masalah yang lagi besar ni.."

Jungkook hanya diam

Namjoon hyung
Online

Hey korang
Berapa lama aku kena tunggu
Kat dalam rumah sorang sorang?

Korang tak berniat nak tinggalkan aku kan?

"Namjoon hyung yang chat!!!"

Suga dengan segera merampas handphone jungkook

Kau tak apa apa ke?

Yaa.. aku tak apa apa

Cepat keluarkan aku dari sini!!

Jungkook merampas semula handphone nya dari tangan suga

Baik hyung

Kitaorang cuba

Suga hanya diam memikirkan cara untuk mengeluarkan namjoon. Nak rempuh pintu tu sampai kopak? Dia tu bukannya kuat sangat pon

Sedang sibuk memikirkan cara, tiba tiba handphonenya bergetar di poket seluar

Dahi suga berkerut. Seingat dia, dia tinggalkan handphone dia kat rumah. Habistu handphone siapa bergetar kat poket dia ni?

Suga mengeluarkan handphone tersebut dan kelihatan handphone tersebut sedang menyala dan mempamerkan bateri yang hanya tinggal 5%

"Ni kan handphone namjoon"

Suga baru teringat yang sebelum mereka ke rumah jimin tadi, namjoon ada suruh suga untuk pegangkan handphonnya

"Kalau handphone namjoon ada kat sini. Maksudnya siapa yang chat tadi?" Bisik suga

"Hyung.. hyung bau something tak? Macam bau gas-"

Bummm!!

Rumah itu tiba tiba meletop membuatkan suga dan jungkook tercanpak jauh kebelakang.

"Arh-" jungkook memegang kakinya yang terasa sakit. Jungkook perlahan lahan mula bangun dari posisi baringnya.

Tiba tiba dia rasa perasan ada sesuatu benda yang mendarat sempurna di atas perutnya akibat letupan tadi

Pergelangan tangan tanpa badan sedang memegang sebuah kotak dengan erat

Pergelangan ta-

Eah wait

Jungkook mengalihkan pandangannya ke depan dan kelihatan rumah itu sudah terbakar dan daging manusia berterabur di sekitarnya

"H-hyung.."

Jungkook tergamam

Dia cuba berdiri tetapi kakinya terasa sakit. Tiba tiba pandangannya beralih ke arah suga yang sedang terbaring lemah di sebelahnya

"Hyung!!" Dengan tenaga yang ada, jungkook cuba mendekati suga

"Hyung okay tak.." jungkook memegang bahu suga. Jungkook terdiam ketika melihat separuh wajah suga hancur akibat terkena sedikit letupan tadi

Suga sedikit meringis kesakitan. "Aku okay.. kau pergi la"

"Mana boleh! Cuma hyung sorang je yang kook ada sekarang.. kita kena pergi sama sama" jungkook cuba mengangkat suga. Melupakan fakta bahawa kakinya sedang turut terluka akibat letupan tadi

"Aku okay.. kau pergi la! Kaki kau sakit tu"

Jungkook mengabaikan arahan suga lalu mengangkat suga. "Arh!!" Jungkook terus terduduk ketika kakinya tiba tiba mengeluarkan darah yang banyak

"Aku dah kata"

Bunyi siren polis menuju ke rumah tersebut kedengaran kuat di telinga mereka

Jungkook tersenyum memandang wajah suga yang sudah hancur tersebut. "Kita selamat hyung" perlahan lahan jungkook memejamkan matanya akibat darah yang tidak henti henti keluar dari kakinya.

Tbc

typing ; jungkook √Where stories live. Discover now