"Selamat Hari jadi Yoon Saera!!"
Aku dan kedua dua ibubapa saera menepuk tangan heboh apabila melihat saera mula meniup lilin hari jadinya
Saera tersenyum ke arah aku. Ye lah, cuma aku je tetamu nya
"Makan la dulu jungkook" pelawa puan yoon lalu berjalan menuju ke dapur meninggalkan aku dan saera berdua di ruang tamu
"Gomawo kook sebab sudi datang party yang tak seberapa ni" saera tiba tiba bersuara
Aku tersenyum. "Hmm.. tak pe. Patutnya saya yang berterima kasih dekat awak sebab sudi jemput saya"
Aku mengambil sepotong cake hari jadi lalu memasukkannya ke dalam mulut saera yang sudah terbuka minta disuap
"Manja" usik aku
Saera yang mulutnya sudah penuh dengan makanan hanya tersenyum, membuatkan aku juga ikut tersenyum
"Ouh yer saera.. kenapa tak jemput orang lain datang party ni? Lagi ramai kan lagi meriah" soalku sambil mengambil gula gula kapas yang disediakan di atas meja untuk dimakan
Wajahnya yang ceria tiba tiba bertukar murung
Aku ada salah cakap ke?
"Kook, seumur hidup saya.. tak ada seorang pon yang nak bercakap dengan saya. Semua pandang saya jijik. Cuma awak je yang sudi nak berkawan dengan saya"
Aku menggeleng. "Tak.. esok saya kenalkan awak dengan kawan kawan saya yang lain. Dioarang mesti suka berkawan dengan awak"
"Tapi-"
"Percaya la" kata aku dengan segera sambil menggenggam erat tangannya.
Sejuk
Dingin
Pucat
Tu yang aku rasa bila pegang tangan dia. Rasa macam aku tengah pegang tangan orang yang dah mati
"Kook ada hadiah untuk saera" ucapku segera untuk melupakan pemikiran pelik kat otak aku
"Ye ke?" Wajahnya menunjukkan reaksi gembira dan teruja
"Tutup mata dulu" arah aku dan dengan segera saera menutup matanya. Aku berjalan ke arah belakang saera.
Seutas rantai yang berbentuk '♡' , aku pasang ke leher nya. "Dah boleh buka mata"
Saera membuka matanya. Kemudian dia melihat rantai tersebut sambil tersenyum. "Suka tak?"
"Mestilah suka" ucapnya gembira lalu memeluk tubuh aku erat
Aku membalas pelukan tersebut sambil tersenyum. "Happy birthday saera" bisik aku ke telinga nya. "Gomawo"
"Berita Terkini, sepasang suami isteri yang hilang sejak dua bulan yang lalu sudah ditemukan oleh pihak berkuasa. Dipercayai, kedua dua mangsa telah ditikam dahulu sebelum mayatnya dibuang ke dalam laut"
Aku meleraikan pelukan. Kemudian menatap lama kaca televisyen yang menyiarkan siaran berita tersebut
"Kami tengah menangkap ikan dengan menggunakan jaring. Kami terkejut bila dapati kepala manusia yang mata nya sudah dicungkil keluar ada bersama ikan ikan yang kami tangkap"
Aku mendengar dengan tekun, seorang nelayan menceritakan tentang kejadian tersebut
"Sa-saera.. tu bukan ke eomma ngan appa awak?" Soalku apabila berita itu menunjukkan gambar gambar mangsa tersebut
"Ye ke? Mana ada.. tadi baru je awak jumpa diorang kan?"
Aku mengangguk. Mungkin perasaan aku je
Entah kenapa lepas aku tengok berita tu, tekak aku rasa loya
"Saera.. boleh saya pergi toilet tak?"
Saera mengangguk. "Toilet kat bahagian dapur"
Aku dengan segera pergi ke arah dapur dan masuk ke dalam bilik air
Singki aku tuju kemudian dengan segera aku mencuci wajah aku
"Arhh!!"
Aku mengundur perlahan ke belakang apabila mendapati ada 4 biji bebola mata manusia di dalam singki
Jantung aku berdetak laju. Peluh mula membasahi wajah dan tubuh aku.
Bukk bukk
"Jungkook, kamu tak apa apa?"
Bunyi pintu bilik air diketuk dan suara puan yoon kedengaran
"Auntie dengar kamu menjerit! Kamu tak apa apa ke?"
Suara puan yoon kedengaran lagi
Aku menarik nafas dalam. "Kook tak apa apa. Lantai bilik air ni licin. Kook hampir jatuh je tadi" bohong aku
"Hati hati ye kook"
Aku menarik nafas lega selepas mendengar tapak kaki puan yoon sudah menjauh dari bilik air.
"Mungkin tu mata anak patung" aku cuba berfikiran positif
Tbc
YOU ARE READING
typing ; jungkook √
HorrorBerawal dari sebuah game, Jungkook tiba-tiba sering mendapat message dari pengirim misteri. Semenjak itu, satu persatu orang terdekatnya mati dibunuh. start/end ↺ 2018