OY 30

3.7K 145 52
                                        

Syakila P. O. V

Jam pada dinding aku pandang.

8.25 pagi.

Lima minit sahaja lagi sebelum test business bermula.

Khai masih belum sampai ke kelas. Khai tidak pernah terlepas sebarang test atau quiz setakat ini. Dia tidak datang kelas itupun sekadar kelas lecture sahaja.

Aku memandang ke arah Prof. Sahara yang ralit membuat kerja pada komputer dihadapannya.Risau. Prof. Sahara sudah lah strict orangnya.

8.28.

Prof bangun daripada kerusi sambil memegang helaian kertas soalan.

"Baiklah..." Kata-kata Prof. Sahara terhenti. Serentak semua mata memandang kearah pintu.

"Sorry Prof sebab lambat. Saya pegi toilet tadi." Dia yang bertopi hitam dan berhodie menunduk sedikit memohon maaf kepada Prof. Sahara.

"Hmm... Pergi duduk!" Arah Prof Sahara. Khai membalas dengan anggukan lalu bergerak ke arah meja di belakang. Sepanjang jalan dia hanya menunduk.  Sedikit pun dia tidak memandang kearah aku sewaktu melepasi meja tempat aku duduki. Kecewa.

Prof Sahara bergerak menyerahkan kertas soalan satu persatu di setiap meja.

"Kenapa tak buka topi? Kan saya dah pesan awal sem. No cap allowed during my class!" Marah Prof Sahara. Kan dah kata, Prof ni strict orangnya.

Sekali lagi, Khai menjadi tumpuan semua mata. Termasuk aku. Aku ikut berpaling ke belakang untuk melihat.

"Sorry Prof." Hanya itu yang disebut Khai sebelum perlahan-lahan membuka topi berwarna hitam diatas kepalanya.

Mata aku membulat.Terkejut.

"Khai! Kenapa dengan muka kamu?" Prof Sahara ikut sama terkejut sebaik melihat wajah Khai yang terdapat kesan lebam dan sedikit Pecah pada bahagian bibir.

"Saya Jatuh motor semalam, Prof. Jangan risau. Takde apa-apa pun, lebam sikit je ni."  Ujar Khai sambil tersenyum sedikit kepada Prof Sahara.

"Good to hear that. Get well soon Khai." Ucap Prof Sahara lalu meletakkan kertas soalan diatas meja Khai. Dia tersenyum membalas.

Mata aku tidak lepas dari memandang wajah lebam Khai. Aku tau dia tipu. Kesan lebam tu kesan bertumbuk. Aku kenal sangat.

Apabila Khai mengangkat kepala, pandangan mata kami serta merta bertembung. Tapi tidak lama, dia cepat-cepat mengalihkan pandangan kearah Prof Sahara.

"Okay kelas, Kamu boleh mula sekarang!"

*****

Khai P. O. V

Aku berbaring Sambil memandang kipas siling yang berpusing-pusing. Tanpa sedar, aku melepaskan keluhan.

"Minggu depan." Sebut aku perlahan. Perlahan-lahan aku cuba memejamkan mata. Cuba untuk mengusir keserabutan yang bermain di dalam kepala aku.

Tok! Tok! Tok!

Mendengar bunyi ketukan, mata aku terus terbuka. Diam. Tiada bunyi. Namun apabila aku cuba untuk memejamkan mata semula, bunyi ketukan kembali bergema. Aku serta merta berpaling kearah pintu.

"Siapa pula ketuk pintu masa-masa macam ni? Takkan Lia pula? Rasanya kelas dia habis jam lima nanti." Aku bercakap sendiri.

"Ke sebab kelas cancel." Kemudian baru lah aku bangun dan menuju kearah pintu.

Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang