Jungkook terbangun dari tidur. Matanya terlampau penat untuk menangis lagi. Petang tadi, pihak hospital memberitahunya tentang mayat suga yang dijumpai di dalam bilik air.
Perutnya sudah pon berbunyi meminta untuk diisi. Dah sehari dia tak makan
Kemudian dia terpandang bubur yang disediakan suga pagi tadi, di atas meja bersebelahan dengan katilnya
Dia mencapai bubur tersebut lalu disuapnya perlahan lahan kedalam mulut
Pintu wad dibuka dari luar, dan kelihatan kawan kawannya sedang berjalan ke arahnya
"Eeeee.. ada orang tu tengah sakit la. Lembik.." ejek hoseok sebaik tiba di katil jungkook
"Tu la baru demam sikit dah masuk hospital. Tak gentle la kau ni. Cuba tengok aku, bakteria pon takut nak dekat dengan aku tau" bangga jimin dan mendapat jelingan menyampah dari semua ahli
"Kan aku dah pesan, kau kena banyak rehat. Jangan terlampau paksa diri. Kita ni manusia, ada had nya jugakk." Marah taehyung tak serupa marah
"Wuuu..." Secara automatik, semua member bersorak mengejek. "Taehyung dah matang!!" Jerit namjoon dan semua hanya ketawa
"Ala.. sorry la guys. Kook janji tak buat korang risau lagi"
"Ee.. siapa yang risaukan kau?" Sindir suga sambil tersenyum sinis. Jungkook hanya memberi jelingan maut. Dia tahu yang hyung dia cuma bergurau
"Kau dah makan kook?" Soal seokjin sambil duduk di kerusi
"Tak.. makanan hospital tak sedap!"
"Hyung tahu.. sebab tu hyung bawa makanan ni dari rumah. Makanan ni semua hyung yang masak" kata seokjin membuatkan senyuman jungkook melebar
"Eah.. mana ada! Chim pon tolong hyung masak jugak la tadi!!" Jimin tidak berpuas hati
"Kook kook.. rasa kimbap tu. Kimbap tu hyung yang buat! Sedap tau" Jimin menawarkan kimbap buatannya kepada jungkook
"Tak payah tak payah! Hyung pon ada masak jugak! Rasa ramen yang hyung buat ni lagi sedap" Taehyung tidak mahu kalah.
"Alah setakat ramen.. anjing aku pon pandai buat la"
"Ye ke? Tapi yeontan tae tak pandai pon"
"Yeontan tu otaknya lebih kurang je macam kau. Masuk air!!"
Jungkook hanya tersenyum memandamg dua orang hyungnya yang sibuk bertengkar. Seokjin hanya menggeleng
"Biar kan budak budak tak matang tu. bubur ni hyung yang buat, biar hyung tolong suapkan" seokjin meniup sedikit bubur yang panas itu sebelum disuapkan ke dalam mulut Jungkook
Keadaan di dalam wad itu terus senyap membuatkan semua berasa pelik
"La patutla.. dah tidur dua ekor ni" kata hoseok ketika melihat taehyung dan jimin yang tertidur sambil menyandar kepala di bahu masing masing. Yang lain hanya ketawa. Ada ada je la dua orang ni
"Cepat sembuh ye, jeon jungkook"
Air mata jungkook terus jatuh menitik masuk ke dalam mangkuk bubur. Bahunya bergetar menahan tangis. Bibirnya digigit kuat sehingga berdarah
Prangg
Mangkuk bubur itu dibaling oleh jungkook sehingga pecah kemudian dia memeluk lututnya
"Hiks- aku menyesal"
Jungkook menangis untuk entah yang keberapa kali
"I give up.."
".. just let me die.."
Saera hanya memerhati Jungkook dari tingkap. Dia hanya tersenyum tawar
"Kenapa kau tak boleh lupakan kawan kawan kau , walaupun kawan kawan kau tu dah mati ?"
.
.Air mata Jungkook mengalir deras. Dia memejamkan mata dan mengemam mulut, cuba untuk menahan dari dari tersedu. Dia melepaskan nafas berat dan bibirnya berketar sebelum dia menutup matanya lebih rapat. Air matanya semakin laju mengalir
Dia membuka mata semula, matanya dibiarkan terpaku pada seorang gadis yang menatapnya tajam dari seberang jalan yang sibuk dengan kenderaan lalu lalang
"Saera.."
Gadis itu mula membuka mulutnya. Seolah olah ingin menyatakan sesuatu. Tapi disebabkan, jarak mereka berdua terlalu jauh dan juga dipisahkan oleh jalan raya dihadapan mereka, suara saera tenggelam
Jungkook langsung tidak dapat mendengar suara saera
Ting
Telefon pintar Jungkook berbunyi menandakan ada pesanan lain masuk
Saera
Online
Semua orang ada hak untuk bahagia dan kalau 'kawan' boleh buat awak bahagiaSaya lepaskan awak
Saya tak akan ganggu awak lagi
Jungkook memandang lama pesanan tersebut. Kemudian dia mengangkat kepalanya dari menatap screen telefon
Dan dia dapati saera sudah tiada di tempat tadi
Jungkook tersenyum sinis
"Ya, kawan memang boleh buat aku bahagia-"
Jungkook memandang ke arah jalan raya di hadapannya. Kebetulan sebuah lori sedang bergerak laju
"-sebabtu.. aku nak ikut korang"
Jungkook berlari ke tengah jalan tanpa menunggu lampu isyarat untuk penjalan kaki bertukar hijau
Let's be together forever
Sarang hae!
YOU ARE READING
typing ; jungkook √
TerrorBerawal dari sebuah game, Jungkook tiba-tiba sering mendapat message dari pengirim misteri. Semenjak itu, satu persatu orang terdekatnya mati dibunuh. start/end ↺ 2018