Bab 3 - Surat Kepada Ahmad-

17 1 0
                                    

Selepas solat isyak , Murni duduk berehat di ruang tamu sambil membaca majalah dan buku agama. Ayah dan ibunya baru sahaja balik dari masjid berdekatan taman perumahan mereka.

"Tadi ada surat untuk kamu," beritahu ayahnya.

"Surat apa ayah ??" tanya Murni ingin tahu

"Entah. Ayah letak di atas meja tulis kamu , " beritahu ayahnya lagi.

Murni bangun dan mengambil surat dari atas meja di bilik bacaannya. Dia kembali ke ruang tamu dan membuka sampul surat itu. Dibaca lembarannya yang bertulisan tangan. Dia gembira menerima surat itu.

"Dari siapa??" ayahnya Haji Kasim bertanya

"Dari Ahmad ayah. Dia mahu datang rumah kita pada musim cuti sekolah ini" beritahu Murni

Dua adik Murni yang bernama Saleh dan Nur bersorak gembira apabila mendengar Ahmad akan datang ke rumah mereka. Mereka memang rapat dengan Ahmad. Sewaktu mereka pulang ke kampung , Ahmadlah yang membawa mereka berjalan jalan di kampung dan di kebun rambutan.

Setelah selesai bersalin pakaian , ayahnya datang duduk berhampiran dengan Murni. Emaknya di dapur menyediakan makan malam untuk mereka.

"Sudah lama Ahmad hendak datang ke rumah kita baru sekarang hajatnya tercapai" beritahu ayahnya lagi.

"Bila Ahmad datang nanti kita bawa dia berjalan jalan , ya kak ,"  kata Saleh gembira.

"Kamu hendak bawa dia berjalan jalan ke mana? " tanya Murni.

"Kita bawalah dia naik komuter , pergi KL Sentral , Mid Valley dan kemana saja dia hendak pergi," jelas Saleh.

"Nur nak ikut " sahut adiknya.

Murni ketawa melihat telatah dua orang adiknya itu. Dia meletakkan surat di atas meja dan pergi mendapatkan emaknya di dapur selepas dia mendengar namanya dipanggil oleh emaknya.

Emaknya meminta dia mengemaskan meja kerana dia hendak menyediakan makan malam untuk ayahnya. Murni sendiri pun belum makan lagi. Dia sering menunggu ayahnya pulang dari masjid untuk masjid bersama.

Setelah makanan siap terhidang , Murni memanggil ayahnya untuk menjamah hidangan. Saleh dan Nur turut meluru ke meja makan untuk makan sekali lagi.

"Tadi kamu berdua sudah makan , hendak makan lagi ??" Murni bertanya kepada adik adiknya.

"Tadi makan sikit saja , kak. Tak kenyang , nak makan lagi."
Katanya yang kuat makan itu. Badannya gempal.

"Jangan makan terlalu banyak , nanti buncit perut kamu," ujar Murni

"Sekarang pun perut abang sudah buncit , macam orang mengandung empat bulan , " Nur menyakat abangnya diiringi ketawa terbahak bahak.

Saleh mengerling adiknya. Nur lagi kuat ketawa apabila melihat abangnya yang sedang marah. Bila kena perlu oleh adiknya , Saleh setakat memasamkan muka sahaja , dia tidak pernah mengutil atau memukul adiknya. Dia sangat sayang kepada adiknya.

Haji Kasim menegur Nur kerana menyakat abangnya. Bila terkena tegur Nur diam. Dia takut kepada ayahnya.

"Tidak baik mengusik abang kamu , berdosa " tegur Haji Kasim. "Kamu kena hormati abang kamu. Tidak boleh kecilkan hatinya. Ingat tu!"

Nur mengangguk. Dia memandang abangnya seolah olah ingin meminta maaf di atas ke tterlanjurannya tadi. Saleh tersenyum dan mengusap usap kepala adiknya.

"Usik boleh, tapi jangan melampau batas" Saleh memberi peringatan. Nur mengangguk tanda faham.

Mereka duduk di atas meja untuk menjamah hidangan yang disediakan. Haji Kasim memesan kepada anaknya supaya berdoa dahulu sebelum makan.

Sedang mereka menikmati makan malam , telefon berdering di atas meja depan. Ada orang menelefon ke rumah mereka. Murni bangun untuk menjawab panggilan itu.

Sejurus kemudian dia balik semula ke meja makan dengan wajah yang tersenyum. Dia gembira menerima panggilan itu.

"Siapa telefon tadi , kak?" Nurul bertanya

"Tekalah siapa?"

Nur menggaru garu kepala , kemudian menjawab dengan petah

"Tentu buah hati kakak" jawabnya selamba.

Murni tersentak. Haji Kasim menoleh ke arah anak bongsunya yang petah bercakap itu. Hajah Janah , emaknya , mencuit lengan Nur.

"Kakak mana ada buah hati , pandai pandai jelah kamu ni !"  kata Murni sambil memandang adiknya dengan wajah geram. Merah padam dibuatnya.

"Nur , kakak tak ada buah hati , tapi dia ada buah tangan," Saleh bersuara

Murni tersenyum mendengar telatah adik adiknya. Keadaan mereka memang begitu , sentiasa diusik oleh adik adiknya.

"Sudahlah makan nasi tu , tak baik bercakap depan rezeki , nanti tuhan marah "  Hajah Janah mas memberi peringatan.

Mereka makan semula sambil mengerling Murni yang tunduk tersipu sipu. Haji Kasim selesai dahulu. Dia hanya makan sedikit sahaja , nasi pun dua tiga suap. Dia tidak pernah makan sejak dari muda lagi. Sebab itu badannya kekal langsing. Begitu juga dengan isterinya , cukup dengan makan dua tiga keping roti , itu sudah memadai.

"Kamu belum beritahu lagi siapa yang membuat panggilan tadi" ayahnya mengingatkan Murni sambil membasuh tangannya.

"Ahmad yang telefon tadi. Dia tanya sudah terima surat dia ke belum dan dia juga bertanya bolehkah dia datang musim cuti sekolah ni ?" jelas Murni.

"Dia datang seorang saja?" ayahnya menyusul.

"Tak ada pula dia beritahu" kata Murni

"Mungkin ayah teh dan mak teh datang sekali tu " Saleh memberikan pendapatnya.

Bab seterusnya
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 13, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[MALAY] Wanita Aneh Dalam KomuterWhere stories live. Discover now