Semenjak stesen komuter dibina berhampiran rumahnya, Murni pergi ke tempat kerja menaiki komuter. Lebih senang, mudah dan cepat.
Pada kebiasaannya, dia menaiki komuter seawal jam tujuh pagi. Dari rumahnya ke stesen komuter, dia dihantar oleh ayahnya.
Pejabat tempatnya bekerja terletak tidak jauh dari stesen komuter , kira kira sepuluh minit berjalan kaki sahaja. Apabila pulang , ayahnya akan menjemputnya di stesen komuter kira kira pukul 7:30 petang.
Bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang mana pejabatnya tidak jauh dengan stesen komuter di bandar , mereka menggunakan perkhidmatan komuter kerana ia lebih senang , cepat dan menjimatkan.
Murni tidak perlu lagi berbaris menunggu bas sejak perkhidmatan komuter melalui kawasan perumahannya. Dahulu kalau dia hendak menaiki komuter , dia terpaksa pergi ke stesen lain yang jauhnya kira kira lima kilometer tetapi semenjak stesen komuter baru dibina berhampiran taman perumahannya, ia memberi banyak kemudahan kepadanya dan penduduk penduduk disitu.
Dia berasa selesa menaiki komuter kerana tempat duduknya banyak dan ruang untuk berdiri juga luas, tidaklah bersesak sesak seperti menaiki bas.
Ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja , seorang kenalannya yang menaiki komuter memberitahu supaya berhati hati ketika menaiki komuter pada waktu malam terutama sekali pada jan sepuluh malam.
"Kenapa?" tanyanya ingin tahu.
Kenalannya yang bernama Juriah itu memberitahu, ada seorang kawannya diganggu oleh seorang wanita aneh semasa berada di dalam komuter.
"Ketika itu dia di dalam gerabak seorang diri, tiba tiba datang seorang wanita aneh bertutup muka dengan kain hitam datang mengganggunya," beritahu Juriah yang bekerja di sebuah pejabat tidak jauh dari pejabat Murni.
Murni sering bertembung dengannya di dalam komuter ketika hendak pergi dan pulang dari tempat kerja. Oleh kerana hampir setiap hari mereka bertemu, akhirnya Murni dan Juriah bertambah rapat dan mesra.
"Apa yang dia lakukan?" soal Murni.
"Dia meminta kawannya itu menyerahkan semua barang kemas yang ada padanya" beritahu Juriah serius
"Kenapa tidak melawan? Bukankah ada penumpang lain?"
Ujar Murni bingung"Kebetulan tiada penumpang waktu itu. Hanya dia seorang sahaja. Hari itu pula hujan renyai renyai. Sudah banyak penumpang yang terkena," beritahu Juriah dengan sungguh sungguh.
"Kenapa kawan awak itu tidak laporkan kepada polis?" tanya Murni
"Mereka takut kerana wanita ini mengancam akan mencederakannya jika dia melaporkan kepada polis," ujar Juriah
Murni terdiam mendengar cerita kawannya yang bernama Juriah itu. Sebelum ini dia pernah mendengar cerita seumpama itu tetapi dia tidak mengambil kisah. Dia menganggap perkara itu jarang berlaku dan tidak mungkin wanita itu akan melakukan perkara tersebut berkali kali. Dia bimbang akan ditangkap. Tapi kalau menurut Juriah perkara itu sudah banyak kali berlaku.
"Ia hanya berlaku pada hari hujan dan ketika tren tidak banyak penumpang terutama pada masa tren terakhir pada pukul sepuluh malam," beritahu Juriah
Murni takut apabila mendengar cerita Juriah, tetapi mujurlah dia jarang balik lewat kecuali apabila overtime atau kerja banyak.
Dalam sebulan adalah sehari atau dua hari dia balik lewat tetapi tidaklah sampai pukul sepuluh malam. Dia jarang duduk di gerabak kosong. Seboleh bolehnya dia akan mencari gerabak yang ada penumpang.
Murni berterima kasih kepada Juriah kerana menceritakan perkara itu. Kalai Juriah tidak memberitahunya tentu dia akan mengambil ringan perkara tersebut. Tetapi sejak mengenali Juriah dia berasa agak aneh dengan sikap pekerja insurans itu. Dia sering membawa sapu tangan hitam dalam beg tangannya. Mungkin sapu tangan berwarna hitam itu kegemaran Juriah, fikirnya. Dia tidak mengesyaki apa apa. Juriah ada pekerja berdisiplin di pejabatnya, demikian Murni mendapat tahu dari seorang kenalannya yang berkebetulan bekerja di pejabat yang sama dengan Juriah.
Pada mulanya Murni hendak membeli kereta untuk berulang alik ke pejabat tetapi ayahnya melarang kerana ia membazirkan wang. Kata ayahnya, lebih baik menggunakan komuter daripada kereta kerana ia mudah dan selesa. Lagipun pejabat Murni tidak jauh dari stesen komuter.
"Rugi kalau guna kereta," kata ayahnya Haji Kassim
"Kalau hendak guna kereta sekali sekala ambil kereta ayah sahaja"
Murni menerima nasihat ayahnya tetapi apabila dia mendengar cerita Juriah, dia berasa takut hendak menggunakan komuter selalu terutama ketika dia pulang lewat. Dia berharap kejadian yang pernah dialami oleh wanita wanita lain tidak berlaku kepadanya.
Bab seterusnya
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
YOU ARE READING
[MALAY] Wanita Aneh Dalam Komuter
Misterio / SuspensoKisah ini menceritakan seorang wanita Murni yang sentiasa pergi ke tempat kerjanya menaiki komuter yang baru dibina berdekatan kawasan rumahnya itu. Disebabkan oleh cerita cerita daripada rakan sekerjanya , Dia ragu ragu untuk menaiki komuter itu ke...