Walaupun Murni baru bekerja di pejabat itu tetapi dia tidak berasa tersisih atau kesunyian. Kawan kawan senior di pejabat itu begitu baik dengannya. Sikapnya yang ramah dan tidak menyombong diri menyebabkan dia disukai ramai.
Selepas keluar universiti, dia menganggur hampir setahun mencari pekerjaan. Bermacam pekerjaan yang dia mohon kebanyakannya berakhir dengan kegagalan.
Dahulu orang yang berkelulusan universiti agak mudah mendapat kerja tetapi sekarang , mereka yang berkelulusan universiti sudah ramai. Sudah ramai orang cerdik pandai dan berjaya menjejak kaki ke menara gading.
Persaingan dalam pasaran pekerjaan semakin rumit dan sulit. Dia menganggap dirinya bertuah kerana mendapat pekerjaan di pejabat swasta yang mengendalikan perniagaan urusan eksport dan import barang barang yang berkaitan dengan industri automobil.
Murni seronok bekerja di situ kerana kawan kawan yang mudah mesra. Bosnya tidak banyak cerewet dan mesra dengan kakitangan berbagai bangsa.
Dia berasa bekerja di situ sebagai satu keluarga besar yang saling faham memahami dan bantu membantu.
Ketika waktu rehat Murni diajak makan tengah hari oleh kawan kawannya yang lain. Mereka makan di kantin pejabat.
Selain kakitangan pejabatnya, terdapat juga kakitangan pejabat pejabat berhampiran yang datang makan di situ.
Ramai orang suka makan di kantin di situ kerana kebersihan dan makanannya pun sedap.Makanan yang disediakan banyak pilihan , pelanggan boleh memesan menu mengikut selera masing masing.
Emak murni berpesan kepadanya supaya membawa bekal ke pejabat. Boleh menjimatkan duit. Lagi pun dia baru bekerja. Pendapatannya tidaklah sebanyak mereka yang sudah lama bekerja. Selama dia makan di kantin, dia mendapati makanan yang dijual agak mahal. Tetapi orang terpaksa makan juga kerana ia terletak berdekatan dengan pejabat. Kalau makan di bandar kena bawa kereta atau naik bas. Lambat dan belanja pun mungkin lebih banyak.
Murni melihat pejabatnya tidak ada orang yang membawa bekal ke pejabat. Kesemuanya makan di kantin. Kalau ada orang membawa bekal di pejabat sudah lama dia mengikut cadangan emaknya. Sekurang kurangnya bekalan untuk minuman pagi. Tidaklah perlu menghabiskan masa di kantin sebelum masuk kerja. Kalau boleh bila sampai di pejabat dia mahu terus bekerja bukan menghabiskan masa beberapa minit kerana minum pagi di kantin.
Dia ingin mencadangkan kepada kawan kawannya supaya membawa bekalan untuk minuman pagi. Sekurang kurangnya membawa bekal nasi lemak atau roti. Minuman pagi boleh dibuat di pejabat. Untuk minuman pagi boleh berkongsi membeli teh , kopi , susu atau gula. Buat sendiri lebih baik , boleh sesuaikan kehendak sendiri sama ada hendak manis atau kurang manis.
Dia yakin kalau dia membuat cadangan itu orang akan berkata kepadanya "perempuan kedekut".
Dia tidak menyalahkan sesiapa jika ada orang berkata seperti itu kerana kalau difikirkan cadangan itu boleh menjimatkan wang dan menjimatkan masa.Selama bekerja disitu dia melihat sesetengah kakitangan pejabat mengambil masa setengah jam lebih untuk minum pagi , kebanyakan masa dihabiskan untuk membawang bukan untuk minum atau makan. Itu baru minum pagi , belum lagi makan tengah hari.
Jika kawan kawannya enggan melayan cadangannya itu dia akan membawa usul itu kepada ketua pejabatnya. Biar ketua pejabat mengeluarkan arahan melarang minum pagi di pejabat. Dia yakin cadangan itu akan menimbulkan bantahan yang meluas. Masing masing akan memberi alasan yang tersendiri , tidak sempat minum di rumah dan sebagainya. Kalau hendak minum di kantin juga mesti tidak lebih daripada lima belas minit.
Murni menyimpan cadangan itu dalam kepalanya sahaja. Dia tidak mahu terburu buru memberitahu orang ramai mengenai cadangannya itu. Nanti ada tuduhan dia hendak mengampu bos pula. Baru dua tiga hari bekerja sudah hendak membuat peraturan baru dan sebagainya.
Semasa makan tengah hari di kantin bersama kawan kawan , kebanyakan masa dihabiskan dengan berbual bual kosong. Ada yang menceritakan fasal anak , fasal suami tidak balik rumah , fasal tukar kain langsir , fasal suami ada skandal , fasal beli baju baru dan sebagainya. Jarang yang bercakap perkara perkara yang berkaitan dengan tugas di pejabat seperti bagaimana hendak meningkatkan prestasi kerja atau menambah produktiviti syarikat.
Murni faham waktu rehat jarang orang bercakap soal kerja kerana orang mahu tenangkan fikiran. Perkara yang berkaitan dengan pekerjaan tentulah orang akan bercakap sewaktu menjalankan tugas. Tetapi yang hendak disebutkan oleh Murni ialah budaya pekerja pekerja baik di mana pun adalah sama. Soal peribadi dan rumahtangga yang menjadi tajuk perbualan baik di pejabat atau di kantin.
Murni tidak menunggu lama di kantin pada hati itu. Selepas makan dia terus meminta diri untuk menyambung tugas di pejabat. Ada kawan yang memperlinya hendak mengampu bos ke atau hendak naik pangkat cepat. Sakit telinga Murni mendengarnya. Sejak kecil lagi dia tidak suka bersembang kosong lama lama begitu.
Hari itu dia banyak kerja yang perlu diselesaikan. Dia tidak mahu kerja yang boleh diselesaikan dalam masa satu jam mengambil masa sehari suntuk untuk dibereskan, lebih lebih lagi kerja yang berkaitan dengan pihak luar.
Oleh kerana prinsipnya begitu maka dia perlu berpegang kepada prinsipnya. Ayahnya berpesan supaya bekerja dengan jujur dan amanah. Tidak boleh 'main main' atau curi tulang.
Bab seterusnya
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
YOU ARE READING
[MALAY] Wanita Aneh Dalam Komuter
Mystery / ThrillerKisah ini menceritakan seorang wanita Murni yang sentiasa pergi ke tempat kerjanya menaiki komuter yang baru dibina berdekatan kawasan rumahnya itu. Disebabkan oleh cerita cerita daripada rakan sekerjanya , Dia ragu ragu untuk menaiki komuter itu ke...