[ Tips 1 ]

133 25 0
                                    

__________________________________________

Kelebihan Solat Sunat Sebelum Zohor
4 Rakaat
__________________________________________

— akan dibina rumah dalam syurga ✨

Rasulullah saw bersabda ;

Barangsiapa yang solat dua belas rakaat pada siang dan malam, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga, iaitu  empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat sesudahnya, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isya' dan dua rakaat sebelum subuh ”

- riwayat Ummu Habibah -

— pahala seumpama memerdekakan seorang hamba dari keturunan Nabi Ismail ✨

Di dalam kitab Hidayatussalikin dinyatakan sebuah riwayat,

Barangsiapa yang solat sebelum zohor empat rakaat, seolah-olah mendapat pahala memerdekakan seorang hamba dari kalangan Bani Ismail ”

- at tabrani -

— diampunkan dosa pada hari tersebut ✨

Barangsiapa yang solat empat rakaat dahulu daripada zohor, nescaya diampunkan dosa-dosanya pada hari itu ”

- riwayat dari kitab Al-Katib -

【 Letter For You ✍】Where stories live. Discover now